Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Harimau Malaya ke Final AFF Suzuki Cup 2018

Dec 10, 2018 Posted by Mohamad Zamri

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat,

Mane ekor harimau sejati hafal chant ni nanti boleh sama2 chant di Stadium Nasional Bukit Jalil, walau pun penulis tak dapat join tapi hati tetap kat sana.. ada screen besar pun dah ok da.. hihihi

Kalau korang perasan perjalanan team harimau malaya kali ni agak berliku dengan senarai pemain yang tidak dipersetujui ramai, boleh ke tak main dan sebagainya.. tetapi mereka buktikan sebaliknya..  so kredit penuh saya bagi kat Tan Cheng Hoe Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya.. kerana atas kepercayaan dia kepada pemain, team ni mampu ke final.. walau pun ramai yang cakap team TCH ni tak mampu pergi jauh..

Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi sehingga di label sebagai penyokong yang paling 'outstanding' di kejohanan AFF 2018 kali ni.. ada artikel berita daripada luar melabelkan peminat/penyokong team Harimau Malaya sebagai 'GILA'.. kenapa gila sebagai contoh tiket perlawanan untuk semi final dijual bak goreng pisang panas..sehari dua sudah habis untuk kuantiti stadium yang besar iaitu 80ribu di Stadium Nasional Bukit Jalil.. sehinggakan ada yang tidur di stadium untuk beli tiket untuk esok hari.. hmmmm... agak 'gila' diorang ni.. hihihi..

Walau pun ada yang kecam peminat ni datang sebab final jer bila peringkat kumpulan masing2 buat tak tahu jer.. so korang faham kan.. anyway tahniah dah samapi peringkat final ni buat yang terbaik.. semoga kita berjaya sehingga dapat merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup 2018 ni.. amin..



Sumber Gambar : HRH Crown Prince of Johor


Ekor yg xberapa sejati,



0 Response to "Harimau Malaya ke Final AFF Suzuki Cup 2018"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...