Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Hujung minggu di Port Dickson

Jun 12, 2015 Posted by Mohamad Zamri

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.....

hujung minggu antara hari paling berkualiti untuk bersama dengan keluarga so, pada kali ini kami bercuti dua hari satu malam di PD ( negeri sembilan ). tiada rancangan jangkamasa panjang dilakukan, adik ( jai ) call 3 ke 4 hari sebelum kami pergi... 

mak, ayah, jai dengan akim, ina dari johor datang pada malam jumaat sampai ke tempat yang kami sewa tengah malam pukul 3 pagi... so, jai dengan keluarga lepak kat sana dulu kitorg gerak dari PJ selepas pukul 1 hari sabtu so diorang dah bermalam kat sana dulu arr... nak dijadikan cerita perjalanan ke sana mengambil masa yang agak lama kerana kerana jem teruk... dah 4 lane pun jalan masih jem lagi kalau musim perayaan macam mane la agaknya tak dapat nak dibayangkan...

okay, sesampainya disana terus letak barang, makan2 dulu, selesakan diri dulu, pastu bersiap untuk mandi laut la... lewat petang baru kitorang sampai ke pantai dalam proses makan dan nak selesakan diri masa berlalu begitu pantas tanpa disedari... hehehe biasa arr nak - nak bila adam dengan akhil ada.... 





gambar semasa mandi manda di pantai... rasa penat semasa memandu tidak terasa selepas kaki dibasahi air laut hahahaha... enjoy gambar kenangan jangan cakap abg tak payung hehehe... berdekatan dengan tempat tinggal kami pihak pengurusan ada menyediakan kolam renang so layan pulak gambar di kolam plak... bilas kata org kampung..




adam dan juga akhil didalam kolam renang... gambar diambil menggunakan kamera sjcam 4000 kamera aksi dengan harga yang berpatutan... cerita pasal kamera ni sebenarnya beli untuk kegunaan bila beraksi dengan basikal jer tapi dah tau sjcam 4000 ada casing underwater saya tidak melepaskan peluang untuk mencubanya didalam kolam dan juga laut... so far kualiti gambar tidak mengecewakan... kualiti videonya juga 1080p... so bolehla untuk kegunaan saya yang ingin kamera aksi dengan harga yang berpatutan... berbaloi baloi.... gambar dalam keadaan original tidak di edit langsung...


so kesimpulannya, buatlah apa pun aktiviti bersama keluarga di mana sekalipun kerana ianya adalah masa yang paling berkualiti... tiada aktiviti yang seronok sekiranya kita lakukannya seorang diri... percayalah.. hehehee...

di upload menggunakan ipad air 2 
gambar oleh sjcam 4000 wifi


saya yang suka berkongsi,
Mohamad Zamri 











0 Response to "Hujung minggu di Port Dickson"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...