Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Water Park di Kampung Sayang Resort ( Tanjung Sedili )

Oct 10, 2018 Posted by Mohamad Zamri
Assalam dan salam sejahtera buat semua pembaca, saya percaya kebanyakkan warga Kota Tinggi amnya telahpun pergi atau pun tahu kewujudan Water Park yang berada di Kg Sayang, Jalan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.. ke ada yang tak tahu hehehehe.. so sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua kalau dah pergi ok jer kalau baru tahu sebab baca posting ni korang dah boleh masukkan dalam calendar korang untuk rancang pergi bersama anak2..

Lokasi : Kampung Sayang Resort
Alamat : Kampung Sayang, Jalan Tanjung Sedili, 81900 Kota Tinggi Johor


'SEDIKIT MAKLUMAT'
Maklumat lain2 korang boleh la search sendiri kat google banyak yg share, nak stay or bermalam boleh nak mandi di Water Park diorang tanpa stay pun boleh.. Makanan daripada luar pun boleh bawa masuk tiada halangan.. tetapi clean as you go la.. jangan main tinggal jer mentang2 bayar RM 10 korang main tinggal je dengan harapan ada orang kemas sebab da bayar RM 10 hihihi.. mentaliti kita kene ubah sikit.. sebabnya karang disebabkan sampah banyak diorang xbagi bawa masuk makanan daripada luar plak kan...sape plak yang susah.. diorang ada hak... so pandai2 la kan...


'PARKING KERETA'
nak cerita kemudahan, bermula daripada parking kereta ada walaupun kalau hujung minggu memang penuh sampai ke projek ladang Lada jiran sebelah tu.. hehehehe.. parking kereta based on first come first serve lambat parking luar itu jer simple.. jangan cakap Resort tak sediakan plak mungkn ada kekangan dari segi kawasan dan sebagainya..


'HARGA TIKET'
harga tiket takdela mahal sangat kalau nak compare dengan water park lain.. dewasa kanak2 sama jer RM 10 warga emas kalau xmandi diorang tak charge pun tapi kene mention la jangan terus bagitahu berapa pax nak masuk.. diorang pun ada common sense gak..


'TOILET / TEMPAT SALIN BAJU'
toilet, tempat bilas selepas mandi, dan juga tempat salin baju juga disediakan khas untuk pengunjung, cumanya kepada pengunjung tu bila guna infra yang disediakan tu kalau boleh cermat la sikit.. kebetulan bila saya disana bersama keluarga pintu untuk tempat salin baju sampai tercabut dikerjakan ini yang saya berbalik kepada mentaliti kita sendiri.. bila orang punya ( harta resort ) kita punya ganas sampai susahkan orang lain.. kat rumah tak pulak tu.. hihihi.. takpe ada masa lagi untuk berubah...


'MAKANAN / SNACK / KEMUDAHAN LAIN'
kedai burger dan juga makanan goreng ada juga disediakan didalam kawasan 'water park' so sekiranya korang pergi main redah je tanpa ada persediaan untuk bawa makanan dan sebagainya korang boleh je beli disini.. kalau tak pun sebelum masuk ke simpang masuk di resort ada 1 kedai runcit ditepi jalan korang boleh tapau disitu.. juga disediakan wakaf untuk berehat untuk keluarga, tempat duduk di sekeliling kawasan water park, sun deck juga disediakan, kedai diluar kawasan water park juga ada tetapi saya tidak berkesempatan untuk cuba.. so apa lagi, hehehehe dah boleh plan dah... bawa keluarga ke sana... free review ni..

dibawah gambar penulis bersama ahli keluarga sedang menikmati water park di Kampung Sayang Tanjung Sedili, masa yang berkualiti adalah sentiasa bersama keluarga.. percayalah..

Akhil dan Adam bergambar di signboard masuk ke Kampung Sayang Resort



Adam suka lompat macam ni

Akhil dengan aksinya hehehe.. asyik lompat jela..

deburan fresh water.. hihihi


ucu Ina dengan Cik Nisa pun ada tau.. ni buktinya..



Ibu Adam dengan Akhil


antara main attraction disini.. bebudak paling suka


tempat bilas selepas mandi.. toilet untuk salin baju sebelah jer.. xsempat snap gambar..

pintu masuk ke kawasan resort









Luangkan la masa bersama keluarga sekerap yang mungkin kerana kita tak tahu bila kali terakhir kita akan bersama mereka.. hidup ini tiada jaminan sejam dua ni pun kita xboleh jamin kita akan hidup ke tak betul tak.. kepada yang kerja sendiri anda ada banyak masa untuk keluarga kepada yang kerja dengan syarikat terutamanya luar kawasan atau jauh daripada keluarga cuba anda kira berapa jam setahun anda habiskan masa untuk keluarga..

Enjoy kualiti time ya, cari masa untuk bersama sekeluarga sekerap yang mungkin.. semoga urusan pembaca dipermudahkan.. amin..

wassalam..



Salam Sahabat,




3 Response to "Water Park di Kampung Sayang Resort ( Tanjung Sedili )"

  1. Unknown Says:

    nak tanya ,makanan boleh bawa dari rumah tak ?

  2. Unknown Says:

    Kolam untuk kanak2 paras mn airnya.

  3. Unknown Says:

    Assalamualaikum nak tnya kampung sayang buka x,. Water park

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...