Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Cempedak : Merlimau

Mar 26, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum.. sahabatku sekalian..

disebabkan minat terhadap buah tempatan sangat tinggi, ku cuba untuk mencari buah buahan yang mempunyai nilai komersial yang amat tinggi kerana apa...
cuba korang beli cempedak goreng agak2 rm1 dapat berapa pc hehehe mahal ooo...

Cempedak :: agak2 kalau korang dapat makan cempedak yang segar dan fresh dari ladang apa rasanya.. mesti lain dari rasa yang biasa.. percayalah!!





Berikut adalah sedikit gambar yang dapat dikongsikan untuk tatapan korang buah nie dah la manis giler, sampai tak sempat kitorang nak menggoreng buka jer terus makan sampai habis...

bila habis baru terfikir ehh cakap nak goreng tadi.. huhuhu...

Taman Tasik Shah Alam | Picnic

Mar 14, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Assalamualaikum.....

Ahad lepas kitorang lepak kat Taman Tasik Shah Alam, piknik dengan bertemankan tikar plastik kitorang dok bawah pokok rasa nyaman jer... walaupun ramai orang hehehe

korang tengok gambar siapa yang paling gembira... mesti gambar adam kan hehehe.. adam memang sentiasa gembira walau kat mane sekalipun.. dok kat tikar piknik macam dok kat rumah.. lasak hehehe... kejap kesana kesini..



adam say cheeseeeee!!!!!!





adam dengan ibu... tapi kenapa muka adam macam takut jer?? @ terkejut.... konpius.. hehe




adam dengan mata bulatnya... ramai orang tegur sebab mata bulatnya... betul2 bulat ker...
hehehe anyway adam tetap adam!!!

p/s : ambil lah masa untuk berpiknik atau angin luar dengan keluarga.. weeee!!!

Durian Malaysia

Mar 10, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
As Salam.. hari nie nak cerita pasal durian..

Berapa ramai dikalangan sahabat yang suka makan durian.... huhuhu best wooo.. mesti ramai giler sampai tak terkira kan.. so ini mungkin awal musim durian di PJ, nak cari pun xberapa nak ada sangat so bile jumpa je terus beli.. yang nie 1 pack rm10 D24 sedap giler sehingga menjilat jari... rasa pergghhhh!!!!!!







...2,3 hari selepas pembelian pertama...

ok.. yang nie plak beli masa kat sungai way, harga berapa tah.. rasa pun boleh sesangat tapi masih tak puas lagi masih nak makan lagi... huhuhu bile la nak musim penuh yang senang nak jumpa durian kat mane2 kedai...




sesiapa dikalangan sahabat yang ada dusun durian boleh la ajak huhuhu boleh melantak sepuas puasnya.. durian antara buah kegemaran ku hahaha.. betul kalau tak percaya cuba ajak makan durian sekali... :-)

gambar : guna Desire HD ( saje nk bgtahu, jgn marah )

Johorean Words

Mar 2, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments

Rasanya johorean words nie dah lama tapi aku suka nak berkongsi gak dengan sahabat semua,

just baca ok dan komen sikit, ada kebenarannya yang ramai tidak perasan.. percayalah hehehe


1. They end 9 out of 10 sentences with Ekkk… Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark). Contoh :- Ni awak punyer ekk? Nama awak saper ekk? Kenapa kite kaler tak cantik ekk ? Dan macam-macam ekk lagi. Aku teringat semasa aku sekolah dulu, aku dan member sebelah aku boring yang amat di dalam kelas, so to keep us awake, kami dok mengira berapa kali Cikgu sebut ekk. In a period of 40 minutes, dekat 100 kali! Lepas tu kami gelarkan Cikgu tu as Cikgu Fadzillah* Ekk. (*bukan nama sebenar).


2. They refer to Johor Bahru as Johor and not JB. Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar Bandar Johor Baru seperti di Masai- chusettes umpamanya. Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak? So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana – if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, ” Eh, lu kan dah ada kat Johor?” Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.


3. They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit) In fact you pronounce everything that ends with “AR” as “OR”. Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bola kat Bandor Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Bandar Muar besok). Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku Cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje. Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.


4. They are brash with a CRAZY sense of humour. Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **. Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor. (Did you see Majalah 3 the other night – see how Tunku Yem (nama manja Tunku Mahkota Johor) bercerita pasal anakanda dia Tunku Ismail ? Haha…. that is exactly my point!)


5. Diorang ada ENDUT **. Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut. Contoh ayat : Haa…kau dah ada endut yer ? Kau pergi berendut kat mana ? Orang berendut dia pun nak berendut.


6. Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok….Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them. Seperti Kak P cakap – makanan seperti botok botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur – especially ulam). Yang aku tahu – pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus. Aku pernah tanya my Dad dulu – kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita : Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya “Mana Bubur Tok? “. Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok – kesan dari cakap cepat-cepat. Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku – maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.


7. Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock. Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc. Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler. Ampun Tuanku!


8. Kenduri Kawin Ada Telur Pindang.. Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don’t like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah – normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.


9. Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalamGEROBOK **.


10. They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore n indonesia!!! When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi’s ( Let your love flow), iklan lagu Coke ( I’d like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best. (But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.) Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa – semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore n indonesia!…tv3 bru nk kluakn cter malin kundang kite dah bis tgk Apa lagi EKK?

Kamus Johor :

Saing - pergi bersama2..”nnt kite saing ehh pi sekolah”
Bongok – bodoh Bigor – gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?
Endut – makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan. Pergi berendut- dating.

Botok-botok, bebotok – sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don’t ask me – aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY – tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok -Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke. Sajak sesuai @ tidak -bkn puisi tau!!…cm nih ayat die..’sajak x beg nih pki ngn bju ni??”

roti perata – roti canai

semangka -tembikai

epok2 - karipap


kepada sahabat yang ada rasa ada lagi perkataan johor yang tiada ditempat lain dan nak berkongsi sila jangan malu2 yek.. hehehe thanks!!!

Gorm Shelving Unit

Mar 1, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
As salam..

..berminggu yang lepas aku beli rack kat ikea untuk diletakkan dalam stor aku, yang bersepah dan juga dah penuh dengan barang lama.. hadiah kahwin yang masih belom dibuka pun ada.. hihihi

korang tengok lah cemane aku memasang rack nie sangat mudah dengan bantuan assembly guide yang diberikan.. tapi berpeluh gakla.. rack nie kalau korang nak beli masuk kereta wira pun boleh.. xde masalah.. cuma tiang yang panjang tue korang kene letak dalam arr melintang dari gear holder ke cermin belakang..




Segala jenis skru dan juga assembly guide yang banyak membantu aku dalam proses nak pasang rack nie.. kalau xde guide ni aku rasa berpeluuh gakla.. sebab aku bukannya carpenter pun haha..







..kalau korang pun nak beli gak! korang boleh klik link nie GORM

dah siap senang!!! hehehe.. pemasangan yang mengambil masa 30 minit gakla, siap dengan rehat dan juga minum air.. sambil relax2 pasni boleh kemas plak barang untuk diletakkan atas para yang dah siap pasang nie..

p/s : pasni sesiapa yang nak upah aku boleh contact2x yek!!! hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...