Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Sepah | Juara Maharajalawak 2011

Jun 27, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Tahniah buat sepah kerana berjaya menjadi juara dalam maharajalawak!!!! tepuktangan

Siapa yang tidak bangga dengan Sepah hehehe, terutamanya penduduk Johor amnya kerana berjaya membawa lawak melayu sebagai tapak asas mereka. dengan persembahan konsisten setiap minggu dan juga pujian melambung dari para juri kita Ahmad Idham, Apek Senario, dan juga Mamat Khalid memang sepah berhak untuk menjadi juara.

Walaupun ramalan awal mengatakan Jozan mungkin menjadi juara kerana popularitinya didalam mengacarakan Rajalawak selama 4 musim menjadi ukuran penonton namun pengundi menafikannya.. anyway Nabil dan juga Jambu menampilkan lawak yang tidak kurang juga hebatnya, mamat khalid menyatakan yang jambu mempunyai idea yang nyata berbeza dengan pelawak lain dan sering mengatakan jambu dengan "lawak international" nya.

Keputusan :
  • Sepah - Rm 350,000
  • Jozan - Rm 250,000
  • Nabil - Rm 150,000
  • Jambu - Rm 50,000
Nota kaki : Tahniah buat yang berjaya dan cuba lagi buat yang tidak berjaya semoga kita berjumpa lagi dalam rancangan Maharajalawak!!!! peace yooo!!!




Salam Sahabat,

HP Sauce dan Tabasco Haram!

Jun 19, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce telah disahkan oleh JAKIM mengandungi DNA babi..

Bismillah hir rahman nir rahim.. buat sahabat sekalian yang sentiasa mencari ilmu semoga kalian dilindungi rahmat tuhan amin doa

Sekadar untuk berkongsi dengan semua sahabat semua, berita ini disahkan oleh pihak JAKIM sendiri yang sentiasa mencari halal dalam setiap benda yang sepatutnya. Berita terbabit sahabat boleh lihat di sini, tahla mungkin lambat kita sebagai pengguna menerima berita ini. Sebabnya tabasco ini sudah berada dipasaran lama sudah lama betul tak?

So, nak kira cemane tue! semoga pihak berwajib sentiasa mengambil berat tentang masalah ini kalau tak cukup staff amik lagi, mudah jer jangan sampai dipersoalkan di akhirat sana. Soal halal haram dan menjadi darah daging.. semoga ada pembaharuan.. sedih

SUMBER : JAKIM

Nota Kaki : cari arr makanan yang halal untuk kita sekeluarga, jangan main hentam keromo jer jadi darah daging woo... hehehehe jelir sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diselongkar JAKIM terutamanya yang melibatkan makanan..



Salam Sahabat,

Zami Ismail Meninggal Dunia

Posted by Mohamad Zamri 0 comments


Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Al - Fatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. amin!

SUMBER : enciknakal.com



Salam Sahabat,

Ayah Awie Meninggal Dunia

Jun 18, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Takziah saya ucapkan buat awie dan keluarga diatas kehilangan ayahanda tercinta semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

hanya doa yang mampu dititipkan buat awie, dari saya dan sahabat sekalian
Al - Fatihah..


salam sahabat,

Selamat Pengantin Baru | Tomok & Ayu

Jun 17, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Sabtu | 2, July, 2011
Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat
Jalan Au 2A, Taman Sri Keramat
54200 Kuala Lumpur


Sekadar untuk berkongsi kepada semua sahabatku sekalian rindu berita yang masih lagi hangat..
suka untuk berkongsi.. sengihnampakgigi

Gambar bakal isteri Tomok yang lebih dikenali sebagai Ayu. selamat pengantin baru kepada Tomok dan juga bakal isteri Ayu dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat tepuktangan. Untuk pengetahuan, Ayu berusia 31 tahun dan merupakan seorang bekas pramugari. Dengar ceritanya mereka berdua sudah bercinta lebih daripada 8 tahun. Wallahualam.

Sumber : Beautifulnara.com

Nota Kaki : Tahniah buat Tomok dan Ayu, semoga berbahagia ke anak cucu.


Salam sahabat,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...