Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Gagal dan Berjaya

Feb 28, 2011 Posted by Mohamad Zamri 1 comments

Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.

Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?

Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.

Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.

Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:

“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.

Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.

Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.

Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Wallahualam….

Sumber maklumat daripada : feryco.com

Majlis Perkahwinan Safar Hashim

Feb 27, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Bergambar bersama dengan sahabat aku yang melangsungkan perkahwinan di PPR Muhibbah, last 2 week.. semasa dalam perjalanan tue kitorang boleh sesat plak, hehehe guna google maps...

Sekali lupa plak yang kitorang ada GPS.. huhuhu.. bikin panas!!!!



Gambar pun aku ada sekeping jer lagi satu gambar xcantik kepala separuh so tatap la puas2 mungkin ada yang kenal si Safar Hashim nie.. terutamanya bebudak Kota..

ok geng!!! kepada Safar Hashim selamat melayari bahtera rumahtangga!!!

Bahaya Tidur di Siang Hari

Feb 26, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Sekadar untuk berkongsi maklumat dengan sahabat yang bekerja disiang hari, termasuk la aku sendiri walaupun cuba untuk kurang kan masa untuk kerja malam.. hehehe

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas ::

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Pertimbangkan la, kalau ada pilihan sila pilih untuk kerja siang.. beringat sebelum kene!! jangan dah kene baru nak tengadah..

p/s : mungkin kerosakkan yang dinyatakan di atas mengambil masa yang lama.. so sekiranya korang nak mengurangkan risiko tue kurang2 kanlah kerja malam.. bagitahu kat bos korang hehehe.. bahaya oo aku kerja malam pun sekarang, dah seminggu jer sebulan.. at least kurang la risiko tue hehehe..

maklumat di perolehi dari forum CARIGOLD

Start... Kerja Malam

Feb 25, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat!!!
hari ini aku nak berkongsi cerita kepada korang semua, yang rajin baca teruskan hehehe..

Semalam aku start kerja malam, setelah hampir 3 minggu aku kerja siang.. malam takde pape masalah pagi relaxkan badan mandi2 selesakan diri then tido..

selepas bangun dari tido masalah pun bermula...

...dengan tidak semena mena kepala aku yang ok tiada masalah migrain selama nie... secara tetiba arrggghhhh!!! sakit yang amat selama hampir setengah jam.. relax tapi masih tak makan ubat lagi dok relax mandi solat asar.. pastu makan nasi.. relax punya relax.. sakit semakin reda..

Mungkin terperanjat sebab dah lama tak kerja malam.. hehehe malam relax sampai nak pergi kerja balik huhuhu.. bukan masalah besar pun cuma suka untuk berkongsi!!!!

sampai kat tempat kerja ok jer.. so buat macam biasa balik hehehe...lalalalala...

maka bermula lah routine kerja malam yang sedikit membosankan..
kerja sensorang jadi penunggu hotel..

Dinner | IKEA - Mutiara Damansara

Feb 21, 2011 Posted by Mohamad Zamri 4 comments
Tempat : Ikea, Mutiara Damansara

Assalamualaikum sekadar ingin berkongsi gambar lama.. bulan lepas kot.. bawa adam jalan ke ikea, tengok2 dekoration yang ada kat dalam tue.. mane tahu boleh jadi interior designer ker hehehe.. pendedahan awal.. hehehe


lepas penat berjalan apa lagi singgah la makan kat cafe ikea tu yang terkenal dengan bebola daging, boleh tahan gakla.. kalau tengah lapar 10pc macam xcukup jer :-)






adam tengok ape tue besarnya mata.... nak minta ayam sikit ke? xboleh la adik kecik lagi.. hehehe.. nanti dah besar ayah bawa ke sini lagi bolehh!!! hehehe..







Amacam terliur tak? ke rasa macam nak pergi ke ikea sekarang hehehe... relax bawa bersabar tapi memang best pun... hehe.. bebola daging nie dengan ayam tue pun murah sebab tue amik jer, nie kitorangnya dinner tukar nasi.. huhu anyway, best you all boleh try..

P/s : kalau best kita kongsi2 betul tak? kalau xbest kondem jer kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih... lalalalala...

Restoran Nelayan | Renaissance Hotel KL

Feb 20, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Program makan2 di Restoran Nelayan dengan budak Renaissance Hotel Kuala Lumpur, aktiviti bersahabat dan ditaja khas membuatkan ramai yang terlibat hehehe.

Masing2 tersenyum puas dengan makanan free di Restoran Nelayan semuanya di sponsor huhu best jek, rasa macam nak hari2..



bergambar selepas makan, sebut nama jela mane yang ingat dari kiri akmal, saiful, yusran, aku, hafiz, samsudeen, shamsul, helmi dan juga zul..



masa nie rasanya kitorang masih lagi menjamu selera tapi bile dengar

"wei jom tangkap gambar semua meluru laju"!!!!
sekarang semua dah tinggal kenangan manis.. teringat kat korang semua. Bile la boleh lepak dengan semua yang ada dalam gambar nie



Kak sarina, hairuddin, shamsul, ms Lee, aku, dan juga yusran. kitorang antara yang paling awal sampai maklumlah program makan hihihi..

So ingatlah sahabat kalian walau sekecil mane pun event tue kenangan akan tetap terpahat, kerana ianya akan mengingatkan kita bahawa kita pernah ditempat itu. dan cerita mengenainya tidak akan luput.. percayalah!!! hehehe.

kenangan yang manis dan berwarna warni, sememangnya patut dikongsikan bersama.


Astrofirst 480

Feb 19, 2011 Posted by Mohamad Zamri 1 comments
Ucapan selamat sejahtera kepada sahabatku semua dan keluarga, hehe..

Assalamualaikum......!!

Hari ini xde topik sekadar nak berkongsi satu cerita untuk semua sahabat.
bermula dengan cerita di astrofirst, macam2 cerita terkini e.g Damping Malam, Ngangkung, Hantu Kak Limah Pulang ke Rumah, Aku Masih Dara..

Ada sesetengah pengarah yang kurang bersetuju dengan tindakkan astro menyiarkan filem terbaru di TV dan sebaliknya kepada penonton yang tiada masa dirumah, tentunya sangat bersetuju...

so, agak2 nya ape pendapat korang?.. hehehe sekadar berkongsi!!!!


Ok, pendapat saya sebagai bapa kepada seorang anak, tentunya saya bersetuju sebab tidak perlu untuk pergi ke TGV atau GSC terdekat sebab saya boleh order terus dengan astrofirst dan boleh tengok kat rumah. bayaran pun cuma rm15 untuk satu cerita.. betul tak!!!!!!

Pendapat bile saya kat tempat pengarah plak tentunya saya tidak bersetuju sebab ianya akan mengurangkan minat orang ramai untuk menonton wayang walau pun ada pengikut yang tegar, terutamanya bile filem tersebut masih lagi segar di pawagam..

So agak2 cemane, kepada penggiat seni tanah air tegakkan Hak anda!! dan kepada pengguna pilih lah yang terbaik!!! hehehe... setuju tak geng!

p/s : Kongsi2 la korang nye pendapat... adiossa..

Pembuka Selera

Feb 17, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Menu hari ini hehehe... jeng jeng jeng!!!!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabatku sekalian, apa menu makanan korang malam nie? mesti best gak kan.

Ok sekadar berkongsi Udang galah goreng hehe..











Preparation : udang nie kitorang beli kat pasar kat shah alam, sepiring rm10 beli 2 piring goreng kan aje pun dah sedap!!! woooo

mesti pasni ramai yang nak try udang galah goreng hehehe.. pergi pasar shah alam tue banyak hasil laut dan sungai yang segar... beli buat stok pun ok hehe..







Potong kaki potong seludang cuci pastu siap untuk digoreng.. makan semasa panas tau... perrgggghhhh!!!! layan oooo.. udang baru tau....





Gambar udang yang sudah siap digoreng hehehe.. gambar sedang dan selepas makan sengaja saya xupload sebab karang ada orang marah lak sebab tak ajak makan hehehe... gurau jek!!!

p/s : Best wooooo!!!! sedap giler.. huhuhu

Aktiviti Luar | Jinbara Chalet

Feb 16, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum.. kali nie nak berkongsi projek BBQ di Jinbara Chalet siap dengan pakej karaoke sekali set up oleh jinbara hehehe.. tempat belakang Zoo Negara..

Program nie bersama dengan sahabat di Renaissance Hotel Kuala Lumpur, team yang paling best hehe korang memang sporting gile. Rajin join aktiviti yang di anjurkan bila buat program mesti ramai yang terlibat..



Bergambar bersama nizam, yusran, shamsul, din letrik, saiful dan lain2.. ramai gak tue..



sedang mengipas ayam dan juga satey hehehe, time tangkap gambar semua rapat. suruh jaga ayam semua lari dok makan kacang hehehe.. jangan marah



yob dan juga firdaus - amik turn untuk mengipas ayam, padan muka korang.. nangis kee ape tue!!!



tengok berapa ramai yang mengipas ayam atau jaga ayam berbanding dengan yang nak amik ayam.. hahaha betul aku tak tipu tengok arr betul2 huhuhu... kantoi2

joe... komen sikit!!!!!!

Majlis Perkahwinan | Gambar

Feb 15, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Assalamualaikum sahabat semua, entri kali ni saje nak kongsi gambar masa majlis aku hehehe, campur2 di kedua belah pihak harap korang tengok dan belek yek!!

tau kalau jemput kat rumah nak tengok album kawin memang xsampai nye yela masing2 kan sibuk hehehe.. so enjoy..


gambar bersama keluarga tercinta, adik yang sedang duduk di depan sebelah kanan telah pun kembali ke rahmatulah.. sama2 kita sedekahkan al fatihah!!...


outdoor di taman seribu bunga di melaka, kredit to siti hajar dan juga suami kerana sudi datang ke taman hehehe.. thanks!!



sambutan malam berinai di alor gajah, melaka.. bunga api buluh..



sahabat handai yang sudi datang thanks! meriah korang yek hehehe..



outdoor, jurugambar superb ( siap baring2 atas rumput yang basah tue ) cuma yang xbestnya dia nie lambat selepas habis majlis sebulan lebih baru gambar siap tue pun selepas di "push" hehehe..



Honeymoon | Pulau Redang

Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Assalamualaikum geng, entri kali nie aku nak kongsikan gambar semasa honeymoon hehehe antara detik yang manis dalam hidup aku.. so, aku kongsikan 3 keping gambar kalau nak tengok lagi banyak tengok kat facebook saya ok!!









Kitorang honeymoon kat Pulau Redang, Terengganu.. chalet redang kalong... masa sangat terhad banyak sangat aktivitinya.. sampai bila masuk chalet jer terus tido letih yang amat, nasib baik makanan ringan tiada masa yang di hadkan 24 hours sentiasa ada.. so, xde la masalah terlepas makan..

starting.. perjalanan dengan kereta sendiri ke jeti ( ape tah dah tak hingat ) hehehe.. lepak kat jeti sementara menunggu orang yang menguruskan kitorang, pastu terus naik bot dalam lebih kurang jam 9.. sampai sana terus je follow aktiviti yang telah disediakan oleh agent

shopping di Kuala Terengganu cari barang2 untuk sahabat2..




singgah kat stadium sultan Mizan yang runtuh tu sempat gak bergambar.. rupanya macam2 aktiviti diorang buat kat stadium yang runtuh tue, berniaga dan sebagainya.. orang yang kepala bisnes nie memang takkan melepaskan peluang hehehehe... xkisah la kan..




cari sotong besar goreng tempat mengabang telipod kalau betul la ejaannya.. tengok sotong nie hehehe besar tak!!!




balik dari sana singgah kat rumah sahabat di kemaman jumpa paan dengan aros, by then malam tue diorang dah planning program makan2 kitorang dengan bos, amat dan juga wazerg.. best gak sebab lama dah tak jumpa diorang..



Kesimpulannya satu percutian yang indah penuh dengan aktiviti, shopping, jumpa sahabat, dan sebagainya.. so kepada yang sudi membaca nie komen la yek!!! hehehehe...




Sessi kenal mengenal

Feb 14, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum sahabat!!
satu permulaan untuk saya menulis blog secara peribadi, segala permasalahan, cerita, idea, dan sebagainya yang diceritakan oleh saya tiada kene mengena dengan sesiapapun ok..

kalau ade pun ikut suka hati saya hehehehe jangan marah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...