Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Mee Bandung Muar | Jalan Lampam

Nov 2, 2011 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Musim hujan apa yang sepatutnya yang kita buat.. hehehe macam2 aktiviti sebenarnya yang boleh kita buat untuk mengisi kebosanan.. antaranya indoor sports : macam futsal, badminton, bowling, dan sebagainya itu untuk sahabat yang suka aktiviti sukan..

kalau tak minat sukan pula boleh cuba aktiviti macam karaoke untuk menghilangkan tekanan ditempat kerja kalau tak percaya cuba.. mesti best punya la..

contoh lain plak :- membaca saya suka yang nie, dari pelbagai genre motivasi, ilmuan, bisnes, cerita panjang dan sebagainya, sekarang ada tambah lagi membaca bukan setakat buku.. tapi pada blog dan lain2.. membaca adalah jambatan ilmu..

last sekali huhu.. mencari makanan, sebenarnya ramai diantara kita yang sentiasa mencari makanan yang sedap biar pun mahal kalau kena selera insya Allah akan dicari biar jauh sekali pun.. betul tak? ( saya salah sorang ) hehehe..

korang tengok gambar dibawah :



Mee Bandung Muar terbaik dari ladang huhuhu kesedapan hingga menjilat sudu lalalala...



Dengan menggunakan udang segar membuatkan mee bandung nie sangat best untuk dijamah.. mesti kedai nie syukur sangat2 sebab iklan free untuk mee bandung dia hehehe.. tempat yang best mesti dikongsi2 kan..

Tempat : jalan lampam 8/3, petaling jaya.
jangan datang lambat karang kempunan!!!!!!

Nota Kaki : Carilah yang halal... hehehe..



Salam Perkongsian,

Hari Kemerdekaan 2011 ( Cerita Lama )

Oct 24, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat! semoga kalian berada dalam keadaan sihat selalu.. amin..

Sementara xde benda nak buat nie tiba lah masa untuk berkongsi dengan semua geng mengenai gambar projek terakhir aku di The Royale Chulan hehehe.. decoration hari kemerdekaan dan juga hari raya walau pun dah lama berlalu korang layan jela gambar ni ok...hahaha sengihnampakgigi ( baru ada mood nak menulis )




Za ( Bunga Lara ) dan Hood sibuk dengan kerjanya, menganyam ketupat la.. potong word la hehehe semua nie masa bekerja nasib baik cik mat ( engineering Bos ) tak marah hahaha..



Abu dan Husaini juga bertungkus lumus untuk menyiapkan decoration nie.. ke wayang jer sebab orang nak snap picture hehehe.. gurau jer jangan marah!!!

Setiap keping gambar menceritakan seribu macam kenangan, bagaimana kita menghayati moment adalah bergantung kepada kita. positif dan negatif adalah subjektif, tepuk dada tanya iman! amin..

Nota Kaki : Hayatilah masa bersama, dan sentiasa bersikap terbuka dalam semua hal..
insya Allah ramai sahabat..



Salam Sahabat,

Times Square view dari Furama Bukit Bintang

Oct 15, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Bila tiada benda yang lebih penting daripada mengambil gambar maka terhasil lah karya seni yang masih belum di anggap agung kerana snapper adalah beginner.. hehehe

Suka untuk berkongsi hehehe.. berikut adalah beberapa keping gambar yang saya ambil daripada roof top Furama Bukit Bintang.







Times Square dengan berlatarbelakang kan Menara Kuala Lumpur dan juga KLCC amacam ada gaya photographer tak? hehehe joking.. sengihnampakgigi

Gambar di ambil dengan menggunakan HTC Desire HD - 8 megapiksel.



Beginner Photographer,

Manchester United vs Liverpool 2011 - 15, October, 2011

Posted by Mohamad Zamri 0 comments
English Premier League 2011

Perlawanan yang menemukan gergasi England di antara Manchester United vs Liverpool
15, October, 2011 7 : 40 waktu Malaysia.


VS


Statistik perlawanan pada separuh masa yang pertama :
Liv 42 : 58 MU ( HT ) percentage
kad kuning : Skrtel ( Liverpool ), Young ( Manchester United )

Statistik perlawanan pada separuh masa kedua :
kad kuning - Ferdinand, Evra ( Manchester United )
pertukaran pemain : Young kepada Rooney, Park Ji Sung kepada Nani, Jones kepada Chicarito ( Manchester United )

Gol : 1 Steven Gerrard ( Liverpool ), 1 Chicarito ( Manchester United )

keputusan penuh : Liverpool 1 - 1 Manchester United



Majulah Sukan untuk Negara,


Furama Bukit Bintang

Oct 14, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Setelah sekian lama tidak menulis hari ini saya nak menulis..

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang tercinta! semoga berada berada didalam keadaan sihat di samping keluarga.. amin..

Sembang pasal kerjaya... encem

Kehadiran anak kedua membawa rezeki baru, kenaikkan pangkat di Furama Hotel International membawa kerjaya saya ke 1 level yang lebih tinggi lagi dan harap akan sentiasa berkembang dari masa ke semasa, terima kasih bos atas kepercayaan ini.



Setelah 8 tahun menimba pengalaman sebagai juruteknik M & E, sekarang sudah tiba masa saya untuk berehat, dan belajar untuk menguruskan pula. Bukan senang untuk mengurus terutamanya staf yang lebih senior banyak buku yang perlu dibaca untuk "tackle" mereka semua hehehe.

Tanpa ilmu yang cukup saya mungkin menjadi bahan gelak mereka semasa sessi lepak, sentiasa ingin dihormati bukan ditakuti.. semoga berjaya untuk diri sendiri.. amin sengihnampakgigi


Nota Kaki : Sentiasa melapangkan dada untuk menerima ilmu Allah

Salam Kejayaan,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...