Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Bercamping di Jason Bay ( Telok Mahkota )

Oct 16, 2018 Posted by Mohamad Zamri
Assalam buat semua sahabat kali ni kita bersiaran di Jason Bay ( Telok Mahkota ), pengalaman kali kedua kita bercamping hahahaha.. so di bawah saya akan share sedikit pengalaman saya bercamping sedikit demi sedikit ya mane tahu boleh cari idea.. tak pun dapat tengok apa barang yang perlu ada dan barang yg korang perlu tinggal kan.. sebab kita nak bercamping bukan pindah rumah hahahaha... kekadang bila masa untuk berkemas tu semua barang jadi keperluan semua barang nak di bawa nya..

Antara benda basic / asas yang korang perlu ada sekiranya ingin bermalam / bercamping lebih daripada 1 malam or paling kurang pun 2 malam.. sedikit pengalaman saya yang amatur bukan pro kalau nasihat ni xboleh pakai sila abaikan ok.. pertama tamanya benda yang perlu diamik berat adalah lokasi detail korang boleh refer kat bawah ye...

LOKASI : Jason Bay / Telok Mahkota, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim, Malaysia.

Lokasi sebenarnya kita kene ikut keselesaan kita, macam saya suka dekat dgn toilet dan tempat mandi supaya urusan mudah bila malam hari.. terutamanya bila ada anak kecil.. nak kencinglah, nak ber*k la, dan lagi satu kene pastikan toilet tu buka 24 jam la.. sebab ada certain tandas tutup pukul 7pm sebab malam xde orang jaga.. ini penting ya.. karang xpasal2 nak cari petrol station plak..


Barang Berkhemah :- Basic
1 - Flysheet - size bergantung berapa banyak khemah nak pasang bawah flysheet tu.. tujuan utama flysheet ni adalah untuk mengelakkan dari terkena hujan, ranting pokok, dahan, dari terkena kita..

2 - Khemah yang sesuai kalau boleh lengkap dengan pancang sebab kalau dilaut kebiasaannya angin agak kuat, untuk elakkan dari ditiup angin guna tali pancang..

3 - Alas tempat duduk gunakan bahan kalis air.. kotla hujan xdela alas korang ikut basah..

4 - Peralatan lain yang difikirkan sesuai.. macam saya ada tambahan camping bed, makan ruang dalam kereta ada ruang boleh la bawak.. tali extra untuk macam2 kegunaan lain.. lampu untuk menerangi malam anda jangan abaikan lampu ya, xsemua tempat cukup dengan unggun api jer..


Peralatan Memasak :- Basic 
1 - Portable Stove ( jangan lupa bawa gas )
2 - Peralatan ( sudu garfu, plate, paper cup, pisau, dan yang lain2 difikirkan sesuai
3 - BBQ set ( arang dengan fire starter jangan lupa )
4 - Bekas air yg sesuai dengan orang terlibat dalam perkhemahan, termasuk bekas air minuman ataupun untuk tujuan memasak.
5 - Bekas makanan yang bertutup untuk mengelakkan lalat hurung.

Yang tu jer kot barangan or peralatan basic yang korang perlu ada, dibawah adalah gambar semasa saya bercamping.. kot ada yang ingin berkongsi idea untuk penambah baikkan sila komen yea supaya kita dapat sama2 share cara bercamping or berkhemah dengan betul dan tidak merosakkan alam sekitar.. dan sentiasa amalkan 'clean as you go'..


Set up kami, khemah dengan flysheet dan alas lantai untuk mengelakkan dari terkena hujan lebat..
Makanan basah ditempatkan di dalam kotak polisterin

Menu wajib bila camping or berkhemah.... BBQ

Adam Akhil ulangkaji hehehehe..



Masak untuk sarapan pagi

Peralatan yg cukup kot pada kami



Basikal MTB untuk tujuan mengambil air dan pergi tandas



siap prepared tempat untuk sidai baju dengan towel lagi... hihihi

Sedikit pengalaman untuk saya kongsikan, saya baru dalam aktiviti camping ni mungkin ada lagi yang perlu kami tambah baik kalau ada sahabat yang ingin berkongsi idea atau pengalaman sila kongsikan diruangan komen untuk sama2 saya upgrade.. hihihi salam camping buat semua sahabat..


Salam Camping,




0 Response to "Bercamping di Jason Bay ( Telok Mahkota )"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...