Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

YAM Tunku Jalil - Dalam Kenangan 1990 - 2015

Dec 5, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Al-Fatihah..

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ﴿١﴾
الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ

آمِيّنْ...

Ya Allah,
Ampunilah dia,limpahkanlah rahmat ke atas roh nya, muliakanlah tempatnya, luaskanlah,terangilah dn harumkanlah persemadiannya.
Mandikanlah dia dengan air salju dan embun.
Sucikanlah dosa dan segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya,
Gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya,
Gantikan untuknya  (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Tempatkanlah die disisi orang-orang yang kau redoi. Lindungi lah dia dari azab kubur dan azab api nerakaَ. Masukkanlah die ke dalam syurga mu ya ALLAH

~aamiin ya'robbal alaamiin~

Taste Enclave - Sunway Pyramid

Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Bila petang nak2 bila cuaca panas antara antara aktiviti saya adalah pekena cendol dan juga Air Batu Campur.. Adam dengan Akhil pun suka makan cendol terutamanya bila 'tambah' durian memang terbaik dan kalau ABC kene campur aiskrim..

Kali ni kita cuba makan kat Taste Enclave.. persembahan cemerlang nampak menyelerakan, manis pun cukup, cukup lemak, gula melaka sebagai pemanis memang cukup rasa.. so kalau nak cuba datanglah kat Sunway Pyramid.. kalau datang awal adala kuih2 melayu sebagai kudapan..

Korang layan gambar dibawah..

Lawatan Tadika Kemas Ar Raudah - Baiduri

Nov 2, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Macam biasa bila hujung tahun antara aktiviti wajib tadika adalah lawatan atau lebih senang disebut rombongan oleh bebudak tadika sendiri.. xpercaya tanya diorang hehehehe...

Adam dan Akhil memang excited giler nak pergi rombongan ni walaupun tempatnya takla jauh mana pun... Taman Burung KL dan juga Muzium Coklat di Kota Damansara... tetapi mungkin keseronokkan bersama kengkawan kot buat mereka berdua sedikit teruja..

Berkumpul di perkarangan Masjid Kamaruddin yang baru... bas yang sudah tersedia semasa kami sampai sangat menepati masa.. bas ngam berjalan seperti yang dijadualkan 8.30 pagi menuju ke lokasi pertama Taman Burung... cuaca yang agak baik mungkin malam tu hujan.. so, walkway sedikit licin dan perlu berhati hati semasa berjalan.. macam2 jenis burung dari jenis paling kecil hingga ke paling besar dan dari yang boleh terbang kepada burung yang tidak boleh terbang..

Aktiviti lain adalah memberi burung makan... bergambar bersama burung... dan lain lain... suasana yang seperti di dalam hutan yang berjaring membuatkan suasana di Taman ini berbeza dengan Taman Burung yang lain.. taman satu pusingan lengkap last sekali laluan exit akan melalui kedai souvenir so sesiapa yg ingin membeli buah tangan boleh lah dapatlannya di sini...

Tamat di Taman Burung kita semua pergi ke lokasn yang kedua... Muzium Coklat yang berada di Kota Damansara tapi sebelum tu kita makan tengahari dulu... nasi ayam menjadi hidangan makan tengahari bebudak dan pengiring...

sesampainya di Muzium Coklat kami semua disambut oleh seorang Chef dari Muzium atau pun tukang cakap bagi pihak muzium dan bercerita mengenai coklat kepada bebudak... sejarah coklat, jenis2 coklat, khasiat coklat, akibat sekiranya makan coklat secara berlebihan... penerangan sejarah asal coklat dan last sekali demonstrasi membuat coklat oleh Chef... bahagian yang ditunggu oleh bebudak.. selepas demo semua diberi rasa coklat yang baru dibuat ( handmade chocolate ) dan ini adalah penutup kepada rombongan ini... abis jer.. yang pengiring shopping coklat la... hehehe..

Abis jer shopping terus balik... sampai sebelum pukul 2.30 petang.. percaturan masa yang cukup baik oleh organiser.. tahniah!

Hot Plate - Yee Mee tambah telur

Oct 20, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Antara menu selalu makan bila lunch kat foodcourt klcc, bukan apa service cepat open kitchen konsep so kebersihan diorang memasak didepan mata... xdela kitchen tertutup kat belakang tetiba jer makanan yang kita order keluar so sangsi la sikit betul tak... terutamanya bila kita makan kat foodcourt kebersihan perlu diambil kira... order makanan panas yang sampai makanan yang dipanaskan.... 

Harga bawah RM 10 siap tambah telur lagi hehehe... anyway, sekadar memberi pilihan kepada sahabat yang lunch kat sini at least korang ada pilihan lain... nak makan western pun ada kat sini... bagitau je nak makan ape korang boleh dapat kat sini... percayalah... hehehe... enjoy!!!!


Sukan Kampung - kemuncup Pusing

Oct 10, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalam.. 

Rasa rasa la korang pernah tak nampak benda ni ? Kemuncup ke ada yang tak tahu kemuncup tu ape... hehehe biasa la dan tidak terkejut pun... sebab nk nampak tanah pun sekarang kt padang jer..
Kawasan perumahan sekarang... klau kondo, apartment, rumah pangsa ( flat ) kalau ada tanah or taman sekali pun semuanya diliputi oleh rumput karpet... 

lanskap yg dijaga rapi.. betul tak so camne nk nampak kemuncup ni... hehehe apatah lagi nak jadikan ianya sebagai satu aktiviti... rumah teres plak dari pagar depan sampai pagar belakang kebanyakkan dah di simen untuk minimize kan ruang maklumlah harga rumah sekarang da xmasuk akal... nk tengok tanah pun sangat sukar hihihi...

Adam dgn Akhil pun bila balik kampung baru diorang dapat explore semua benda ni.. itu pun sebab penulis pernah experience klau tak mmg xterfikir pun... mungkin aktiviti luar boleh buat diorang cerdas, lasak, tak terlalu sensitif, berfikiran kritis, dan di luar kotak pemikiran biasa... 
Jangan terlalu menghalang perlakuan mereka yg sedang berexplorasi kerena kita mungkin merencatkan pemikiran kritis mereka.. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...