Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Kayuhan - Malaysia Day Ride 2015

Sep 14, 2015 Posted by Mohamad Zamri
Kayuh lagi setelah agak lama bercuti dari sebarang kayuhan funride dan juga jamboree / jamborace... asyik kayuhan solo dan kayuhan taman je sesekali nk gak join event...

Dapat info kayuhan ni dari FB page mtb malaysia sahabat disana ramai yang suka untuk berkongsi event yang akan atau pun sedang berlaku.. xpercaya korang boleh singgah jap kt page.. sebabnya korang boleh tgk rider yg join funride boleh share gambar semasa sedang mengayuh... hebat diorang ni... pastu bila sampai lambat organiser dah sebut number untuk lucky draw... diorang ni la yang bising dan tegur organiser kenapa tak tunggu semua rider sampai... hehehe...

Cerita kitorang plak... bermula dgn pendaftaran di website malaysiadayride2015.com pembayaran online untuk 3 nama dan seterusnya menunggu selama lebih kurang 3 minggu sebelum flag off...race kit amik di uniKL kandungan race kit ialah plate number dan juga drifit shirt... basic la, cost pendaftaran bermula RM50 sebelum turun ke RM35 kerana sumbangan dr penaja sangat menggalakkan.. katanya... yang mana telah bayar RM50 boleh refund balik...

Rancangan kami ke Dataran Merdeka....

Planning asal nak masukkan basikal dlm kereta dan cari parking di kawasan terdekat dgn Dataran Merdeka... tapi cadangan tu bertukar kepada kayuh daripada leapple boutique hotel - klcc ke sana... kerana setelah di google maps kan jarak antara leapple ke dataran cuma 3.5km sahaja... heheh so setuju untuk kayuh...

Perjalanan kayuhan seperti biasa pelepasan selepas sepatah 2 kata oleh vip dalam event ni VIP nya adalah PM dan YB Khairy Jamaluddin.. perjalanan lancar sehingga tamat tiada apa2 untuk diceritakan.. hehehe jatuh bangun balik, tolak bila xlarat kayuh, makan pisang di check point, pemandu lain bising buat horn bila jalan ditutup terlalu lama.. so biasa kot cerita ni...

Penutupnya... abis di finishing line amik medal dan bihun goreng makan dan balik kitorang xtunggu pun untuk lucky draw.. 

So, pendapat saya secara peribadi kepada rider2 klu join funride buatlah perangai tu macam funride event xperlu la nk laju sehingga tidak menghiraukan marshall.... dan kepada ghost rider tu jangan la susahkan organiser dgn tiada helmet.. blinking light tiada ianya membahayakan rider lain... fikir2 kan lah..




0 Response to "Kayuhan - Malaysia Day Ride 2015"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...