Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Adam dan Akhil - Taman @ Park 51

Jan 23, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Adam dengan Akhil, kat taman sebelah rumah macam biasa sebelum naik ke rumah.... opsss!!! hehehehe.... biasa amik diorang sebelum naik ke rumah singgah kat taman dulu tak pun naik dulu letak barang pastu turun balik dah habis main singgah beli aiskrim itulah rutinnya bebudak 2 orang ni tapi tak la selalu...

taman ni ramai bebudak cina dengan anak pekerja indonesia ( western digital ) jer tak ramai budak melayu yang ada kat sini...

Gambar mereka semasa di taman permainan :



Apa yang diorang ni suka buat adalah berlari keliling taman... gelungsur naik ikut besi alang instead of tangga.... buaian kuda ( spring type ) dan pelbagai binatang lain.. hehehe pastu buaian yang berhayun macam biasa...

tetapi ada juga bahayanya....


Permainan yang sedikit usang dan memerlukan perhatian penuh kat bebudak ni.. kalau terlepas pandang boleh jadi bahaya... so kesimpulannya kat mana pun taman permainan yang kita bawa sila pastikan kita memberikan perhatian penuh kat mereka... sekadar untuk mengelakkan dari terjadi benda yang tidak dijangka... hehehe... betul tak?


Ini adalah penulis punya quality time so macam mane dengan korang nyer quality time? 


Suka untuk berkongsi,
Mohamad Zamri

Adam 2 tahun - 14, May, 2012

Jan 21, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Mohamad Adam Zafran,

Adam sebelum tidur, mengambil masa sebelum terlelap.. tetapi sempat ber "posing" hehe..




Lucky Draw 2014 - Sempena Chrismas Eve

Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.....

Christmas eve kat Leapple Boutique Hotel - KLCC, sedikit party kecil kecilan diadakan untuk aktiviti makan makan seperti biasa cuma kejutannya adalah... owner Datuk Seri bermurah hati untuk menaja ipad air 2 sebagai hadiah lucky draw... dalam masa yang sama pihak management hotel ada buat exchange gift tetapi dalam budget yang kecil sahaja... so, semua menunggu untuk hadiah lucky draw yang ditaja oleh Datuk Seri la... hehehe ๐Ÿ˜ฑ

nak dijadikan cerita saya tidak ada ditempat kejadian kerana demam teruk dua hari mc ๐Ÿ˜ท bermula dari hari isnin sehingga selasa, christmas eve ni hari selasa... cabutan pertama dicabut orang yang bertuah ialah ms Woo dari owner side ( corporate office ). ramai gak yang tidak puas hati dengan cabutan tu sepatutnya dapat ke bebudak hotel... hehehe... ms woo pulangkan hadiah tu dan cabutan dilakukan semula pada keesokkannya... dan orang yang bertuah untuk hadiah tersebut adalah saya sendiri๐Ÿ˜œ... so rezeki untuk orang demam la nampaknya...



itulah kata orang kalau dah rezeki tidak ke mana betul tak? buat la perancangan macam mana sekalipun sekiranya tiada keizinan dari Nya maka apa pun kita tidak akan dapat...

Mode : Happy sesangat!! alhamdulillah syukur rezeki saya...



Rezeki Saya,




Perjalanan ke Sabak Bernam

Jan 18, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Jalan ke Sabak Bernam ke rumah cik Zeli bersama dengan mak dan ayah yang kebetulan datang PJ ( Petaling Jaya ) tengok baby cik Zeli kat ( Taman Kenangan )... consider dapat sepupu baru... :-)

ini cerita semasa dalam perjalanan :

activity #1 - dari petaling jaya macam biasa ikut jalan biasa sungai buloh, ikut kuala selangor dalam perjalanan singgah kat cendol bakar yang sedikit terkenal dengan cendol 'bakar' nya... hehehe, ada sedikit info berkenaan dengan kedai nie... semua pemegang kad JKM akan dapat makan cendol free kat sini tapi dengan syarat kene tunjukkan kad... untuk mengelak daripada penipuan.... pastu untuk yang  lain diskaun 0.20 sen, turun harga sempena harga minyak naik ( bulan 10 ) tokey terbaik... hehehehe rasa not bad, sangat lemak dan manis tidak sesuai untuk orang kencing manis.. sekali sekala kira ok la kot..

untuk pengetahuan korang yang tak pernah pergi tu, kedai ni bukan semata menjual cendol ada perlbagai kedai kecil lain yang menjual lain2 makanan ringan contohnya otak2, sata, karipap gergasi, pelbagai bebola ikan dan lain2, mee kari dan banyak lagi korang boleh singgah kalau korang suka untuk explore makanan.... jalan2 cari makan huhuhu....

activity #2 - kata orang kalau ke Kuala Selangor xsah kalau tak cuba mentarang bakar, dengan sedikit maklumat yang kitorang terima daripada majalah 3... hehehe, kitorang jadikan ianya sebagai sumber rujukan... Faridah mentarang bakar menjadi destinasi kami, masa sampai agak petang so order mentarang bakar dengan mentarang goreng tepung. ada cerita sikit, semasa order pelayan cakap semua ada tetapi setelah menunggu lebih kurang dalam setengah jam pelayan cakap kerang bakar dah abis... hampa... so kitorang cuma dapat mentarang goreng tepung itu pun sedikit masin lebih tepung perasa kot... takpela mungkin xde rezeki kot, tapi takpe bila orang tanya saya boleh cakap saya dah pernah cuba hehehehe....

kat rumah cik zeli plak, kitorang dilayan dengan makanan kampung antara menunya adalah seperti belut, pelbagai jenis kerang kerangan, sayuran @ salad yang dipetik dari kawasan sekitar rumah, dan pelbagai lagi.... lauk kampung terbaik susah nak dapat kalau dok kat KL... betul kecuali rajin untuk berjalan untuk mencari jenis lauk kampung kat 'chow kit' contoh.. sekali lagi ditekan kan 'kalau rajin'...

"kat sini terkenal dengan nata de coco rm 10 dapat 3 bekas"

semasa kitorang pergi suasana padi sedang menghijau, macam balik kampung kat kedah plak.. anyway, suasana memang terbaik la.. banyak kot tempat jalan kat sini cuma masa jer yang takde kalau tak semua tempat kitorang nak jalan.. 

jauh perjalanan luas pemandangan tol tak.  ๐Ÿ˜œ



saya yang suka untuk berkongsi,





Cerita Sebelum Masuk Sekolah - Tadika Kemas Baiduri

Posted by Mohamad Zamri 0 comments

kejam celik jer.. hero 2 orang ni da nak start sekolah.
Muhammad Adam Zafran 5 years old dengan Muhammad Akhil Zameer 4 years old.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat, 
tahun ni Adam masuk ke Tadika Kemas kat Baiduri, register sekali dengan Akhil kebetulan ada kekosongan. Sehari sebelum macam biasa rambut dah panjang, so gunting kat kedai biasa diorang la. masa awal2 dulu nak gunting nangis sampai tahap kene pegang... sekarang sampai kedai naik sendiri kerusi tu xpayah disuruh.. kan bagus camtu....

kos gunting : RM 12.00 untuk 2 kepala...

Kedai dekat dengan seven E Apartment Baiduri blok B betul2 bersebelahan.. siap promote kedai lagi.. bukan apa sebabnya dah lepas gunting rambut belanja budak 2 orang ni minum slurpee campur... 'terbaikk' bak kata Akhil.. :-)

ok berbalik kepada cerita tentang sekolah Tadika Kemas, saya memilih sekolah ni kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan rumah pengasuh ( Kak Nora ) Adam dan Akhil dan dalam masa yang sama juga anak pengasuh diorang ni sebaya dan satu sekolah so tidak timbul isu macam mana nak ambil or pick up diorang ni selepas abis sekolah.. bila tamat masa persekolahan kak Nora akan ambil sekali dengan bebudak 2 orang ni.. pergi xde masalah... naik motor... berangin sikit naik motor, kereta takde angin...


Sedikit gambar semasa upacara menggunting rambut untuk pergi ke sekolah... hehehehe



masa Registration, kita cerita lain post yek!!!!



Saya yang Menulis,


Kesimpulan untuk tahun 2014

Jan 2, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat,
semalam adalah hari terakhir untuk tahun 2014 so cemane dengan tahun 2014 korang? baik ke tak baik? tercapai tak korang punya azam? hehehehe....

Saya punya 'part' banyak berita gembira dari pada berita sedih, kalau dari segi kerjaya banyak yang positif terutamanya perjumpaan dengan bos lama ( Furama Hotel ) yang membawa saya ke level management yang seterusnya. Bapa dan mak mertua menunaikan ibadah umrah untuk kali yang kedua bersama dengan abang Fir dan juga kak Aida ( Abang Ipar & Kakak Ipar ), tak ketinggalan juga zaim beli PS 4 hehehe...

Kalau dari segi 'sosial live' plak ramai dikalangan sahabat yang mendirikan rumah tangga melangkah ke alam yang seterusnya, bertunang ( Syahril IT ) dan sebagainya. Abu berpindah tempat kerja dari myHabitat ke Silka Hotel ( loke yew ). dan ada juga yang menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka ( cahaya mata ).

"untuk pengetahuan semua christmas eve kat Leapple Boutique Hotel - KLCC untuk hadiah untuk lucky draw saya dapat Ipad air 2.... jujur cakap saya tak pernah dapat hadiah lucky draw more than 1k"

Walaubagaimana pun ada juga terselit cerita sedih seperti saya kehilangan makcik yang berada di Kulai, sahabat saya sendiri Amir ( Silka ) kehilangan abang tersayang, datuk saya yang berada di Parit Yaani, Batu Pahat jatuh sakit sehingga sekarang sudah tidak boleh aktif seperti dahulu. anyway, setiap cerita yang gembira mesti ada kedukaan untuk mengimbanginya setuju tak? 

salam perjuangan untuk tahun 2015, tekadkan azam baru untuk kita sentiasa menuju kehadapan dan semoga tahun akan datang sentiasa jadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. satu pesan saya dalam kita menghadapi semua pancaroba dunia jangat kita takut untuk GAGAL dalam melakukan sesuatu ingat pesan dari bijak pandai : 

"jangan memandang ke bawah ( untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak ) sebelum memulakan langkah. hanya mereka yang menetapkan pandangan ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan yang sebenar"


suka untuk berkongsi,
Mohamad Zamri Alias



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...