Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Harimau Malaya ke Final AFF Suzuki Cup 2018

Dec 10, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat,

Mane ekor harimau sejati hafal chant ni nanti boleh sama2 chant di Stadium Nasional Bukit Jalil, walau pun penulis tak dapat join tapi hati tetap kat sana.. ada screen besar pun dah ok da.. hihihi

Kalau korang perasan perjalanan team harimau malaya kali ni agak berliku dengan senarai pemain yang tidak dipersetujui ramai, boleh ke tak main dan sebagainya.. tetapi mereka buktikan sebaliknya..  so kredit penuh saya bagi kat Tan Cheng Hoe Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya.. kerana atas kepercayaan dia kepada pemain, team ni mampu ke final.. walau pun ramai yang cakap team TCH ni tak mampu pergi jauh..

Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi sehingga di label sebagai penyokong yang paling 'outstanding' di kejohanan AFF 2018 kali ni.. ada artikel berita daripada luar melabelkan peminat/penyokong team Harimau Malaya sebagai 'GILA'.. kenapa gila sebagai contoh tiket perlawanan untuk semi final dijual bak goreng pisang panas..sehari dua sudah habis untuk kuantiti stadium yang besar iaitu 80ribu di Stadium Nasional Bukit Jalil.. sehinggakan ada yang tidur di stadium untuk beli tiket untuk esok hari.. hmmmm... agak 'gila' diorang ni.. hihihi..

Walau pun ada yang kecam peminat ni datang sebab final jer bila peringkat kumpulan masing2 buat tak tahu jer.. so korang faham kan.. anyway tahniah dah samapi peringkat final ni buat yang terbaik.. semoga kita berjaya sehingga dapat merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup 2018 ni.. amin..



Sumber Gambar : HRH Crown Prince of Johor


Ekor yg xberapa sejati,



Dinner di Sushi King

Dec 6, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalam dan salam sejahtera.. info ini bukan review berbayar yek..

Adam dengan Akhil suka makan sushi, so apa lagi bawa la ke Sushi King.. macam2 nak.. plate yang di conveyor tu nak, ala carte pun nak so masa untuk makan.. 

HARGA
Mesti ramai yang biasa dah pergi makan sushi di Sushi King ni kan, so bila nak makan sushi je ke sini betul tak.. nak cakap pasal harga biasa je takdela mahal sangat tapi dalam masa yg sama takdela murah sangat kan.. ke ada yang tak setuju? hihihi.. kepada yang 'hantu' harga ni biasa jer.. 

RASA
kalau nak cakap rasa, saya tak tahu rasa sushi original ni macam mane maklumlah tekak melayu bila fresh je saya anggap sedap la.. kalau tak fresh macam berbau atau sushi yg dibuat pastu tinggal dalam masa yang lama saya anggap tak fresh dan xsedap la.. nama sushi xpayah la sebut, xlekat kat kepala pun.. hihiih..



Akhil posing




Adam sedang menikmati




Di atas adalah sedikit gambar, untuk penulis share sekadar untuk berkongsi kepada sahabat yang belum ke sini lagi.. sedap woo.. hehehe..

Location : Sushi King - Bukit Indah AEON
klik link untuk lokasi Sushi King ditempat anda Johor area ye : Kedai Sushi King


Kaki Makan,


Dec 5, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Tahniah!!!! buat pasukan negara kerana berjaya mengikat Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Raja Manggala Thailand. Menang dengan keputusan aggregate 2 - 2, lawan akhir adalah diantara Vietnam dengan Philipines keputusan akan diketahui esok.

Buat keseluruhan team FAM, TCH ( Tan Cheng Hoe ), Team Harimau Malaya, Penyokong anda memang hebat!!..


Kredit Gambar : FB F.A.M
Salam Final,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...