Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Kayuhan MTB - Somerset Medini Iskandar Puteri ke Puteri Harbour

May 9, 2019 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Berkayuh di Puteri Harbour

Setelah sekian lama xberkayuh sebab xde geng maka minggu lepas kami rakan2 sekerja start kayuh balik dengan harapan untuk kembali aktif.. macam biasa la bila baru nak start ada yang dok kata nak bulan puasa kenapa baru nak start... basikal takde dan pelbagai lagi... hehehehe... biasa kan..

Pada saya lebih baik start... daripada mula buat alasan kekadang kita kena fikir penyelesaian lebih daripada fokus kepada masalah..  nk kayuh atau tanak.. kalau nak kayuh jom... kalau xde basikal pelan2 masuk dalam budget.. dah ada join betul tak...

ok... banyak da melalut tapi ini realitinya.. anyway, be positive..

Rancangannya kayuh dalam 10km jer sebab ada 4 org baru nak start kayuh so takut xde angin/stamina... so, lepas kerja komplot pun bermula....

Pengetahuan MTB secara basic

Sebelum kayuh kita buat sessi pengenalan kepada basikal dulu... kenal MTB secara basic sebelum kayuh, which is pada pandangan saya sangat penting sebab kayuhan tanpa kenal MTB tu sendiri akan boleh membaca kesan buruk lainnya.. Pengenalan kepada benda boleh buat dan benda yang tidak boleh buat semasa berkayuh... ini selepas membeli basikal ye... sebab sebelum membeli basikal ada benda lain yang perlu dipertimbangkan seperti size wheel, body frame dan sebagainya.. banyak benda yang agak teknikal secara amnya...

Sekiranya kayuhan dilakukan pada waktu malam lampu adalah keperluan keselamatan yang sangat penting, so sudah dapat imagine sikit2 kan sebelum berkayuh... saya xpandai cuma tau sikit2 jer..

Pengenalan Route

Perancangan route juga penting terutamanya kepada MTB rider baru, kenapa penting?!! okla saya cerita antara risiko sekiranya kita tidak kenal route yang kita nak lalui terutamanya kepada rider baru.. kembali kepada asas... laluan juga perlu diambil perhatian seperti rata, berbukit, offroad atau onroad dan lain2... Risikonya adalah... boleh jatuh, merosakkan peralatan, dilanggar oleh kenderaan lain ( minta dijauhkan )... aliran traffic untuk route yg kita rancang untuk lalui juga perlu diambil kira.. nampak macam banyak sangat peraturan kan... tapi semua ni untuk mengelakkan benda buruk daripada terjadi..

Route kami adalah Somerset Medini Iskandar Puteri ke Puteri Harbour dan pulang balik ke Somerset Medini Iskandar Puteri. jalan xberapa sibuk cuma keadaan jalan mungkin berpasir sikit, anjing, bukit sikit... so okla untuk rider baru.. view dari Puteri Harbour memang superb!!! korang tgk gambar dibawah... memang terbaik macam berada diluar negeri wooo.... hhihihi..

Last sekali

Kayuh dengan selamat itu penting dan ikut leader anda... dan enjoy kayuh untuk kesihatan... basikal yang murah atau mahal itu tidak penting kerana yang paling penting adalah kayuh.. guna basikal yang kita beli semaksima yang mungkin..



Puteri Harbour Marina


Puteri Harbour


view di Puteri Harbour


Jarak kayuhan

Rider : Mohd Zamri, Madir, Amilin, Alif, Soma, Irwan, Alia

Aktiviti sihat ini akan diteruskan lagi selepas ini... kita berehat dulu sementara bulan puasa.. dan dengar ada ramai lagi yang akan join selepas bulan puasa ni.. lagi ramai lagi meriah.. hehehe ok cukup buat masa ni... jangan kecam kami beginner...



Suka berkayuh,

Harimau Malaya ke Final AFF Suzuki Cup 2018

Dec 10, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat,

Mane ekor harimau sejati hafal chant ni nanti boleh sama2 chant di Stadium Nasional Bukit Jalil, walau pun penulis tak dapat join tapi hati tetap kat sana.. ada screen besar pun dah ok da.. hihihi

Kalau korang perasan perjalanan team harimau malaya kali ni agak berliku dengan senarai pemain yang tidak dipersetujui ramai, boleh ke tak main dan sebagainya.. tetapi mereka buktikan sebaliknya..  so kredit penuh saya bagi kat Tan Cheng Hoe Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya.. kerana atas kepercayaan dia kepada pemain, team ni mampu ke final.. walau pun ramai yang cakap team TCH ni tak mampu pergi jauh..

Sokongan peminat yang tidak berbelah bahagi sehingga di label sebagai penyokong yang paling 'outstanding' di kejohanan AFF 2018 kali ni.. ada artikel berita daripada luar melabelkan peminat/penyokong team Harimau Malaya sebagai 'GILA'.. kenapa gila sebagai contoh tiket perlawanan untuk semi final dijual bak goreng pisang panas..sehari dua sudah habis untuk kuantiti stadium yang besar iaitu 80ribu di Stadium Nasional Bukit Jalil.. sehinggakan ada yang tidur di stadium untuk beli tiket untuk esok hari.. hmmmm... agak 'gila' diorang ni.. hihihi..

Walau pun ada yang kecam peminat ni datang sebab final jer bila peringkat kumpulan masing2 buat tak tahu jer.. so korang faham kan.. anyway tahniah dah samapi peringkat final ni buat yang terbaik.. semoga kita berjaya sehingga dapat merangkul kejuaraan AFF Suzuki Cup 2018 ni.. amin..



Sumber Gambar : HRH Crown Prince of Johor


Ekor yg xberapa sejati,



Dinner di Sushi King

Dec 6, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalam dan salam sejahtera.. info ini bukan review berbayar yek..

Adam dengan Akhil suka makan sushi, so apa lagi bawa la ke Sushi King.. macam2 nak.. plate yang di conveyor tu nak, ala carte pun nak so masa untuk makan.. 

HARGA
Mesti ramai yang biasa dah pergi makan sushi di Sushi King ni kan, so bila nak makan sushi je ke sini betul tak.. nak cakap pasal harga biasa je takdela mahal sangat tapi dalam masa yg sama takdela murah sangat kan.. ke ada yang tak setuju? hihihi.. kepada yang 'hantu' harga ni biasa jer.. 

RASA
kalau nak cakap rasa, saya tak tahu rasa sushi original ni macam mane maklumlah tekak melayu bila fresh je saya anggap sedap la.. kalau tak fresh macam berbau atau sushi yg dibuat pastu tinggal dalam masa yang lama saya anggap tak fresh dan xsedap la.. nama sushi xpayah la sebut, xlekat kat kepala pun.. hihiih..



Akhil posing




Adam sedang menikmati




Di atas adalah sedikit gambar, untuk penulis share sekadar untuk berkongsi kepada sahabat yang belum ke sini lagi.. sedap woo.. hehehe..

Location : Sushi King - Bukit Indah AEON
klik link untuk lokasi Sushi King ditempat anda Johor area ye : Kedai Sushi King


Kaki Makan,


Dec 5, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Tahniah!!!! buat pasukan negara kerana berjaya mengikat Thailand dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Raja Manggala Thailand. Menang dengan keputusan aggregate 2 - 2, lawan akhir adalah diantara Vietnam dengan Philipines keputusan akan diketahui esok.

Buat keseluruhan team FAM, TCH ( Tan Cheng Hoe ), Team Harimau Malaya, Penyokong anda memang hebat!!..


Kredit Gambar : FB F.A.M
Salam Final,



Akhil di Hospital Colombia Asia

Oct 23, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Akhil demam dan nak rehat cukup2

Adam bagi sokongan moral kepada Akhil supaya sabar nanti Akhil baik.. hihihi

Hari ini Akhil terpaksa dibawa ke Hospital untuk rujukan pakar sebabnya demam sudah melebihi daripada 5 hari.. tidak mahu mengambil risiko aku bawa ke sini.. sebelum ke sini kami dah dua kali ulang alik ke Poliklinik Gelang Patah tetapi keputusannya nampak negatif dan sepertinya tiada perubahan mungkin penggunaan ubat yang tidak 'kuat' agakkan kami la bukan apa dah 2 kali pergi macam tu gak so kali ketiga kami pergi terus minta surat rujukan ke Hospital.. kami meminta rujukan ke Hospital Colombia Asia.. faktor dekat dengan rumah straight jer keluar dari rumah.. so senang jer.. antara sebab lain adalah hospital ini adalah panel AIA ( Company Medical Card ) so guna jela kan..

Sesampai jer di Hospital..
Proses bermula dengan penghantaran surat rujukan ke kaunter emergency di Hospital Colombia Asia, mengambil masa yang agak lama gak sebab agak ramai patient di kaunter so terpaksa menunggu sementara giliran sampai.. sementara menunggu Akhil sempatla 2 kali muntah di pintu masuk kaunter emergency.. muntah air.. so keadaan dia agak lemah dengan muka sedikit pucat mungkin kekurangan air dalam badan dan juga faktor tiada selera makan.. buatkan Akhil agak lemah dan ingin didukung jer..

Pemeriksaan pertama..
Normal prosedur.. timbang berat badan pertanyaan biasa doktor dah berapa lama demam makan ubat ape ada alahan ke tak ada pape sakit ke tak sebelum ni... oleh petugas sebelum berjumpa dengan doktor.. sesampai jer dengan doktor.. perkataan pertama keluar adalah demam agak tinggi 39 degree celcius ( penyebab Akhil menggigil semasa didalam bilik pemeriksaan ) dan secara serta merta doktor menasihatkan supaya Akhil direhatkan di wad..

Persediaan masuk wad..
Petugas menyediakan jarum di tangan Akhil untuk tujuan memasukkan air, ubat dan sebagainya yang aku sendiri tak tahu apa namanya.. so aku sebut jarum jer.. dan injection di punggung nampak Akhil senyap je mungkin penat kot untuk meronta.. tak macam di Poliklinik Gelang Patah menjerit semasa hendak di ambil sampel darah untuk tujuan pemeriksaan, lepas habis jer proses ni terus dibawa ke bilik X Ray.. dan setelah selesai kami menunggu untuk bilik mengikut pakej medical card AIA which is 2 bed per room.. so tunggu jela.. mengambil masa lebih kurang sejam kot.. pastu terus ke wad kanak level 1 bilik 79... masa untuk Akhil berehat.. sesampainya di katil terus sambungan jarum ditangan disambungkan dengan air yang sudah pun sediakan.. lebih kurang 30 minit di katil Akhil pun tertido.. ibu dan Adam pun balik..

Note :-

  • Wan, cik Jai, Ucu Ina dengan Ucu Akim pun dah bagitahu
  • Bos dah bagitahu sebab esok nak amik EL
  • Cikgu Akhil pun da bagitahu Akhil kene amik MC


Semoga cepat sembuh malam ni ayah jaga Akhil.


Sesungguhnya penyakit adalah penghapus dosa...



Bercamping di Jason Bay ( Telok Mahkota )

Oct 16, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalam buat semua sahabat kali ni kita bersiaran di Jason Bay ( Telok Mahkota ), pengalaman kali kedua kita bercamping hahahaha.. so di bawah saya akan share sedikit pengalaman saya bercamping sedikit demi sedikit ya mane tahu boleh cari idea.. tak pun dapat tengok apa barang yang perlu ada dan barang yg korang perlu tinggal kan.. sebab kita nak bercamping bukan pindah rumah hahahaha... kekadang bila masa untuk berkemas tu semua barang jadi keperluan semua barang nak di bawa nya..

Antara benda basic / asas yang korang perlu ada sekiranya ingin bermalam / bercamping lebih daripada 1 malam or paling kurang pun 2 malam.. sedikit pengalaman saya yang amatur bukan pro kalau nasihat ni xboleh pakai sila abaikan ok.. pertama tamanya benda yang perlu diamik berat adalah lokasi detail korang boleh refer kat bawah ye...

LOKASI : Jason Bay / Telok Mahkota, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul Ta'zim, Malaysia.

Lokasi sebenarnya kita kene ikut keselesaan kita, macam saya suka dekat dgn toilet dan tempat mandi supaya urusan mudah bila malam hari.. terutamanya bila ada anak kecil.. nak kencinglah, nak ber*k la, dan lagi satu kene pastikan toilet tu buka 24 jam la.. sebab ada certain tandas tutup pukul 7pm sebab malam xde orang jaga.. ini penting ya.. karang xpasal2 nak cari petrol station plak..


Barang Berkhemah :- Basic
1 - Flysheet - size bergantung berapa banyak khemah nak pasang bawah flysheet tu.. tujuan utama flysheet ni adalah untuk mengelakkan dari terkena hujan, ranting pokok, dahan, dari terkena kita..

2 - Khemah yang sesuai kalau boleh lengkap dengan pancang sebab kalau dilaut kebiasaannya angin agak kuat, untuk elakkan dari ditiup angin guna tali pancang..

3 - Alas tempat duduk gunakan bahan kalis air.. kotla hujan xdela alas korang ikut basah..

4 - Peralatan lain yang difikirkan sesuai.. macam saya ada tambahan camping bed, makan ruang dalam kereta ada ruang boleh la bawak.. tali extra untuk macam2 kegunaan lain.. lampu untuk menerangi malam anda jangan abaikan lampu ya, xsemua tempat cukup dengan unggun api jer..


Peralatan Memasak :- Basic 
1 - Portable Stove ( jangan lupa bawa gas )
2 - Peralatan ( sudu garfu, plate, paper cup, pisau, dan yang lain2 difikirkan sesuai
3 - BBQ set ( arang dengan fire starter jangan lupa )
4 - Bekas air yg sesuai dengan orang terlibat dalam perkhemahan, termasuk bekas air minuman ataupun untuk tujuan memasak.
5 - Bekas makanan yang bertutup untuk mengelakkan lalat hurung.

Yang tu jer kot barangan or peralatan basic yang korang perlu ada, dibawah adalah gambar semasa saya bercamping.. kot ada yang ingin berkongsi idea untuk penambah baikkan sila komen yea supaya kita dapat sama2 share cara bercamping or berkhemah dengan betul dan tidak merosakkan alam sekitar.. dan sentiasa amalkan 'clean as you go'..


Set up kami, khemah dengan flysheet dan alas lantai untuk mengelakkan dari terkena hujan lebat..
Makanan basah ditempatkan di dalam kotak polisterin

Menu wajib bila camping or berkhemah.... BBQ

Adam Akhil ulangkaji hehehehe..



Masak untuk sarapan pagi

Peralatan yg cukup kot pada kami



Basikal MTB untuk tujuan mengambil air dan pergi tandas



siap prepared tempat untuk sidai baju dengan towel lagi... hihihi

Sedikit pengalaman untuk saya kongsikan, saya baru dalam aktiviti camping ni mungkin ada lagi yang perlu kami tambah baik kalau ada sahabat yang ingin berkongsi idea atau pengalaman sila kongsikan diruangan komen untuk sama2 saya upgrade.. hihihi salam camping buat semua sahabat..


Salam Camping,




Water Park di Kampung Sayang Resort ( Tanjung Sedili )

Oct 10, 2018 Posted by Mohamad Zamri 3 comments
Assalam dan salam sejahtera buat semua pembaca, saya percaya kebanyakkan warga Kota Tinggi amnya telahpun pergi atau pun tahu kewujudan Water Park yang berada di Kg Sayang, Jalan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.. ke ada yang tak tahu hehehehe.. so sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua kalau dah pergi ok jer kalau baru tahu sebab baca posting ni korang dah boleh masukkan dalam calendar korang untuk rancang pergi bersama anak2..

Lokasi : Kampung Sayang Resort
Alamat : Kampung Sayang, Jalan Tanjung Sedili, 81900 Kota Tinggi Johor


'SEDIKIT MAKLUMAT'
Maklumat lain2 korang boleh la search sendiri kat google banyak yg share, nak stay or bermalam boleh nak mandi di Water Park diorang tanpa stay pun boleh.. Makanan daripada luar pun boleh bawa masuk tiada halangan.. tetapi clean as you go la.. jangan main tinggal jer mentang2 bayar RM 10 korang main tinggal je dengan harapan ada orang kemas sebab da bayar RM 10 hihihi.. mentaliti kita kene ubah sikit.. sebabnya karang disebabkan sampah banyak diorang xbagi bawa masuk makanan daripada luar plak kan...sape plak yang susah.. diorang ada hak... so pandai2 la kan...


'PARKING KERETA'
nak cerita kemudahan, bermula daripada parking kereta ada walaupun kalau hujung minggu memang penuh sampai ke projek ladang Lada jiran sebelah tu.. hehehehe.. parking kereta based on first come first serve lambat parking luar itu jer simple.. jangan cakap Resort tak sediakan plak mungkn ada kekangan dari segi kawasan dan sebagainya..


'HARGA TIKET'
harga tiket takdela mahal sangat kalau nak compare dengan water park lain.. dewasa kanak2 sama jer RM 10 warga emas kalau xmandi diorang tak charge pun tapi kene mention la jangan terus bagitahu berapa pax nak masuk.. diorang pun ada common sense gak..


'TOILET / TEMPAT SALIN BAJU'
toilet, tempat bilas selepas mandi, dan juga tempat salin baju juga disediakan khas untuk pengunjung, cumanya kepada pengunjung tu bila guna infra yang disediakan tu kalau boleh cermat la sikit.. kebetulan bila saya disana bersama keluarga pintu untuk tempat salin baju sampai tercabut dikerjakan ini yang saya berbalik kepada mentaliti kita sendiri.. bila orang punya ( harta resort ) kita punya ganas sampai susahkan orang lain.. kat rumah tak pulak tu.. hihihi.. takpe ada masa lagi untuk berubah...


'MAKANAN / SNACK / KEMUDAHAN LAIN'
kedai burger dan juga makanan goreng ada juga disediakan didalam kawasan 'water park' so sekiranya korang pergi main redah je tanpa ada persediaan untuk bawa makanan dan sebagainya korang boleh je beli disini.. kalau tak pun sebelum masuk ke simpang masuk di resort ada 1 kedai runcit ditepi jalan korang boleh tapau disitu.. juga disediakan wakaf untuk berehat untuk keluarga, tempat duduk di sekeliling kawasan water park, sun deck juga disediakan, kedai diluar kawasan water park juga ada tetapi saya tidak berkesempatan untuk cuba.. so apa lagi, hehehehe dah boleh plan dah... bawa keluarga ke sana... free review ni..

dibawah gambar penulis bersama ahli keluarga sedang menikmati water park di Kampung Sayang Tanjung Sedili, masa yang berkualiti adalah sentiasa bersama keluarga.. percayalah..

Akhil dan Adam bergambar di signboard masuk ke Kampung Sayang Resort



Adam suka lompat macam ni

Akhil dengan aksinya hehehe.. asyik lompat jela..

deburan fresh water.. hihihi


ucu Ina dengan Cik Nisa pun ada tau.. ni buktinya..



Ibu Adam dengan Akhil


antara main attraction disini.. bebudak paling suka


tempat bilas selepas mandi.. toilet untuk salin baju sebelah jer.. xsempat snap gambar..

pintu masuk ke kawasan resort









Luangkan la masa bersama keluarga sekerap yang mungkin kerana kita tak tahu bila kali terakhir kita akan bersama mereka.. hidup ini tiada jaminan sejam dua ni pun kita xboleh jamin kita akan hidup ke tak betul tak.. kepada yang kerja sendiri anda ada banyak masa untuk keluarga kepada yang kerja dengan syarikat terutamanya luar kawasan atau jauh daripada keluarga cuba anda kira berapa jam setahun anda habiskan masa untuk keluarga..

Enjoy kualiti time ya, cari masa untuk bersama sekeluarga sekerap yang mungkin.. semoga urusan pembaca dipermudahkan.. amin..

wassalam..



Salam Sahabat,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...