Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Water Park di Kampung Sayang Resort ( Tanjung Sedili )

Oct 10, 2018 Posted by Mohamad Zamri 3 comments
Assalam dan salam sejahtera buat semua pembaca, saya percaya kebanyakkan warga Kota Tinggi amnya telahpun pergi atau pun tahu kewujudan Water Park yang berada di Kg Sayang, Jalan Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor.. ke ada yang tak tahu hehehehe.. so sekadar ingin berkongsi dengan sahabat semua kalau dah pergi ok jer kalau baru tahu sebab baca posting ni korang dah boleh masukkan dalam calendar korang untuk rancang pergi bersama anak2..

Lokasi : Kampung Sayang Resort
Alamat : Kampung Sayang, Jalan Tanjung Sedili, 81900 Kota Tinggi Johor


'SEDIKIT MAKLUMAT'
Maklumat lain2 korang boleh la search sendiri kat google banyak yg share, nak stay or bermalam boleh nak mandi di Water Park diorang tanpa stay pun boleh.. Makanan daripada luar pun boleh bawa masuk tiada halangan.. tetapi clean as you go la.. jangan main tinggal jer mentang2 bayar RM 10 korang main tinggal je dengan harapan ada orang kemas sebab da bayar RM 10 hihihi.. mentaliti kita kene ubah sikit.. sebabnya karang disebabkan sampah banyak diorang xbagi bawa masuk makanan daripada luar plak kan...sape plak yang susah.. diorang ada hak... so pandai2 la kan...


'PARKING KERETA'
nak cerita kemudahan, bermula daripada parking kereta ada walaupun kalau hujung minggu memang penuh sampai ke projek ladang Lada jiran sebelah tu.. hehehehe.. parking kereta based on first come first serve lambat parking luar itu jer simple.. jangan cakap Resort tak sediakan plak mungkn ada kekangan dari segi kawasan dan sebagainya..


'HARGA TIKET'
harga tiket takdela mahal sangat kalau nak compare dengan water park lain.. dewasa kanak2 sama jer RM 10 warga emas kalau xmandi diorang tak charge pun tapi kene mention la jangan terus bagitahu berapa pax nak masuk.. diorang pun ada common sense gak..


'TOILET / TEMPAT SALIN BAJU'
toilet, tempat bilas selepas mandi, dan juga tempat salin baju juga disediakan khas untuk pengunjung, cumanya kepada pengunjung tu bila guna infra yang disediakan tu kalau boleh cermat la sikit.. kebetulan bila saya disana bersama keluarga pintu untuk tempat salin baju sampai tercabut dikerjakan ini yang saya berbalik kepada mentaliti kita sendiri.. bila orang punya ( harta resort ) kita punya ganas sampai susahkan orang lain.. kat rumah tak pulak tu.. hihihi.. takpe ada masa lagi untuk berubah...


'MAKANAN / SNACK / KEMUDAHAN LAIN'
kedai burger dan juga makanan goreng ada juga disediakan didalam kawasan 'water park' so sekiranya korang pergi main redah je tanpa ada persediaan untuk bawa makanan dan sebagainya korang boleh je beli disini.. kalau tak pun sebelum masuk ke simpang masuk di resort ada 1 kedai runcit ditepi jalan korang boleh tapau disitu.. juga disediakan wakaf untuk berehat untuk keluarga, tempat duduk di sekeliling kawasan water park, sun deck juga disediakan, kedai diluar kawasan water park juga ada tetapi saya tidak berkesempatan untuk cuba.. so apa lagi, hehehehe dah boleh plan dah... bawa keluarga ke sana... free review ni..

dibawah gambar penulis bersama ahli keluarga sedang menikmati water park di Kampung Sayang Tanjung Sedili, masa yang berkualiti adalah sentiasa bersama keluarga.. percayalah..

Akhil dan Adam bergambar di signboard masuk ke Kampung Sayang Resort



Adam suka lompat macam ni

Akhil dengan aksinya hehehe.. asyik lompat jela..

deburan fresh water.. hihihi


ucu Ina dengan Cik Nisa pun ada tau.. ni buktinya..



Ibu Adam dengan Akhil


antara main attraction disini.. bebudak paling suka


tempat bilas selepas mandi.. toilet untuk salin baju sebelah jer.. xsempat snap gambar..

pintu masuk ke kawasan resort









Luangkan la masa bersama keluarga sekerap yang mungkin kerana kita tak tahu bila kali terakhir kita akan bersama mereka.. hidup ini tiada jaminan sejam dua ni pun kita xboleh jamin kita akan hidup ke tak betul tak.. kepada yang kerja sendiri anda ada banyak masa untuk keluarga kepada yang kerja dengan syarikat terutamanya luar kawasan atau jauh daripada keluarga cuba anda kira berapa jam setahun anda habiskan masa untuk keluarga..

Enjoy kualiti time ya, cari masa untuk bersama sekeluarga sekerap yang mungkin.. semoga urusan pembaca dipermudahkan.. amin..

wassalam..



Salam Sahabat,




Legoland Medini, Johor Malaysia

Oct 8, 2018 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Setelah berapa lama stay kat Nusajaya ni baru la berkesempatan nak beli ticket legoland dan dalam masa yang sama bawa bebudak untuk explorasi dalam dunia legoland, kegembiraan jelas terpancar walau pun penat.

Kalau tanya saya masa yang paling sesuai untuk beli ticket tunggu promosi la jangan walk in jer sebab harga boleh tahan gak.. klu sorang xpe klu sekeluarga mandi woooo so tunggu promosi dan belilah dengan bijak, bukan apa harga kalau sekeluarga tu boleh bayar monthly AXIA la hehehehe gurau jer...

Harga yg saya dapat :- RM 306 ( RM 188 - Theme Park + RM 118 - Water Park ) untuk setahun

Notes :-
1 - Kanak bawah 3 tahun free tapi xbanyak permainan yg dia boleh guna..
2 - Nak beli tiket tahunan xboleh wakilkan atau belikan sebabnya kat card access tu nanti kena snap gambar macam mykad untuk prove.. mungkin ada kes card access tu pass kat member untuk masuk kot.. agaknya la..
3 - Makan kalau ada budget boleh la makan dalam, kalau xde boleh jer makan kat Mall of Medini tak pun singgah je 'Anjung' ada foodcourt ( Mydin ) kene keluar sebab murah la sikit... so duit yg save tu boleh la beli souvenir... kan.. tips ni untuk sahabat yg berada luar daripada Johor..
4 - Bersedialah dengan cuaca hujan sebab berkemungkinan banyak permainan yg tidak boleh main atas faktor keselamatan..
5 - Jangan tinggal barangan berharga di kereta semasa parking di tempat letak kereta legoland yg besar tu sebab ada kes kereta kene pecah di situ.. "prevent better than cure"





Adam dengan Akhil teruja dan xsabar untuk pergi theme park...



Akhil dengan muka yang sangat excited 




Ada pertanyaan sikit2 boleh la diruangan komen mane yang saya tau saya akan jawab mane yg saya tak tau saya akan cakap tak tau yea.. hihihi selamat bercuti buat semua sahabat..

ok, sedikit perkongsian explorasi di THEME PARK Legoland Medini, Nusajaya, Johor.




    Salam Sahabat,


Berkhemah Di PUNGGAI

Sep 12, 2018 Posted by Mohamad Zamri 1 comments
Pantai Punggai... sape pernah sampai.. tempatnya jalan menghala ke Pengerang.. Orang Kota Tinggi atau berdekatan pernah tak korang bermalam di sana.. maksud saya berkhemah.. bukan stay kat chalet or resort.. saya akan ceritakn sikit pengalaman saya berkhemah di sana..

Perjalanan bermula disini.... 
Perancangan yang tidak mengambil masa yang panjang, bila diusulkan bercamping semua ada cuti ok kita jalan sebab kalau kita rancang lame2 lebih kepada tak jadi je akhirnya.. mungkin ramai yang setuju dengan saya.. hihihi... kami bergerak dari Felda Bukit Easter lebih kurang pukul 2 lepas zohor.. sampai Punggai lebih kurang pukul 3 lebih terus set up barang untuk makan lunch yg sudah pun dibungkus dari rumah.. lepas makan relax sebentar.. amik angin dulu sementara nasi turun hehehehe... angin dikawasan ni memang kuat yg konsisten tanpa ada tanda akan kurang pun..

Pemilihan tempat....
Sebelum sampai disini kami ada juga survey di Tanjung Balau, dan Batu Layar bila ushar orang ramai kami teruskan perjalanan kami ke pengerang depan sikit so jumpa la Punggai ni kurang orang mungkin sebab.. awal lagi kot.. antara sebab lain kami pilih tempat ni adalah kemudahan tandasnya walau pun tidak semenggah... asal ada tempat mandi ada air cukupla kan...


Pantai dengan ombak yang agak kuat, budak2 memerlukan perhatian yang rapi jangan tinggal diorang mandi sendirian.. tanpa pengawasan orang dewasa..


View yang best gile plus angin sepoi2 bahasa


Adam dgn Akhil macam biasa xboleh duduk diam kalau nampak air dgn pasir, xboleh main air sebab ombak kuat dia kata nak main pasir.. huhu ikut jela..


Persiapan sebelum malam.. pasang khemah siap2.. untuk pengetahuan semua sahabat pemasangan khemah disini agak mencabar sebabnya angin betul2 kuat bukan main2 punya..


Balik Kampung Ayah - Kodiang, Kedah

Feb 12, 2017 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
Jarang balik kampung dengan suasana padi yang sedang menghijau biasanya asyik lepas kene tuai jer so, bendang dah tak berapa nak cantik la kering kontang dan kaler pun coklat dan berasap jer.. hehehehe.. kali ni hijau so sejuk la sikit mata memandang..

balik kampung tak lain tak bukan tujuannya adalah satu melawat adik beradik belah ayah maklumlah dah lama tak menjengok.. disamping tu dapat juga melawat negeri orang..

Antara aktiviti wajib bila kat sini, adalah memancing puyu di tali air depan rumah pak cik besar xdela besar mane tapi seronoknya tu yang tak boleh diucap dengan kata kata.. kene mengalami sendiri baru tau.. adam ( siap beli teleskopik joran baru ) semata mata nak merasai pengalaman memancing puyu.. yg bestnya dia pun dapat puyu huhu tu yang seronok tu...

Pastu pergi ke Padang Besar macam biasa saje jalan jalan tengok tempat orang... tak beli barang banyak pun antaranya ialah green tea thailand, mak beli steamer, asam buat kudapan, baju seluar, dan ada la sikit lagi.. hehhee






Bila ada ahli keluarga yang ada bendang so korang dapat la kenal peralatan untuk mengerjakan padi.. antaranya seperti mesin di bawah ni digunakan sebelum menyemai benih kot, gemburkan tanah agaknya la.. 




tak sama kot kalau kita jalan bercuti dengan jalan menziarahi saudara mara, maksud saya pengalamannya.. hehehehe..

Car Boot Sale - Shah Alam ( tesco extra )

Apr 19, 2016 Posted by Mohamad Zamri 2 comments
macam biasa aktiviti hujung minggu dipenuhkan dengan berniaga maklumlah baru belajar so kena arr selalu turun kalau tak orang ingat kita takde disiplin meniaga... biar orang tahu dulu kehadiran kita kalau lain kali datang diorang tahu kat mane nak cari betul tak... jangan kita mengharapkan jualan mega sekiranya baru pertama kali berniaga walau pun orang cakap kalau dah rezeki tak ke mana...

macam minggu nie, kitorang diberikan ujian hujan.... so kena terima mungkin bukan rezeki saya harini... tau tau jela bila hujan turun kalau saya kat tempat pembeli pun saya fikir banyak kali untuk jalan... untuk pengetahuan pembaca penulis berniaga car boot sale di tesco extra seksyen 24.... baru start nak belajar selok belok niaga offline sebelum ni niaga online jer xnampak customer so bila niaga offline ni banyak la benda nak kene belajar rupanya, terutama skill memujuk pelanggan... upselling dan sebagainya... banyak sebenarnya lagi ilmu nak kene tuntut...

janganlah sebab kecik kita give up terus kan ke hadapan jangan pandang ke belakang.. pasang surut perniagaan memang perkara biasa tetapi siapa kita untuk menidakkan rezeki.. sentiasa positif dan teruskan melangkah...




orang baru nak berniaga barang pun masih sikit lagi.. tapi jangan terperanjat kalau lepas ni kami ada kedai hehehe... doakan yang terbaik ya...


pandangan dari tempat duduk penjual hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...