Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Sepah | Juara Maharajalawak 2011

Jun 27, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Tahniah buat sepah kerana berjaya menjadi juara dalam maharajalawak!!!! tepuktangan

Siapa yang tidak bangga dengan Sepah hehehe, terutamanya penduduk Johor amnya kerana berjaya membawa lawak melayu sebagai tapak asas mereka. dengan persembahan konsisten setiap minggu dan juga pujian melambung dari para juri kita Ahmad Idham, Apek Senario, dan juga Mamat Khalid memang sepah berhak untuk menjadi juara.

Walaupun ramalan awal mengatakan Jozan mungkin menjadi juara kerana popularitinya didalam mengacarakan Rajalawak selama 4 musim menjadi ukuran penonton namun pengundi menafikannya.. anyway Nabil dan juga Jambu menampilkan lawak yang tidak kurang juga hebatnya, mamat khalid menyatakan yang jambu mempunyai idea yang nyata berbeza dengan pelawak lain dan sering mengatakan jambu dengan "lawak international" nya.

Keputusan :
  • Sepah - Rm 350,000
  • Jozan - Rm 250,000
  • Nabil - Rm 150,000
  • Jambu - Rm 50,000
Nota kaki : Tahniah buat yang berjaya dan cuba lagi buat yang tidak berjaya semoga kita berjumpa lagi dalam rancangan Maharajalawak!!!! peace yooo!!!




Salam Sahabat,

HP Sauce dan Tabasco Haram!

Jun 19, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce telah disahkan oleh JAKIM mengandungi DNA babi..

Bismillah hir rahman nir rahim.. buat sahabat sekalian yang sentiasa mencari ilmu semoga kalian dilindungi rahmat tuhan amin doa

Sekadar untuk berkongsi dengan semua sahabat semua, berita ini disahkan oleh pihak JAKIM sendiri yang sentiasa mencari halal dalam setiap benda yang sepatutnya. Berita terbabit sahabat boleh lihat di sini, tahla mungkin lambat kita sebagai pengguna menerima berita ini. Sebabnya tabasco ini sudah berada dipasaran lama sudah lama betul tak?

So, nak kira cemane tue! semoga pihak berwajib sentiasa mengambil berat tentang masalah ini kalau tak cukup staff amik lagi, mudah jer jangan sampai dipersoalkan di akhirat sana. Soal halal haram dan menjadi darah daging.. semoga ada pembaharuan.. sedih

SUMBER : JAKIM

Nota Kaki : cari arr makanan yang halal untuk kita sekeluarga, jangan main hentam keromo jer jadi darah daging woo... hehehehe jelir sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diselongkar JAKIM terutamanya yang melibatkan makanan..



Salam Sahabat,

Zami Ismail Meninggal Dunia

Posted by Mohamad Zamri 0 comments


Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Al - Fatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. amin!

SUMBER : enciknakal.com



Salam Sahabat,

Ayah Awie Meninggal Dunia

Jun 18, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Takziah saya ucapkan buat awie dan keluarga diatas kehilangan ayahanda tercinta semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

hanya doa yang mampu dititipkan buat awie, dari saya dan sahabat sekalian
Al - Fatihah..


salam sahabat,

Selamat Pengantin Baru | Tomok & Ayu

Jun 17, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Sabtu | 2, July, 2011
Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat
Jalan Au 2A, Taman Sri Keramat
54200 Kuala Lumpur


Sekadar untuk berkongsi kepada semua sahabatku sekalian rindu berita yang masih lagi hangat..
suka untuk berkongsi.. sengihnampakgigi

Gambar bakal isteri Tomok yang lebih dikenali sebagai Ayu. selamat pengantin baru kepada Tomok dan juga bakal isteri Ayu dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat tepuktangan. Untuk pengetahuan, Ayu berusia 31 tahun dan merupakan seorang bekas pramugari. Dengar ceritanya mereka berdua sudah bercinta lebih daripada 8 tahun. Wallahualam.

Sumber : Beautifulnara.com

Nota Kaki : Tahniah buat Tomok dan Ayu, semoga berbahagia ke anak cucu.


Salam sahabat,

Kerja Lebih Masa | Overtime

Jun 7, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
kerja lebih masa.. apa pandangan korang tentang tajuk nie?? aroundaround

Bismillah hir rahman nir rahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang budiman hehehe.. sembah

Pertanyaan pertama saya adalah sekiranya bos korang minta untuk korang kerja lebih masa apa yang korang akan jawap? adakah korang akan jawap ya.. atau korang cakap esok jela sambung bos!!! hehehe pilih huhuhu.. rasanya semua akan jawap ya betul tak?


Senarai Pendek - Kerja Lebih Masa


Menunjukkan kesanggupan anda untuk memberikan komitmen terhadap kerja, anggap jer yang bos anda sedang menguji anda.. ingat berfikiran positif..

Anda juga boleh menolak dengan cara baik sekiranya terdapat urusan yang telah dirancang awal, kerana tidak salah untuk menolak tetapi dengan cara yang betul.. terkadang kita pun ada urusan..

Anda juga boleh membuat perancangan kerja dengan teliti termasuk merancang dan meneliti kerja yang "bakal" diterima untuk mengelakkan last minute... overtime.. hehehe

Anda semua kene sentiasa berfikiran positif :
> boleh dapat duit lebih @ boleh claim cuti untuk anda plan di lain masa.. sengihnampakgigi

NOTA KAKI : Jangan bad mood @ berubah mood sekiranya disuruh kerja overtime!!!



Salam Sahabat,

Monday Blues - Permulaan Minggu

Jun 6, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Bismillah hir rahman nir rahim..
Selamat sejahtera kepada semua sahabat, semuga kalian dilindungi rahmat Allah hendaknya.. amin.. senyum

Hari nie saya nak bercerita mengenai ermmm... masing2 pernah dengar tak perkataan ni? hehehe.. ada kot!!

Perkara yang paling penting bila pagi isnin ialah kita nak tengok mood bos kita, xkira selepas meeting/briefing dan sebagainya sebab ianya akan mempengaruhi mood kita.. so untuk mengelak daripada bos kita bad mood dengan kita.. amik hatinya, seminggu penuh sebelum sampai ISNIN berikut adalah senarai pendek :

Tunai Janji. Penuhi janji-janji anda pada atasan. Susun skala kerja mengikut kepentingan untuk memudahkannya.

Jaga Nama Baik Orang Atasan. Caranya, selesaikan tugas tepat waktu dan sesempurna mungkin. Berikan idea cemerlang yang dapat membuat nama jabatan Anda di "pandang"

Tepat Waktu. Bukan hanya pada masa datang dan meninggalkan pejabat, namun juga bersikap "on time" masa menghadiri briefing/meeting dan mengumpulkan laporan.

Perluas Wawasan.
Pantau terus perkembangan bidang pekerjaan yang anda ceburi dengan cara membaca jurnal, media massa, serta mengikuti seminar. "extra mile"

Tinggalkan Soalan Peribadi. Anda di rumah dan datanglah ke tempat kerja dengan semangat kerja tinggi. Jangan jadikan rakan kerja sebagai terapi peribadi.

Tidak Berkira. Jika tugas sudah selesai, tak ada salahnya sesekali bersikap ringan tangan dan membuat pekerjaan lain meski berada di luar "job description". Dengan syarat, Anda mampu menjaga stamina agar tidak tumbang kepenatan.

Amacam boleh penuhi tak syarat untuk mengambil hati bos kalau camnie.. rasa macam simple jer kan.. disamping kita dapat mengambil hati bos, kita juga boleh meningkatkan prestasi kerja kita secara tak langsung!!!

Rasanya kalau camnie sikap semua pekerja tiada masalah monday blues kot!! hehehe anyway terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca tulisan saya.. mood ..

NOTA KAKI : Bekerjalah tanpa mengikut mood peribadi, be profesional!!!
sengihnampakgigi



Salam Sahabat,

Hujung Minggu ( Ahad )

Jun 5, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat sekalian, semuga berada didalam keadaan sihat hendaknya.. amin.. :-)

Cerita hari ini adalah berkenaan dengan hujung minggu, so apa cerita hari hujung minggu anda selain daripada melepak di rumah.. hehehe mesti ada aktiviti yang selalu korang lakukan kan bile sampai hujung minggu.. tol tak?... oklah saya nak cerita pasal keluarga saya bile sampai hujung minggu..

Perjalanan atau aktiviti saya pada hujung minggu bergantung kepada hari bekerja saya pada hari sabtu, kerana bekerja shift seperti saya susah untuk merancang sesuatu pada hujung minggu.. bila sabtu saya kerja pagi atau petang insya Allah akan ada aktiviti untuk keluarga saya pada ahad sama ada balik kampung, pergi ke theme park, berjalan ditaman Shah Alam dan sebagainya..

Sebenarnya tidak kira apa pun yang kita buat bersama dengan keluarga asalkan ianya boleh buat kita sekeluarga gembira, dan sebagainya sudah cukup bagus untuk kita semua.. kan.. yang penting ada benda yang dirancangkan untuk kita enjoy!! huhuhu.. bukan enjoy sebebas2 nya tapi enjoy dalam kawalan yang sepatutnya hihihi... mungkin ada beza enjoy bersama dengan keluarga berbanding dengan enjoy bersama kawan2... betul tak sahabat? :-)

NOTA KAKI
- luangkan lah masa bersama keluarga lebih berbanding luangkan masa bersama rakan.. hehehe ianya akan mampu membawa perubahan yang besar kepada kehidupan kita secara total.. percayalah!!!!

Terima kasih buat sahabat kerana sudi membaca entry ni hehehe.. semuga korang semua dilimpahkan kurnia dari rahmat Nya.. amin..


Salam sahabat,

Prank Jepun

Jun 4, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments



Prank jepun kembali lagi dengan aksi yang lebih lucu dan sedikit ganas huhuhu, jangan sampai tak tido malam tau hehehehe.. korang tengok betul2 agak2 lawak camnie boleh tak diterima di negara kesayangan kita nie?? hehehe tepuk dada tanya IMAN.. hihi

budaya kita dengan mereka sungguh jauh berbeza, sifat keterbukaan mereka dengan kita juga jauh berbeza so untuk aktiviti mengenakan orang sebegini tidak mungkin akan dilakukan di Malaysia.... percayalah hehehe.. <('_')>

sekadar untuk hiburan bukan untuk ikutan...

Burger Malaysia

Jun 2, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Semalam hari memakan burger untuk aku hehehe... saje nak iktiraf semalam hari makan burger untuk diriku boleh tak camtu??? hahahahaha.. aku nyer cerita aku punyer suka arrr... hihi jangan marah!!!!!! agak2 korang la sebelum mc'D buat burger seperti sekarang diorang pernah tak buat burger macam orang malaysia buat macam gambar kat bawah tue.. mesti ada kan... hehehe..

takkan buat burger sekali jer terus berjaya tol tak mesti kene ada research and development gak tol tak? bila dah ok buat food testing plak... bila dah buat testing buat survey plak berapa ramai yang suka berapa yang tak suka... sebabnya masa makan dan bagi free semua orang akan best... bila semua orang dah suka baru jual.. baru boleh berjaya tol tak....




anyway burger yang nie pun boleh tahan gak la, sos dan mayo xla meleleh sampai penuh tisu tapi still berasa gak.. ketulan daging yang masih terasa teksturnya dan juga telur yang tipis membaluti daging.. terasa manis hingga ke roti... sebab tue selalu beli kat abg depan 7E .. hehehehe ( area rumah kawan )

nak cakap pasal niaga nie, xkira la apa pun kita niaga... belacan ker? kopok leko ker? kain ker? jual rumah ker? yang paling penting sekali adalah disiplin... nie kalau niaga sekejap bukak sekejap tutup orang yang nak datang pun tension.. kan.. setuju tak?

P/S : Berniagalah dengan penuh disiplin..

Sedangkan Lidah lagi Tergigit

Jun 1, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

tergigit lidah!!! adoiii sakitnya nak buat cemane ekk supaya kurang sikit sakitnya aaarrrrggghh..... macam jarang tergigit sampai berdarah darah... sakit woo...

mesti nak tahu puncanya kan.. rakan sekerja bagi maruku bantal yang kecik2 kaler oren korang mesti tahu nyer kot, makan punya makan sambil sembang tergigit dengan tak sengaja terus berdarah.. stop makan pastu dok lap dengan tisu xtau adakah nie cara yang betul untuk merawat lidah yang luka... huhuhu

darah tak berhenti, dok minum air sejuk plak ok sikit pastu pedih... tak pasal2 jek!!! huhuhu sakit wooo cemane nak makan nie mesti sakit kalau terkena kat luka tue.... kepala bayangkan yang bukan2.... ok fullstop! buat tak tahu then makan jer macam biasa teruskan macam xde pape berlaku tapi boleh ker... heeeeeee :-)

P/S : kesimpulannya, makan jangan dok bersembang sembang.. bahaya wooo... xkene takpe dah kene baru tahu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...