Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Kisah Khairul Fahmi ( apek ) dan Tunangnya

Sep 7, 2011 Posted by Mohamad Zamri
Assalamualaikum buat sahabat semua!!

Rasanya seantero Malaysia dah tahu kemelut yang melanda Khairul Fahmi ( penjaga gol kebangsaan ) dengan bekas tunangnya. Hal yang masih tidak selesai lagi sehingga sekarang yang pada hemat saya sedikit sebanyak mungkin menganggu tumpuan 'apek'

Media terlalu membesarkan isu walau pun tujuan nya sekadar untuk mencari kebenaran diatas segala persoalan, harap 'apek' dapat menjadi seorang yang profesional dalam mengendalikan hal peribadi seperti ini. sedih

berikut ada petikan antara 'apek' dengan ibu bekas tunangnya :

Kalau dia (Khairul Fahmi) ‘jantan’ sangat, kenapa tak datang jumpa kami sendiri. Dia banyak memberikan kenyataan tidak benar, sekali gus memberi persepsi negatif kepada keluarga kami. Bila dia kata nak putuskan pertunangan ikut adat Melayu, sehingga hari ini dia sebenarnya tak buat apa-apa pun. Kami malas hendak memanjangkan isu ini, tapi apabila dia memberi kenyataan tidak benar, kami kena perbetulkan.

Namun menerusi Metro Ahad, Khairul Fahmi berkata yang ini semua adalah salah faham. Berikut ialah kata-kata Khairul Fahmi:-

Saya anggap perkara ini sebagai salah faham sahaja. Lagipun urusan mengenai pemulangan cincin tunang itu dibincang menerusi keluarga angkat, bapa Aimie (Elia) dan ibu tirinya. Memang cincin itu masih ada di tangan keluarga angkat dan saya akan pulang untuk menyelesaikan perkara ini mengikut ada nanti.


so, harapan saya semoga hal ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan supaya 'apek' dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap tugasnya di padang. amin..

Nota Kaki : Harga yang perlu dibayar apabila menjadi selebriti sukan sekarang ni.

sumber : Beautifulnara
Link


Salam Hari Raya,

0 Response to "Kisah Khairul Fahmi ( apek ) dan Tunangnya"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...