Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Mewujudkan Kenyakinan Diri

Jun 22, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca sekalian,
berikut adalah sedikit perkongsian maklumat mengenai mewujudkan kenyakinan diri yang saya fikirkan sesuai untuk dikongsikan di sini..


Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.
Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.
Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

1.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

2.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

3.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

4.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

5.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

6.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

7. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

8.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

9.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

SUMBER : iLuvIslam



saya yang suka untuk berkongsi



Mountain Bike - BTR MTB Trail Park

Jun 18, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat sekalian..

Sekadar berkongsi pengalaman berkayuh di  BTR MTB Trail... dari riders untuk riders...
basikal beginner.... tgk arr gambar...


Ini bukan gambar selepas beli yek jangan salah faham plak.. ini gambar selepas 3 bulan beli buktinya date kat gambar hahahaha... gambar ini diambil selepas mencuba trail BTR ( Bandar Tun Razak ) MTB Trail Park berdekatan dengan institut latihan DBKL... kalau tak tahu gak saya bagi klu berdekatan dengan HUKM.. mesti dah ramai yang dapat agak..kan so, sini la tempatnya...

Cubaan untuk menduga trail ini sebenarnya atas idea saya sendiri dengan bro Fizanee.. kerana kami berdua adalah beginner yang betul2 beginner bukan macam sesetengah rider yang 'claim' beginner tapi sebenarnya Pro Rider.. hehehehe.. so, persoalannya macam mana kami tahu trail ni??? jawapan nya dari facebook la... tagline owner trail juga sangat mesra..... dari riders untuk riders..... :-)

contact person saya adalah bro Red Bison ( klik link ) 




    

Sedikit gambar untuk dikongsikan kepada sahabat yang belum lagi menjejakkan basikal disini hehehe.. rasanya trail ini tiada penaja dan ianya adalah dibuat atas ehsan rider sendiri sebab tu ianya di klasifikasikan dari riders untuk riders.. so mungkin korang da faham kot...


video keadaan trail :-



so, kepada sahabat yang mempunyai kelapangan boleh la singgah 2 sama ada untuk mengayuh atau pun untuk joint brother2 rider kita ni buat kerja penambahbaikkan.. terutamanya yang duduk berdekatan dengan trail ni..

salam kayuh buat semua para rider, kepada pro rider tu tolong berilah tunjuk ajar kepada rider yang baru yang belajar berkayuh ni.. hehehehe... mungkin lepas ni riders boleh share skill yang ada untuk beginner macam saya...

'satu permulaan untuk saya' 


Salam kayuh......



Hujung minggu di Port Dickson

Jun 12, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.....

hujung minggu antara hari paling berkualiti untuk bersama dengan keluarga so, pada kali ini kami bercuti dua hari satu malam di PD ( negeri sembilan ). tiada rancangan jangkamasa panjang dilakukan, adik ( jai ) call 3 ke 4 hari sebelum kami pergi... 

mak, ayah, jai dengan akim, ina dari johor datang pada malam jumaat sampai ke tempat yang kami sewa tengah malam pukul 3 pagi... so, jai dengan keluarga lepak kat sana dulu kitorg gerak dari PJ selepas pukul 1 hari sabtu so diorang dah bermalam kat sana dulu arr... nak dijadikan cerita perjalanan ke sana mengambil masa yang agak lama kerana kerana jem teruk... dah 4 lane pun jalan masih jem lagi kalau musim perayaan macam mane la agaknya tak dapat nak dibayangkan...

okay, sesampainya disana terus letak barang, makan2 dulu, selesakan diri dulu, pastu bersiap untuk mandi laut la... lewat petang baru kitorang sampai ke pantai dalam proses makan dan nak selesakan diri masa berlalu begitu pantas tanpa disedari... hehehe biasa arr nak - nak bila adam dengan akhil ada.... 





gambar semasa mandi manda di pantai... rasa penat semasa memandu tidak terasa selepas kaki dibasahi air laut hahahaha... enjoy gambar kenangan jangan cakap abg tak payung hehehe... berdekatan dengan tempat tinggal kami pihak pengurusan ada menyediakan kolam renang so layan pulak gambar di kolam plak... bilas kata org kampung..




adam dan juga akhil didalam kolam renang... gambar diambil menggunakan kamera sjcam 4000 kamera aksi dengan harga yang berpatutan... cerita pasal kamera ni sebenarnya beli untuk kegunaan bila beraksi dengan basikal jer tapi dah tau sjcam 4000 ada casing underwater saya tidak melepaskan peluang untuk mencubanya didalam kolam dan juga laut... so far kualiti gambar tidak mengecewakan... kualiti videonya juga 1080p... so bolehla untuk kegunaan saya yang ingin kamera aksi dengan harga yang berpatutan... berbaloi baloi.... gambar dalam keadaan original tidak di edit langsung...


so kesimpulannya, buatlah apa pun aktiviti bersama keluarga di mana sekalipun kerana ianya adalah masa yang paling berkualiti... tiada aktiviti yang seronok sekiranya kita lakukannya seorang diri... percayalah.. hehehee...

di upload menggunakan ipad air 2 
gambar oleh sjcam 4000 wifi


saya yang suka berkongsi,
Mohamad Zamri 











Adam dan Akhil - Taman @ Park 51

Jan 23, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Adam dengan Akhil, kat taman sebelah rumah macam biasa sebelum naik ke rumah.... opsss!!! hehehehe.... biasa amik diorang sebelum naik ke rumah singgah kat taman dulu tak pun naik dulu letak barang pastu turun balik dah habis main singgah beli aiskrim itulah rutinnya bebudak 2 orang ni tapi tak la selalu...

taman ni ramai bebudak cina dengan anak pekerja indonesia ( western digital ) jer tak ramai budak melayu yang ada kat sini...

Gambar mereka semasa di taman permainan :



Apa yang diorang ni suka buat adalah berlari keliling taman... gelungsur naik ikut besi alang instead of tangga.... buaian kuda ( spring type ) dan pelbagai binatang lain.. hehehe pastu buaian yang berhayun macam biasa...

tetapi ada juga bahayanya....


Permainan yang sedikit usang dan memerlukan perhatian penuh kat bebudak ni.. kalau terlepas pandang boleh jadi bahaya... so kesimpulannya kat mana pun taman permainan yang kita bawa sila pastikan kita memberikan perhatian penuh kat mereka... sekadar untuk mengelakkan dari terjadi benda yang tidak dijangka... hehehe... betul tak?


Ini adalah penulis punya quality time so macam mane dengan korang nyer quality time? 


Suka untuk berkongsi,
Mohamad Zamri

Percutian ke Pantai Punggai - Berkhemah 1 Malam

Jan 22, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments


Pantai Punggai... sape pernah sampai.. tempatnya jalan menghala ke Pengerang.. Orang Kota Tinggi atau berdekatan pernah tak korang bermalam di sana.. maksud saya berkhemah.. bukan stay kat chalet or resort.. saya akan ceritakn sikit pengalaman saya berkhemah di sana..

Perjalanan bermula disini.... 
Perancangan yang tidak mengambil masa yang panjang, bila diusulkan bercamping semua ada cuti ok kita jalan sebab kalau kita rancang lame2 lebih kepada tak jadi je akhirnya.. mungkin ramai yang setuju dengan saya.. hihihi... kami bergerak dari Felda Bukit Easter lebih kurang pukul 2 lepas zohor.. sampai Punggai lebih kurang pukul 3 lebih terus set up barang untuk makan lunch yg sudah pun dibungkus dari rumah.. lepas makan relax sebentar.. amik angin dulu sementara nasi turun hehehehe... angin dikawasan ni memang kuat yg konsisten tanpa ada tanda akan kurang pun..

Pemilihan tempat....
Sebelum sampai disini kami ada juga survey di Tanjung Balau, dan Batu Layar bila ushar orang ramai kami teruskan perjalanan kami ke pengerang depan sikit so jumpa la Punggai ni kurang orang mungkin sebab.. awal lagi kot.. antara sebab lain kami pilih tempat ni adalah kemudahan tandasnya walau pun tidak semenggah... asal ada tempat mandi ada air cukupla kan...


Pantai dengan ombak yang agak kuat, budak2 memerlukan perhatian yang rapi jangan tinggal diorang mandi sendirian.. tanpa pengawasan orang dewasa..


View yang best gile plus angin sepoi2 bahasa


Adam dgn Akhil macam biasa xboleh duduk diam kalau nampak air dgn pasir, xboleh main air sebab ombak kuat dia kata nak main pasir.. huhu ikut jela..


Persiapan sebelum malam.. pasang khemah siap2.. untuk pengetahuan semua sahabat pemasangan khemah disini agak mencabar sebabnya angin betul2 kuat bukan main2 punya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...