Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

HP Sauce dan Tabasco Haram!

Jun 19, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce telah disahkan oleh JAKIM mengandungi DNA babi..

Bismillah hir rahman nir rahim.. buat sahabat sekalian yang sentiasa mencari ilmu semoga kalian dilindungi rahmat tuhan amin doa

Sekadar untuk berkongsi dengan semua sahabat semua, berita ini disahkan oleh pihak JAKIM sendiri yang sentiasa mencari halal dalam setiap benda yang sepatutnya. Berita terbabit sahabat boleh lihat di sini, tahla mungkin lambat kita sebagai pengguna menerima berita ini. Sebabnya tabasco ini sudah berada dipasaran lama sudah lama betul tak?

So, nak kira cemane tue! semoga pihak berwajib sentiasa mengambil berat tentang masalah ini kalau tak cukup staff amik lagi, mudah jer jangan sampai dipersoalkan di akhirat sana. Soal halal haram dan menjadi darah daging.. semoga ada pembaharuan.. sedih

SUMBER : JAKIM

Nota Kaki : cari arr makanan yang halal untuk kita sekeluarga, jangan main hentam keromo jer jadi darah daging woo... hehehehe jelir sebenarnya masih banyak lagi yang perlu diselongkar JAKIM terutamanya yang melibatkan makanan..



Salam Sahabat,

Zami Ismail Meninggal Dunia

Posted by Mohamad Zamri 0 comments


Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.Menantu sulung Allahyarham, Azizah Amdih,35, berkata, Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan.

“Doktor memberitahu jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia,” katanya kepda mStar Online ketika dihubungi di sini, Ahad.

Azizah berkata, pihaknya reda dengan pemergian Allahyarham dan berharap semua peminat dapat mendoakan kesejahteraannya.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Mai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som".

Jenazah Allahyarham dijadual akan dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Tapah, Perak.Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Al - Fatihah.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. amin!

SUMBER : enciknakal.com



Salam Sahabat,

Ayah Awie Meninggal Dunia

Jun 18, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Takziah saya ucapkan buat awie dan keluarga diatas kehilangan ayahanda tercinta semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.

hanya doa yang mampu dititipkan buat awie, dari saya dan sahabat sekalian
Al - Fatihah..


salam sahabat,

Selamat Pengantin Baru | Tomok & Ayu

Jun 17, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Sabtu | 2, July, 2011
Dewan Serbaguna Taman Sri Keramat
Jalan Au 2A, Taman Sri Keramat
54200 Kuala Lumpur


Sekadar untuk berkongsi kepada semua sahabatku sekalian rindu berita yang masih lagi hangat..
suka untuk berkongsi.. sengihnampakgigi

Gambar bakal isteri Tomok yang lebih dikenali sebagai Ayu. selamat pengantin baru kepada Tomok dan juga bakal isteri Ayu dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat tepuktangan. Untuk pengetahuan, Ayu berusia 31 tahun dan merupakan seorang bekas pramugari. Dengar ceritanya mereka berdua sudah bercinta lebih daripada 8 tahun. Wallahualam.

Sumber : Beautifulnara.com

Nota Kaki : Tahniah buat Tomok dan Ayu, semoga berbahagia ke anak cucu.


Salam sahabat,

Kerja Lebih Masa | Overtime

Jun 7, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
kerja lebih masa.. apa pandangan korang tentang tajuk nie?? aroundaround

Bismillah hir rahman nir rahim, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog saya yang budiman hehehe.. sembah

Pertanyaan pertama saya adalah sekiranya bos korang minta untuk korang kerja lebih masa apa yang korang akan jawap? adakah korang akan jawap ya.. atau korang cakap esok jela sambung bos!!! hehehe pilih huhuhu.. rasanya semua akan jawap ya betul tak?


Senarai Pendek - Kerja Lebih Masa


Menunjukkan kesanggupan anda untuk memberikan komitmen terhadap kerja, anggap jer yang bos anda sedang menguji anda.. ingat berfikiran positif..

Anda juga boleh menolak dengan cara baik sekiranya terdapat urusan yang telah dirancang awal, kerana tidak salah untuk menolak tetapi dengan cara yang betul.. terkadang kita pun ada urusan..

Anda juga boleh membuat perancangan kerja dengan teliti termasuk merancang dan meneliti kerja yang "bakal" diterima untuk mengelakkan last minute... overtime.. hehehe

Anda semua kene sentiasa berfikiran positif :
> boleh dapat duit lebih @ boleh claim cuti untuk anda plan di lain masa.. sengihnampakgigi

NOTA KAKI : Jangan bad mood @ berubah mood sekiranya disuruh kerja overtime!!!



Salam Sahabat,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...