Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Kereta kena langgar apa nak buat...

Aug 15, 2015 Posted by Mohamad Zamri
Ha yang mana sahabat yang tidak mempunyai pengalaman... saya ada cerita untuk dikongsikan... sama ada kene langgar atau pun dilanggar... saya pun sebenarnya baru je mengalaminya.. so ada sikit la pengalaman..

Pengalaman yang tak seberapa ni saya nak share untuk semua biar semua org ada pengetahuan... dalam kes saya.... orang langgar belakang... benda pertama yang korang semua kene buat adalah report polis even eksiden tu kecil kerana ianya akan menyelamatkan anda dan saya ada reason...
Contoh sekiranya korang tidak report polis dan ingin selesaikan dgn org yg melanggar... kereta akan dibawa ke bengkel dan kononnya segala bil akan di charge kepada pelanggar... perjanjian tidak bertulis ini akan jadi isu sekiranya pelanggar tidak membayar kos workshop dan terus melarikan diri even korang da amik dokumen diorang sekalipun... faham kan... dan akan jadi lebih teruk kalau dia plak yg report korang langgar dia... dan korang mesti ingat report perlu dibuat 24 jam selepas kejadian... so inilah PENTING nya report polis di buat...

Sekarang cerita bila nak report...

Pergi balai polis traffik yg terdekat dengan kawasan kemalangan bukan balai polis biasa.. ok ingat tu... buat statement macam biasa jumpa sarjan yg amik kes cerita macam mana berlaku dan jangan lupa dapatkan statement copy... amik gambar semua kerja polis... dan ini jenis kemalangan yg ringan ye... maknanya kenderaan yg terlibat masih boleh lagi bergerak ke balai...
Dalam kes saya polis bgtau siap2 yg kesalahan adalah dr pelanggar so boleh claim terus dgn insuran org yg melanggar... tunggu pelanggar buat report jela untuk tujuan claim... black and white kene refer kepada pegawai yang amik kes... selepas tu hantar kereta ke workshop insuran panel.. dan kalau boleh minta la kereta ganti.. xdela patah kaki.. untuk ke sana sini...

Sekarang kereta kat workshop....

Bila kereta masuk workshop semua barang2 berharga ke xberharga kalau boleh clearkan semua.. jangan ada tertinggal pun... dan bila kereta kat workshop tu tengok2 la... takut tak dapat seperti mana yg dijanjikan oleh adjuster... ops lupa plak nak cerita pasal adjuster.... adjuster ni adalah wakil dr panel insuran yg akan memberitahu nilai kerosakkan apa yg boleh claim dan apa yg xboleh claim...
Follow up la sehingga kereta siap.. selepas tu jangan lupa highlight 'lost of use' claim kepada adjuster dan akan dibayar rm40 sehari dalam kes saya la.. mungkin nilai bergantung kepada insuran.. rm40 dari start kereta masuk workshop sehingga kereta keluar..

Dan inilah sedikit sebanyak pengalaman saya yg dapat dikongsikan di sini semoga ianya bermanfaat..

0 Response to "Kereta kena langgar apa nak buat..."

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...