Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Bercuti di Cherating - DECEMBER, 2015

Dec 30, 2015 Posted by Mohamad Zamri
Bercuti ke Cherating..

Soalan pertama untuk mereka yang pertama kali sampai ialah : mana nak pergi ekk selain daripada mandi laut? Tak kan bercuti 3 hari asyik nak mandi laut jer.. betul tak.. ni saya nak share sikit pengalaman saya bercuti di cherating.

Antara tempat menarik di cherating selain daripada mandi laut adalah..

1 - Melawat santuari penyu yang berada berhadapan dengan Club Med - Cherating... masuk percuma je xperlu bayar tapi ada disediakan tabung di pintu masuk derma la secara ikhlas..

2 - Selain daripada pantai Cherating antara pantai terdekat adalah Pantai Chendor dan juga Pantai Mak Nik ataupun nama lain Monica Bay ( sempadan kuantan - kemaman ) jarak 15 minit dari Cherating

3 - Menikmati satar di pintu sempadan Kuantan - Terengganu kedai yang saya pergi Warong Aziz Satar. terbaik siap tapau satar popiah lagi

4 - Kalau memang nak jalan jauh lagi korang boleh arr singgah Gambang Water Park saya rasa perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam.. so kat sini memang kena pergi awal pagi untuk mengelakkan orang ramai.. kalau awal boleh amik locker, pondok, dengan pelampung.. so, selesa sikit..

5 - Makanan kat sini pagi pun dah ada jual makanan berat maksud saya.. macam nasi campur, nasi berlauk, nasi kerabu, dan BBQ ayam daging dan juga ikan.. so, xyah risau pasal makanan.. harga biasa je xmahal xmurah..

6 - Kuih kat sini susah nak dapat tempat lain.. antara yang saya jumpa nona manis, beke bakar, & akok kelantan.. cuma saya simpulkan semuanya manis hehehe..

Cerita ni berlaku pada 25 ke 27,12, 2015.. enjoy gambar saya...








0 Response to "Bercuti di Cherating - DECEMBER, 2015"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...