Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Akhil di Hospital Colombia Asia

Oct 23, 2018 Posted by Mohamad Zamri
Akhil demam dan nak rehat cukup2

Adam bagi sokongan moral kepada Akhil supaya sabar nanti Akhil baik.. hihihi

Hari ini Akhil terpaksa dibawa ke Hospital untuk rujukan pakar sebabnya demam sudah melebihi daripada 5 hari.. tidak mahu mengambil risiko aku bawa ke sini.. sebelum ke sini kami dah dua kali ulang alik ke Poliklinik Gelang Patah tetapi keputusannya nampak negatif dan sepertinya tiada perubahan mungkin penggunaan ubat yang tidak 'kuat' agakkan kami la bukan apa dah 2 kali pergi macam tu gak so kali ketiga kami pergi terus minta surat rujukan ke Hospital.. kami meminta rujukan ke Hospital Colombia Asia.. faktor dekat dengan rumah straight jer keluar dari rumah.. so senang jer.. antara sebab lain adalah hospital ini adalah panel AIA ( Company Medical Card ) so guna jela kan..

Sesampai jer di Hospital..
Proses bermula dengan penghantaran surat rujukan ke kaunter emergency di Hospital Colombia Asia, mengambil masa yang agak lama gak sebab agak ramai patient di kaunter so terpaksa menunggu sementara giliran sampai.. sementara menunggu Akhil sempatla 2 kali muntah di pintu masuk kaunter emergency.. muntah air.. so keadaan dia agak lemah dengan muka sedikit pucat mungkin kekurangan air dalam badan dan juga faktor tiada selera makan.. buatkan Akhil agak lemah dan ingin didukung jer..

Pemeriksaan pertama..
Normal prosedur.. timbang berat badan pertanyaan biasa doktor dah berapa lama demam makan ubat ape ada alahan ke tak ada pape sakit ke tak sebelum ni... oleh petugas sebelum berjumpa dengan doktor.. sesampai jer dengan doktor.. perkataan pertama keluar adalah demam agak tinggi 39 degree celcius ( penyebab Akhil menggigil semasa didalam bilik pemeriksaan ) dan secara serta merta doktor menasihatkan supaya Akhil direhatkan di wad..

Persediaan masuk wad..
Petugas menyediakan jarum di tangan Akhil untuk tujuan memasukkan air, ubat dan sebagainya yang aku sendiri tak tahu apa namanya.. so aku sebut jarum jer.. dan injection di punggung nampak Akhil senyap je mungkin penat kot untuk meronta.. tak macam di Poliklinik Gelang Patah menjerit semasa hendak di ambil sampel darah untuk tujuan pemeriksaan, lepas habis jer proses ni terus dibawa ke bilik X Ray.. dan setelah selesai kami menunggu untuk bilik mengikut pakej medical card AIA which is 2 bed per room.. so tunggu jela.. mengambil masa lebih kurang sejam kot.. pastu terus ke wad kanak level 1 bilik 79... masa untuk Akhil berehat.. sesampainya di katil terus sambungan jarum ditangan disambungkan dengan air yang sudah pun sediakan.. lebih kurang 30 minit di katil Akhil pun tertido.. ibu dan Adam pun balik..

Note :-

  • Wan, cik Jai, Ucu Ina dengan Ucu Akim pun dah bagitahu
  • Bos dah bagitahu sebab esok nak amik EL
  • Cikgu Akhil pun da bagitahu Akhil kene amik MC


Semoga cepat sembuh malam ni ayah jaga Akhil.


Sesungguhnya penyakit adalah penghapus dosa...



0 Response to "Akhil di Hospital Colombia Asia"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...