Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Mewujudkan Kenyakinan Diri

May 25, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Janjilah kepada diri sendiri bahawa tanpa mengira betapa susah sesuatu masalah yang anda hadapi dalam kehidupan anda, anda akan mencuba dengan sedaya upaya anda untuk membantu diri sendiri.

Anda mengakui bahawa usaha anda untuk membantu diri sendiri itu mungkin tidak berbuah kerana pemberian ganjaran yang wajar adalah di luar kawalan anda.

Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi.

Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri;

01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.

02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.

03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.

04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!

05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.

06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

07. Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!

08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

SUMBER : iLuvIslam

You Tube dan Google

May 22, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat yang sedang membaca entri daripada saya nie.. hari nie saya nak cerita pasal selipar jepun tapi bukan selipar jepun yang biasa.. korang tengok hehehe..

Kegilaan terhadap dunia online telah membuka mata orang yang business minded untuk mendapat kan sesuatu daripada ape sahaja yang berkaitan dengan online, korang pernah terpikir tak nak print benda camnie kat selipar dan sebagainya.. mesti tak kan.. so orang buat bisnes nampak duit je dalam semua hal... korang perasan kan.. huhuhu...



apabila YouTube dan juga Google telah di "selipar jepun" kan hehehe..




amacam.. ada berani?? hehehe korang tanak dapatkan sesuatu ker daripada dunia online yang semakin mendapat tempat di Malaysia sekarang ni...

bukan provokasi yang boleh meruntuh dan menjatuhkan kita semua.. betul tak...
anyway, teknologi adalah baik untuk kita semua.. adioss!!!!

Domino's Pizza

May 21, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Pizza domino ialah pizza kitorang hehehe, pizza yang lain xboleh masuk dalam perut hehehe
memang seronok dan happy sangat sambil makan pizza nie..



Order online senang siap ada gps tracker lagi so kat rumah just monitor jer, tempoh masa penghantaran setengah jam kalau lambat siap dapat kupon free untuk tukar pizza regular lagi
just tunggu dan harap diorang hantar lambat hehehehe.. jangan marah rider!!!



pizza yang sampai masih lagi dalam keadaan panas so bila buka kotak jer terus terkam 1 slice hehe nampak macam lapar sangat kan haha xkire bau menusuk kalbu wooo xpercaya cuba korang order pastu hantar kat rumah kitorang sekali hehehe...







korang tengok sendiri keindahannya, perggghhhh semasa menulis pun rasa macam nak order lagi.. anyway best!!!! scrumptious....

Khasiat 'air kosong'

Apr 21, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

• Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
• Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
• Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
• Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau
minum untuk tempoh dua jam.
• Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat
permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara
berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
• Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu.

1. Tekanan darah tinggi – 30 hari
2. Gastrik - 10 hari
3. Diabetes – 30 hari
4. Sembelit – 10 hari
5. Kanser – 180 hari
6. Tibi – 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.

P/S : so kepada semua sahabat amalkan minum air kosong dengan bersungguh hehehe.

Sumber : KPWKM

Teguran itu PENTING!

Posted by Mohamad Zamri 0 comments

orang yang menegur orang lain adalah orang yang sedia untuk menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lanngsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang memerlukan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.


Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.


Orang yang Ditegur


Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Bijak Pandai, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sumber : iLuvislam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...