Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Sejarah 'Fast Food'

Feb 12, 2012 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

sekadar untuk berkongsi dengan semua sahabat,

Bila sebut tentang Makanan Segera,pasti 'Pizza' dan 'Burger' yang terbayang di benak fikiran. Namun dua hidangan dari Eropah ini tidak mendapat tempat di mata dunia sehinggalah Richard dan Maurice McDonald membuka restoran makanan segera yang pertama di dunia di San Bernadino,California pada tahun 1948.

Makanan Segera atau 'Fast Food' adalah suatu istilah yang menunjukkan sesuatu yang disediakan dan dihidangkan dengan pantas.Sajian yang tidak memerlukan masa yang banyak untuk disediakan juga dipanggil Makanan Segera seperti 'TV dinners' ,dan biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran yg pantas penyediaannya dan dihidangkan kepada pelanggan secara berbungkus ,sama ada untuk makan di situ ataupun dibawa pulang.Istilah ini telah diakui di kamus Merriam-Webster pada tahun 1951.

Burger,sejenis sandwich sebenarnya mula diperkenalkan di Pesta St Louis World pada thn 1904, HotDog juga diperkenalkan di situ,dan restoran Pizza yg pertama di Amerika dibuka di New York pada tahun berikutnya.Pesta ini sebenarnya adalah pencetus kepada perkembangan pembuatan makanan segera,namun ini berlaku hampir setengah abad sebelum McDonald bersaudara memperkenalkan Sistem Servis Spedee,yg mjadi batu asas kepada fenomena makanan segera dan telah berkembang luas dari Amerika Utara, merentasi dunia.

Fenomena makanan segera mula berkembang secara beransur-ansur bermula dari sebuah restoran yang berkonsepkan pandu lalu di selatan California awal tahun 1940. Para pemilik restoran mengambil kesempatan dgn peningkatan populariti kereta agar pelanggan dapat menjamu selera tanpa perlu keluar dari kereta mereka. Kemudian,pada tahun 1948,mereka merancang untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu meringkaskan menu makanan dgn tidak mggunakan sebarang kutleri seperti sudu,garpu,pisau, dan mereka juga menggunakan pinggan mangkuk pakai –buang.Ini amat memudahkan pelanggan krn mereka hanya membuat pesanan di kaunter dan mengambil pesanan, tepatlah dgn konsep makanan segera.



McDonald bersaudara telah tampil dengan restoran yang berwajah baru pada thn 1948,dan beberapa rangkaian juga mula dibuka selepas itu. Burger King dan Taco Bell juga mula mengorak langkah pada 1950 an, dan Wendy's turut dibuka pada 1969. Sesetengah rangkaian seperti Carl's Jr. , KFC dan Jack in the Box,wujud sebelum Sistem Servis Speedee,tetapi mengubahsuai teknik penyediaan makanan mereka selepas kemunculan mereka dlm bidang ini. McDonald's yang merupakan perintis,kini merupakan rangkaian terbesar dunia dalam pembuatan makanan segera!

Mereka memanggilnya Sistem Servis Speedee, dan keputusannya sangat memberansangkan sehinggakan ia diikuti oleh pelopor yg seterusnya seperti Keith G. Kramer, beliau terbang ke California,makan di McDonald's,kemudian kembali semula ke Florida di mana di sini beliau mengasaskan Burger King pada 1953 bersama bapa mentuanya,Matthew Burns, dan Dave Thomas mengasaskan Wendy's Old-Fashioned Hamburger Restaurant di Colombus,Ohio pada 1969.

Sumber : iluvislam

Aku yang suka "share",

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...