Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Balik Kampungg Ayah - Kodiang, Kedah

Feb 12, 2017 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Jarang balik kampung dengan suasana padi yang sedang menghijau biasanya asyik lepas kene tuai jer so, bendang dah tak berapa nak cantik la kering kontang dan kaler pun coklat dan berasap jer.. hehehehe.. kali ni hijau so sejuk la sikit mata memandang..

balik kampung tak lain tak bukan tujuannya adalah satu melawat adik beradik belah ayah maklumlah dah lama tak menjengok.. disamping tu dapat juga melawat negeri orang..

Antara aktiviti wajib bila kat sini, adalah memancing puyu di tali air depan rumah pak cik besar xdela besar mane tapi seronoknya tu yang tak boleh diucap dengan kata kata.. kene mengalami sendiri baru tau.. adam ( siap beli teleskopik joran baru ) semata mata nak merasai pengalaman memancing puyu.. yg bestnya dia pun dapat puyu huhu tu yang seronok tu...

Pastu pergi ke Padang Besar macam biasa saje jalan jalan tengok tempat orang... tak beli barang banyak pun antaranya ialah green tea thailand, mak beli steamer, asam buat kudapan, baju seluar, dan ada la sikit lagi.. hehhee






Bila ada ahli keluarga yang ada bendang so korang dapat la kenal peralatan untuk mengerjakan padi.. antaranya seperti mesin di bawah ni digunakan sebelum menyemai benih kot, gemburkan tanah agaknya la.. 




tak sama kot kalau kita jalan bercuti dengan jalan menziarahi saudara mara, maksud saya pengalamannya.. hehehehe..

Car Boot Sale - Shah Alam ( tesco extra )

Apr 19, 2016 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
macam biasa aktiviti hujung minggu dipenuhkan dengan berniaga maklumlah baru belajar so kena arr selalu turun kalau tak orang ingat kita takde disiplin meniaga... biar orang tahu dulu kehadiran kita kalau lain kali datang diorang tahu kat mane nak cari betul tak... jangan kita mengharapkan jualan mega sekiranya baru pertama kali berniaga walau pun orang cakap kalau dah rezeki tak ke mana...

macam minggu nie, kitorang diberikan ujian hujan.... so kena terima mungkin bukan rezeki saya harini... tau tau jela bila hujan turun kalau saya kat tempat pembeli pun saya fikir banyak kali untuk jalan... untuk pengetahuan pembaca penulis berniaga car boot sale di tesco extra seksyen 24.... baru start nak belajar selok belok niaga offline sebelum ni niaga online jer xnampak customer so bila niaga offline ni banyak la benda nak kene belajar rupanya, terutama skill memujuk pelanggan... upselling dan sebagainya... banyak sebenarnya lagi ilmu nak kene tuntut...

janganlah sebab kecik kita give up terus kan ke hadapan jangan pandang ke belakang.. pasang surut perniagaan memang perkara biasa tetapi siapa kita untuk menidakkan rezeki.. sentiasa positif dan teruskan melangkah...




orang baru nak berniaga barang pun masih sikit lagi.. tapi jangan terperanjat kalau lepas ni kami ada kedai hehehe... doakan yang terbaik ya...


pandangan dari tempat duduk penjual hehehehe...

Bercuti di Cherating - DECEMBER, 2015

Dec 30, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Bercuti ke Cherating..

Soalan pertama untuk mereka yang pertama kali sampai ialah : mana nak pergi ekk selain daripada mandi laut? Tak kan bercuti 3 hari asyik nak mandi laut jer.. betul tak.. ni saya nak share sikit pengalaman saya bercuti di cherating.

Antara tempat menarik di cherating selain daripada mandi laut adalah..

1 - Melawat santuari penyu yang berada berhadapan dengan Club Med - Cherating... masuk percuma je xperlu bayar tapi ada disediakan tabung di pintu masuk derma la secara ikhlas..

2 - Selain daripada pantai Cherating antara pantai terdekat adalah Pantai Chendor dan juga Pantai Mak Nik ataupun nama lain Monica Bay ( sempadan kuantan - kemaman ) jarak 15 minit dari Cherating

3 - Menikmati satar di pintu sempadan Kuantan - Terengganu kedai yang saya pergi Warong Aziz Satar. terbaik siap tapau satar popiah lagi

4 - Kalau memang nak jalan jauh lagi korang boleh arr singgah Gambang Water Park saya rasa perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.. so kat sini memang kena pergi awal pagi untuk mengelakkan orang ramai.. kalau awal boleh amik locker, pondok, dengan pelampung.. so, selesa sikit..

5 - Makanan kat sini pagi pun dah ada jual makanan berat maksud saya.. macam nasi campur, nasi berlauk, nasi kerabu, dan BBQ ayam daging dan juga ikan.. so, xyah risau pasal makanan.. harga biasa je xmahal xmurah..

6 - Kuih kat sini susah nak dapat tempat lain.. antara yang saya jumpa nona manis, beke bakar, & akok kelantan.. cuma saya simpulkan semuanya manis hehehe..

Cerita ni berlaku pada 25 ke 27,12, 2015.. enjoy gambar saya...








YAM Tunku Jalil - Dalam Kenangan 1990 - 2015

Dec 5, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Al-Fatihah..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ

آمِيّنْ...

Ya Allah,
Ampunilah dia,limpahkanlah rahmat ke atas roh nya, muliakanlah tempatnya, luaskanlah,terangilah dn harumkanlah persemadiannya.
Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.
Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya,
Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya,
Gantikan untuknya  (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Tempatkanlah die disisi orang-orang yang kau redoi. Lindungi lah dia dari azab kubur dan azab api nerakaَ. Masukkanlah die ke dalam syurga mu ya ALLAH

~aamiin ya'robbal alaamiin~

Taste Enclave - Sunway Pyramid

Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Bila petang nak2 bila cuaca panas antara antara aktiviti saya adalah pekena cendol dan juga Air Batu Campur.. Adam dengan Akhil pun suka makan cendol terutamanya bila 'tambah' durian memang terbaik dan kalau ABC kene campur aiskrim..

Kali ni kita cuba makan kat Taste Enclave.. persembahan cemerlang nampak menyelerakan, manis pun cukup, cukup lemak, gula melaka sebagai pemanis memang cukup rasa.. so kalau nak cuba datanglah kat Sunway Pyramid.. kalau datang awal adala kuih2 melayu sebagai kudapan..

Korang layan gambar dibawah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...