Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...
Hujung minggu macam biasa berkayuh tapi minggu ni best sikit berkayuh di FRIM... hehehe biasa kayuh onroad jer... so, minggu ni dapatla offroad... walau pun seorang diri kita redah jer..
Bawa keluarga jer.. macam biasa adam dgn akhil suka pergi FRIM sebab ada air terjun so sementara berkayuh diorang boleh layan air terjun... walaupun xsebesar mana air terjun kat sini...
Sesampai jer kat sini cari port dulu untuk dirikan khemah... pilihan macam selalu berdekatan dgn air terjun la selesai pasang khemah bentang tikar... apa lagi bebudak 2 org tu bising nak salin baju untuk terjun dlm air hehehe.. xsabar seperti biasa....
Selepas diorg da ready... amik barangan berharga letak dalam pouch bag... so, bila mandi tu bawa pouch bag jela dan dapatlah mandi tanpa risau sangat... hehehehe....
Lepas mandi lapar... so kitorang tapau nasi lemak berlauk ( tapau semasa dalam perjalanan ke FRIM )... makan kat tepi air terjun... Syok wooo... walaupun kesejukkan...
Berikut adalah sedikit gambar buat kenangan kami berempat... ada gambar yg tidak diupload.. gambar tidak banyak...
Posted in
FRIM,
mtb,
piknik dengan keluarga
Kekalahan 10 - 0 pasukan negara kepada pasukan
UAE adalah rekod kekalahan pasukan negara yang terbesar yang dicatatkan... satu lagi kegagalan oleh
FAM....
TMJ juga menuntut Persatuan
Bola Sepak Malaysia ( FAM ) segera untuk menamatkan perkhidmatan jurulatih kebangsaan
Dollah Salleh dan mendapatkan jutulatih luar yang berkualiti... so pada pendapat penulis kata kata daripada
TMJ ini seharusnya di ambil serius dan dijelmakan dengan tindakan... ketepikanlah ego untuk menerima idea dari
'budak mentah' ni... 3 tahun dengan pencapaian yang mengagumkan untuk pasukan bimbingannya...
JDT ( Johor Southern Tiger )
Belajarlah daripada kesilapan yang lalu bukan mengulanginya...
TMJ : Pablo Aimar pernah mengajar saya, tiada maknanya memiliki kereta ferrari sekiranya pemandunya hanya tahu memandu sebuah van..
So, korang fahamlah kan... jangan jadikan benda ini sebagai jenaka tetapi
Belajarlah sesuatu daripadanya... semoga ada pengajaran yang dapat di pelajari daripada kekalahan ini... tiada apa yang dapat kita lakukan dengan bising... so fikir2 kanlah... pertolongan bersyarat juga diberikan kepada FAM oleh TMJ... mencari jurulatih berkaliber dengan syarat memberikan hak penyiaran kepada pasukan yang bertanding... ini HAK pasukan bertanding...
Salam sayang untuk pasukan Harimau Malaya...
Posted in
JDT
Alhamdulillah berkat kesabaran yg tinggi akhirnya tercapai juga hasrat untuk mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut2 2014 dan 2015...
Syabas diucapkan buat semua yang terlibat pegawai kejurulatihan.. doktor2.. dan sebagainya.. tidak lupa juga kepada marshal2 yg menjaga ketenteraman semasa kita semua berada didalam stadium...
Manisnya kejayaan ini adalah kerana pahit yang kita terima sepanjang liga berlangsung... dari berbagai sudut kepahitan antaranya.... isu pergaduhan di dalam stadium sehingga membawa kepada kerosakkan bas yang membawa pemain... isu pengadil sehingga ke perlawanan akhir pun masih lagi menunjukkan ke'tidakprofesional'nya sebagai org yang sepatutnya kene adil... isu jadual yang sangat padat oleh badan induk bola sepak Malaysia sendiri hanya kerana perlawanan yang disifatkan sebagai 'circus game'... selepas tamat permainan pun ada lagi isu medal yang disediakan oleh FAM yang tidak se'GAH' nama juara 'Malaysia Super League' tahla harap2 FAM akan berubah selepas ini... korg boleh tgk medal yg disediakan seperti medal sukan sekolah2... search je...
Ucapan terima kasih juga kepada B.O.S boys of straits yang tidak henti2 memberikan sokongan samaada ditempat sendiri atau pun ditempat lawan.... sentiasa ada...
Tetapi semuanya telah pun berakhir dan juaranya juga sudah kita ketahui... anggaplah semua dugaan yang kita tempuh tu sebagai asam garam dalam mengejar kejayaan..
Semua ini tidak akan terjadi tanpa adanya 'Bapa Pembangunan' bolasepak Negeri Johor iaitu TMJ... tunduk hormat....
Posted in
JDT,
johor,
jst
Ha yang mana sahabat yang tidak mempunyai pengalaman... saya ada cerita untuk dikongsikan... sama ada kene langgar atau pun dilanggar... saya pun sebenarnya baru je mengalaminya.. so ada sikit la pengalaman..
Pengalaman yang tak seberapa ni saya nak share untuk semua biar semua org ada pengetahuan... dalam kes saya.... orang langgar belakang... benda pertama yang korang semua kene buat adalah report polis even eksiden tu kecil kerana ianya akan menyelamatkan anda dan saya ada reason...
Contoh sekiranya korang tidak report polis dan ingin selesaikan dgn org yg melanggar... kereta akan dibawa ke bengkel dan kononnya segala bil akan di charge kepada pelanggar... perjanjian tidak bertulis ini akan jadi isu sekiranya pelanggar tidak membayar kos workshop dan terus melarikan diri even korang da amik dokumen diorang sekalipun... faham kan... dan akan jadi lebih teruk kalau dia plak yg report korang langgar dia... dan korang mesti ingat report perlu dibuat 24 jam selepas kejadian... so inilah PENTING nya report polis di buat...
Sekarang cerita bila nak report...
Pergi balai polis traffik yg terdekat dengan kawasan kemalangan bukan balai polis biasa.. ok ingat tu... buat statement macam biasa jumpa sarjan yg amik kes cerita macam mana berlaku dan jangan lupa dapatkan statement copy... amik gambar semua kerja polis... dan ini jenis kemalangan yg ringan ye... maknanya kenderaan yg terlibat masih boleh lagi bergerak ke balai...
Dalam kes saya polis bgtau siap2 yg kesalahan adalah dr pelanggar so boleh claim terus dgn insuran org yg melanggar... tunggu pelanggar buat report jela untuk tujuan claim... black and white kene refer kepada pegawai yang amik kes... selepas tu hantar kereta ke workshop insuran panel.. dan kalau boleh minta la kereta ganti.. xdela patah kaki.. untuk ke sana sini...
Sekarang kereta kat workshop....
Bila kereta masuk workshop semua barang2 berharga ke xberharga kalau boleh clearkan semua.. jangan ada tertinggal pun... dan bila kereta kat workshop tu tengok2 la... takut tak dapat seperti mana yg dijanjikan oleh adjuster... ops lupa plak nak cerita pasal adjuster.... adjuster ni adalah wakil dr panel insuran yg akan memberitahu nilai kerosakkan apa yg boleh claim dan apa yg xboleh claim...
Follow up la sehingga kereta siap.. selepas tu jangan lupa highlight 'lost of use' claim kepada adjuster dan akan dibayar rm40 sehari dalam kes saya la.. mungkin nilai bergantung kepada insuran.. rm40 dari start kereta masuk workshop sehingga kereta keluar..
Dan inilah sedikit sebanyak pengalaman saya yg dapat dikongsikan di sini semoga ianya bermanfaat..
Hujung minggu....
Masa untuk berehat... bangun tido lambat, hari untuk bermalas malasan, hari untuk shopping, dan juga macam2 lagi... tapi penulis punya aktiviti tersendiri dalam memenuhi pagi ahad... tgh hari dan petang kita cerita lain...
Mtb adalah antara aktiviti lain penulis... minat yang boleh dikatakan baru untuk penulis masih hijau la bak kata 'pro rider'....
So, sebelum matahari 'naik' kita keluar awal..
Lokasi kayuhan pagi ni adalah federal highway susur keluar jalan 222 hingga ke tol batu 3 shah alam dan u turn di simpang ke lebuh raya guthrie.. dan masa yang diambil adalah sekitar 55 ke 60 minit... purata kelajuan adalah 20 km/jam.. jarak kayuhan adalah sekitar 25 km sahaja... kayuhan solo sebab beginner hehehe kalau kayuhan dengan otai2 kita plak xdapat ikut... so, kayuh sorang jela... hehehe
Gambar adalah hiasan..
#basikalbukit
#mtb
#kayuh
Posted in
mountain bike,
mtb