Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

JDT - Juara Super League 2015

Aug 26, 2015 Posted by Mohamad Zamri
Alhamdulillah berkat kesabaran yg tinggi akhirnya tercapai juga hasrat untuk mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut2 2014 dan 2015...

Syabas diucapkan buat semua yang terlibat pegawai kejurulatihan.. doktor2.. dan sebagainya.. tidak lupa juga kepada marshal2 yg menjaga ketenteraman semasa kita semua berada didalam stadium...

Manisnya kejayaan ini adalah kerana pahit yang kita terima sepanjang liga berlangsung... dari berbagai sudut kepahitan antaranya.... isu pergaduhan di dalam stadium sehingga membawa kepada kerosakkan bas yang membawa pemain... isu pengadil sehingga ke perlawanan akhir pun masih lagi menunjukkan ke'tidakprofesional'nya sebagai org yang sepatutnya kene adil... isu jadual yang sangat padat oleh badan induk bola sepak Malaysia sendiri hanya kerana perlawanan yang disifatkan sebagai 'circus game'... selepas tamat permainan pun ada lagi isu medal yang disediakan oleh FAM yang tidak se'GAH' nama juara 'Malaysia Super League' tahla harap2 FAM akan berubah selepas ini... korg boleh tgk medal yg disediakan seperti medal sukan sekolah2...  search je...

Ucapan terima kasih juga kepada B.O.S boys of straits yang tidak henti2 memberikan sokongan samaada ditempat sendiri atau pun ditempat lawan.... sentiasa ada...

Tetapi semuanya telah pun berakhir dan juaranya juga sudah kita ketahui... anggaplah semua dugaan yang kita tempuh tu sebagai asam garam dalam mengejar kejayaan..

Semua ini tidak akan terjadi tanpa adanya 'Bapa Pembangunan' bolasepak Negeri Johor iaitu TMJ... tunduk hormat....







0 Response to "JDT - Juara Super League 2015"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...