Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

SJ Cam 4000 wifi

Jul 28, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
percubaan untuk menggunakan kamera aksi murah nampaknya sedikit membantu dalam penghasilan gambar yang lain daripada yang lain.. contohnya seperti gambar dibawah yang diambil menggunakan kamera sj cam 4000 wifi tanpa edit langsung dan mode adalah automatic sepenuhnya.. ketinggian ceiling adalah kerana photographer menggunakan monopod hehehehe....

dengan sedikit bantuan dari pic editor mungkin gambar ini akan kelihatan lagi 'pro' dan antara apps pic editor yang biasa org guna adalah snapseed betul tak... hehehe gambar adalah sekadar hiasan...




sekadar berkongsi dengan semua yang penulis suka untuk mencuba sesuatu yang baru.. dan kamera aksi ini dibeli kerana penulis adalah penunggang basikal MTB... so faham2x jela.. 

bila dah lama guna nanti baru arr kita cerita plak camne nak cari kamera sj yang original dengan yang fake... korang jangan silap plak dan jangan fikir yang kamera aksi ni xori dan yang ori cuma go pro... kene ubah persepsi tu.. ok di lain update saya akan ceritakan... adioossa!!

#sjcam4000wifi
#kameraaksi
#bukangopro
#mtb




Ayam Golek - Style Hutan

Jul 25, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Bila sampai bulan ramadhan jer, kebanyakkan orang akan mencari menu ayam golek termasuklah saya sendiri.. so nak dijadikan cerita bila da sampai bulan syawal teringin nak golek ayam sendiri... dengan cara yang paling 'askar' sekali... hehehe

Bermulanya cerita di kipmart Kota Tinggi, Johor... proses pencarian ayam bermula.... pulang setelah 4 ekor ayam bulat berjaya di 'tangkap' dan disumbatkan didalam plastik merah... hehehehe
Bawa balik soh adik sediakan bahan perapan ( marinated ) dgn bahan yang paling ringkas jer..
Cari kayu untuk golekkan ayam pancang kiri kanan pastu pacak kan terus.... aktiviti selepas tu menyediakan bara api yg secukupnya... nak sediakan bara amik masa dalam setengah jam... siap jer apalagi terus cucuk ayam dan golek.... utk pengetahuan korang semua ini adalah kali pertama penulis meng'golek' ayam....

Cerita selepas golek :
Bahagian bawah kepak dan juga sendi peha ayam kurang masak sebab pendedahan lebih kepada badan dan kawasan lain ayam.. so ini adalah pengalaman pertama dan selepas ni dah tau nak buat camne untuk memastikan ayam masak disemua bahagian.. hehehe biasa arr 'kali pertama'

Pengajarannya : jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru... jangan takut untuk gagal... kegagalan adalah langkah untuk mencapai kejayaan..


Selamat Hari Raya 2015

Jul 24, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidil fitri maaf zahir dan batin... yang mana saya atau keluarga ada melakukan kesilapan yang mana sedar atau pun tidak sedara secara langsung atau pun tidak langsung, maafkan sekiranya ada kata kata yang mengguris hati secara sedar atau pun tidak, yang mana termakan atau terminum minta dihalalkan dunia dan akhirat...

buat semua sahabat dan juga pembaca :-)




#selamathariraya2015
#eid2015
#raya2015
#rembia
#alorgajah
#melaka

Mangga Pakistan - Honey Manggo

Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Kepada peminat mangga selain daripada mangga harumanis... boleh kot korang cuba mangga jenis yang ni plak... honey mangga imported dari pakistan kalau tak silap sekilo lebih kurang 15 ke 20...

Klu kat KL korang boleh cari kat Avenue K - Presto betul2 kat pintu masuk Presto...
Rasa seakan water lily + bacang tapi takde serat yg seakan akar... bau sangat kuat seperti kuini... hahahaha kene try wooo....







#manggamadu
#honeymanggo
#orangbagi

Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.

Jul 15, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat....


2 minggu sebelum raya kami sekeluarga balik kampung di Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor nak berpuasa bersama keluarga....dalam masa yang sama gak adam dan akhil dah bising.... dengan ayat famousnya....  "bila nak balik umah wan" hehehehe... ada lg satu "bila nk pergi umah anis" sepupu dia kat Merlimau... tempat lain tanak plak sebut... huhu...

perjalanan takla sibuk sangat dr masuk tol hinggalah keluar semuanya berjalan dgn lancar.... tapi seblum pergi ke Kota Tinggi kitorg sekeluarga singgah dulu kat Alor Gajah, Melaka..... singgah rumah atok Bakar amik durian... dah pesan awal2 supaya singgah dan bawa durian ke Kota Tinggi.... nak kasi orang kota makan durian melaka....


percutian selama tiga hari dua malam tidak lama kalau ikutkan... betol tak terutamanya cuti ke kampung yang perjalanan mengambil masa selama 5 jam ke atas.... 

musim puasa punya aktiviti....
antara aktiviti malam budak berdua ni adalah bermain bunga api pop pop... bunga api yang kaler merah putih dan juga bunga api 'das'.... memula nak main bunga api merah putih dengan mercun pop pop jer yang mercun 'das' tu kali pertama macam nak menangis tapi bila dah dapat main macam tanak berhenti plak... gambar takde....



hari kedua berbuka dengan nasi ayam mak buat... tapi ayamnya kitorang bakar saja nak amik masa sebab biasanya nak senang goreng jer betul kan.... dikna plak rajin nak buat kuih karipap... adam dengan akhil buat tepung buat karipap tu dah macam tanah liat da... huhuhu sadis wooo...

anyway, cuti memang seronok hahahaha... bila la nak cuti lagi...



Artist Department - Leapple KL

Jul 5, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...

Seperti biasa bila tibanya musim perayaan sudah menjadi kebiasaan untuk membuat sedikit hiasan dekorasi di dalam kawasan hotel.. untuk tema perayaan hari raya tahun 2015 ni kami punya main attraction adalah 'rumah kampung'...

So, team yang terlibat adalah seperti biasa engineering dan juga security department.. boleh dikatakan setiap kali musim perayaan inilah team yang bersusah payah untuk menyiapkan dekorasi hehehe... enjoy beb... ooo tak lupa kepada en Abu IT....

Berikut adalah sedikit gambar semasa pembuatan 'rumah kampung' tersebut bermula dari proses untuk melakar drawing hinggalah siap diletakkan di tempat yang difikirkan perlu.. hehehe korang tengoklah sendiri.. jangan komen teruk sangat kami bukan artist.. 



Amacam ada yang nk komen ke hasil kerja kami... dipersilakan untuk kemajuan kami di masa akan datang.. hehehehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...