Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Gagal dan Berjaya

Feb 28, 2011 Posted by Mohamad Zamri 1 comments

Pernahkah sahabat menghadapi kegagalan. Gagal ketika exam, gagal dalam menganjurkan sebuah program ataupun dalam perkara yang lain. Dalam post ini saya ingin berkongsi ilmu yang diambil daripada sebuah buku karya Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Dr.Fadzli Yusof iaitu 55 petua orang yang berjaya.

Saya tertarik dengan petua pertama yang ditulis dalam buku itu iaitu anda bukannya gagal tetapi belum berjaya.Sahabat-sahabat saya yang disayangi, kegagalan itu adalah ujian daripada Allah supaya kita lebih mengingati-Nya. Apa gunanya hidup tanpa ujian?

Kerana ujian itulah mentarbiyyahkan diri kita supaya menjadi lebih baik. Tidak perlulah saudara bersedih dengan kegagalan itu kerana bukan anda seorang sahaja yang ditempuhi dengan kegagalan, ramai lagi yang sama kes macam anda walaupun orang yang terkenal.

Cuba kita lihat seorang tokoh yang bernama Colonel Sanders. Siapa tidak kenal dengan beliau.Beliaulah founder KFC yang selalu orang ramai menikmatinya. Colonel Sanders juga menghadapi beberapa kegagalan dalam ingin mencipta resepi ayam goreng ciptaan diri beliau sendiri. Sikap beliau yang tidak pernah berputus asa dan yakin dia belum berjaya menyebabkan semakin hari semakin bertambah usaha beliau. Akhirnya beliau berjaya apabila orang yang ke-1009 berpuas hati dengan resepi beliau. Sembilan tahun kemudian, beliau membuka restoran beliau sendiri iaitu Kentucky Fried Chicken atau lebih dikenali sebagai KFC. Beliau mendapat keuntungan yang banyak dan restoran beliau menjadi terkenal di persada antarabangsa.

Dalam kisah tokoh di atas menunjukkan bahawa usaha dan tidak berputus asa adalah faktor utama yang penting dalam inginkan sesuatu kejayaan.Biarlah ditimpa dengan 1000x kegagalan asalkan suatu hari nanti pasti akan ada kejayaan itu. Saudara kena ingat bahawa Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Insyirah ayat 5-6 yang bemaksud:

“Sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan.(Sekali lagi ditegaskan)bahawa bagi setiap kesukaran itu akan akan ada kesenangan”.

Berpeganglah kepada ayat ini kerana ketika Nabi Muhammad S.A.W sendiri menghadapi kesukaran dalam mengerakkan dakwah Islamiah terhadap umat Baginda sendiri walaupun ditindas dengan para Musyrikin Mekah pada masa itu tetapi akhirnya berjaya menegakkan Islam di seluruh dunia dengan usaha serta pertolongan daripada Allah S.W.T. Tambahan pula, sahabat juga kena yakin bahawa Allah akan membantu diri anda tidak kira masa atau tempat sekiranya kita mengingati-Nya selalu. Berdoalah dan usahalah saudara sekalian agar capai kejayaan kerana Allah tidak akan bagi kejayaan itu sekiranya tanpa usaha walaupun mengeluarkan tangisan berdarah ketika berdoa kepada-Nya.

Akhir kata daripada saya, moga apa yang ditaip ini dapat memberi manfaat kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri. Apa gunanya saya menaip tips ini kalau saya juga tidak buat.Allah juga berfirman dalam surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah bahawa kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukannya”.

Bersamalah kita yakinkan diri kita bahawa diri kita bukannya gagal tetapi belum berjaya dan akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kejayaan.

Wallahualam….

Sumber maklumat daripada : feryco.com

Majlis Perkahwinan Safar Hashim

Feb 27, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Bergambar bersama dengan sahabat aku yang melangsungkan perkahwinan di PPR Muhibbah, last 2 week.. semasa dalam perjalanan tue kitorang boleh sesat plak, hehehe guna google maps...

Sekali lupa plak yang kitorang ada GPS.. huhuhu.. bikin panas!!!!



Gambar pun aku ada sekeping jer lagi satu gambar xcantik kepala separuh so tatap la puas2 mungkin ada yang kenal si Safar Hashim nie.. terutamanya bebudak Kota..

ok geng!!! kepada Safar Hashim selamat melayari bahtera rumahtangga!!!

Bahaya Tidur di Siang Hari

Feb 26, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Sekadar untuk berkongsi maklumat dengan sahabat yang bekerja disiang hari, termasuk la aku sendiri walaupun cuba untuk kurang kan masa untuk kerja malam.. hehehe

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas ::

1) Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2) Merosakkan warna kulit.
3) Melemahkan jantung.
4) Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5) Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6) Melemahkan kecerdasaan akal.

Pertimbangkan la, kalau ada pilihan sila pilih untuk kerja siang.. beringat sebelum kene!! jangan dah kene baru nak tengadah..

p/s : mungkin kerosakkan yang dinyatakan di atas mengambil masa yang lama.. so sekiranya korang nak mengurangkan risiko tue kurang2 kanlah kerja malam.. bagitahu kat bos korang hehehe.. bahaya oo aku kerja malam pun sekarang, dah seminggu jer sebulan.. at least kurang la risiko tue hehehe..

maklumat di perolehi dari forum CARIGOLD

Start... Kerja Malam

Feb 25, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat!!!
hari ini aku nak berkongsi cerita kepada korang semua, yang rajin baca teruskan hehehe..

Semalam aku start kerja malam, setelah hampir 3 minggu aku kerja siang.. malam takde pape masalah pagi relaxkan badan mandi2 selesakan diri then tido..

selepas bangun dari tido masalah pun bermula...

...dengan tidak semena mena kepala aku yang ok tiada masalah migrain selama nie... secara tetiba arrggghhhh!!! sakit yang amat selama hampir setengah jam.. relax tapi masih tak makan ubat lagi dok relax mandi solat asar.. pastu makan nasi.. relax punya relax.. sakit semakin reda..

Mungkin terperanjat sebab dah lama tak kerja malam.. hehehe malam relax sampai nak pergi kerja balik huhuhu.. bukan masalah besar pun cuma suka untuk berkongsi!!!!

sampai kat tempat kerja ok jer.. so buat macam biasa balik hehehe...lalalalala...

maka bermula lah routine kerja malam yang sedikit membosankan..
kerja sensorang jadi penunggu hotel..

Dinner | IKEA - Mutiara Damansara

Feb 21, 2011 Posted by Mohamad Zamri 4 comments
Tempat : Ikea, Mutiara Damansara

Assalamualaikum sekadar ingin berkongsi gambar lama.. bulan lepas kot.. bawa adam jalan ke ikea, tengok2 dekoration yang ada kat dalam tue.. mane tahu boleh jadi interior designer ker hehehe.. pendedahan awal.. hehehe


lepas penat berjalan apa lagi singgah la makan kat cafe ikea tu yang terkenal dengan bebola daging, boleh tahan gakla.. kalau tengah lapar 10pc macam xcukup jer :-)






adam tengok ape tue besarnya mata.... nak minta ayam sikit ke? xboleh la adik kecik lagi.. hehehe.. nanti dah besar ayah bawa ke sini lagi bolehh!!! hehehe..







Amacam terliur tak? ke rasa macam nak pergi ke ikea sekarang hehehe... relax bawa bersabar tapi memang best pun... hehe.. bebola daging nie dengan ayam tue pun murah sebab tue amik jer, nie kitorangnya dinner tukar nasi.. huhu anyway, best you all boleh try..

P/s : kalau best kita kongsi2 betul tak? kalau xbest kondem jer kita sebagai pengguna ada hak untuk memilih... lalalalala...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...