Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Cerita Sebelum Masuk Sekolah - Tadika Kemas Baiduri

Jan 18, 2015 Posted by Mohamad Zamri

kejam celik jer.. hero 2 orang ni da nak start sekolah.
Muhammad Adam Zafran 5 years old dengan Muhammad Akhil Zameer 4 years old.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat, 
tahun ni Adam masuk ke Tadika Kemas kat Baiduri, register sekali dengan Akhil kebetulan ada kekosongan. Sehari sebelum macam biasa rambut dah panjang, so gunting kat kedai biasa diorang la. masa awal2 dulu nak gunting nangis sampai tahap kene pegang... sekarang sampai kedai naik sendiri kerusi tu xpayah disuruh.. kan bagus camtu....

kos gunting : RM 12.00 untuk 2 kepala...

Kedai dekat dengan seven E Apartment Baiduri blok B betul2 bersebelahan.. siap promote kedai lagi.. bukan apa sebabnya dah lepas gunting rambut belanja budak 2 orang ni minum slurpee campur... 'terbaikk' bak kata Akhil.. :-)

ok berbalik kepada cerita tentang sekolah Tadika Kemas, saya memilih sekolah ni kerana faktor lokasi yang berdekatan dengan rumah pengasuh ( Kak Nora ) Adam dan Akhil dan dalam masa yang sama juga anak pengasuh diorang ni sebaya dan satu sekolah so tidak timbul isu macam mana nak ambil or pick up diorang ni selepas abis sekolah.. bila tamat masa persekolahan kak Nora akan ambil sekali dengan bebudak 2 orang ni.. pergi xde masalah... naik motor... berangin sikit naik motor, kereta takde angin...


Sedikit gambar semasa upacara menggunting rambut untuk pergi ke sekolah... hehehehe



masa Registration, kita cerita lain post yek!!!!



Saya yang Menulis,


0 Response to "Cerita Sebelum Masuk Sekolah - Tadika Kemas Baiduri"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...