Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Perjalanan ke Sabak Bernam

Jan 18, 2015 Posted by Mohamad Zamri
Jalan ke Sabak Bernam ke rumah cik Zeli bersama dengan mak dan ayah yang kebetulan datang PJ ( Petaling Jaya ) tengok baby cik Zeli kat ( Taman Kenangan )... consider dapat sepupu baru... :-)

ini cerita semasa dalam perjalanan :

activity #1 - dari petaling jaya macam biasa ikut jalan biasa sungai buloh, ikut kuala selangor dalam perjalanan singgah kat cendol bakar yang sedikit terkenal dengan cendol 'bakar' nya... hehehe, ada sedikit info berkenaan dengan kedai nie... semua pemegang kad JKM akan dapat makan cendol free kat sini tapi dengan syarat kene tunjukkan kad... untuk mengelak daripada penipuan.... pastu untuk yang  lain diskaun 0.20 sen, turun harga sempena harga minyak naik ( bulan 10 ) tokey terbaik... hehehehe rasa not bad, sangat lemak dan manis tidak sesuai untuk orang kencing manis.. sekali sekala kira ok la kot..

untuk pengetahuan korang yang tak pernah pergi tu, kedai ni bukan semata menjual cendol ada perlbagai kedai kecil lain yang menjual lain2 makanan ringan contohnya otak2, sata, karipap gergasi, pelbagai bebola ikan dan lain2, mee kari dan banyak lagi korang boleh singgah kalau korang suka untuk explore makanan.... jalan2 cari makan huhuhu....

activity #2 - kata orang kalau ke Kuala Selangor xsah kalau tak cuba mentarang bakar, dengan sedikit maklumat yang kitorang terima daripada majalah 3... hehehe, kitorang jadikan ianya sebagai sumber rujukan... Faridah mentarang bakar menjadi destinasi kami, masa sampai agak petang so order mentarang bakar dengan mentarang goreng tepung. ada cerita sikit, semasa order pelayan cakap semua ada tetapi setelah menunggu lebih kurang dalam setengah jam pelayan cakap kerang bakar dah abis... hampa... so kitorang cuma dapat mentarang goreng tepung itu pun sedikit masin lebih tepung perasa kot... takpela mungkin xde rezeki kot, tapi takpe bila orang tanya saya boleh cakap saya dah pernah cuba hehehehe....

kat rumah cik zeli plak, kitorang dilayan dengan makanan kampung antara menunya adalah seperti belut, pelbagai jenis kerang kerangan, sayuran @ salad yang dipetik dari kawasan sekitar rumah, dan pelbagai lagi.... lauk kampung terbaik susah nak dapat kalau dok kat KL... betul kecuali rajin untuk berjalan untuk mencari jenis lauk kampung kat 'chow kit' contoh.. sekali lagi ditekan kan 'kalau rajin'...

"kat sini terkenal dengan nata de coco rm 10 dapat 3 bekas"

semasa kitorang pergi suasana padi sedang menghijau, macam balik kampung kat kedah plak.. anyway, suasana memang terbaik la.. banyak kot tempat jalan kat sini cuma masa jer yang takde kalau tak semua tempat kitorang nak jalan.. 

jauh perjalanan luas pemandangan tol tak.  😜



saya yang suka untuk berkongsi,





0 Response to "Perjalanan ke Sabak Bernam"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...