Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Jerebu 2015 - Petaling Jaya

Sep 13, 2015 Posted by Mohamad Zamri

Musim jerebu di Malaysia sudah bermula... macam biasa la setiap tahun... datangnya dari Indonesia...

Assalamualaikum sahabat apamacam korang selesa ke dengan situasi ini... setiap tahun akan berulang seolah2 tiada penghujungnya.. bila diajukan kepada pihak berwajib Indonesia jawapan 'cliche' diberikan... bukan tindakan yang disengajakan mungkin kepanasan melampau menyebabkan kebakaran... tetapi kebakaran ( penyebab jerebu ) berlaku setiap tahun...

Pekerja outdoor sememangnya terkesan dengan jerebu yang berlaku... contoh mudah saya berikan... pekerja kontrak membuat bangunan akan gunakan 'face mask' 1 team mungkin melibatkan 100 atau 200 pekerja.. bukan kesihatan sahaja yang akan terganggu malah kos pun akan meningkat secara tidak langsung... nampak tak...

Siapa sepatutnya yang perlu bersuara dalam hal ni... so, kepada pihak berwajib tu buatlah kerja anda suarakan la pendapat anda kepada yang sepatutnya... pemimpin buatlah kerja anda jangan lena diulit mimpi... amanah tu jaga baik2 jangan sampai hilang kepercayaan ramai... ini baru cerita masalah yang semua orang nampak... yang 'dalam kain' tu xperlu la kita sembang.. tol tak....

So, kita cerita dari sudut sebagai mangsa kepada keadaan semasa sekarang ni... apa yang perlu kita buat... 

1 - sentiasa update dengan bacaan indeks Pencemaran Udara di kawasan kita..

So ikutlah range IPU yang sihat baru buat aktiviti luar ada dinyatakan di portal rasmi kementerian kesihatan Malaysia untuk update penuh mengikut jam...

2 - kurangkan aktiviti luar rumah... kalau terpaksa keluar sekalipun gunalah face mask...

3 - minum air yg banyak untuk sentiasa terhidrat...

Sebagai mangsa keadaan jerebu buatlah apa yang perlu kita buat... kerana kesihatan kita adalah keutamaan kita, tiada apa yang boleh digantikan dengan kesihatan..

1 Response to "Jerebu 2015 - Petaling Jaya"

  1. Mohamad Zamri Says:

    pada 15, 9, 2015 sekolah sudah pun diarahkan untuk ditutup..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...