Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. kalau korang komen tu tanda korang berterima kasih la huhuhu..


Selamat Hari Raya 2011

Aug 25, 2011 Posted by Mohamad Zamri
Assalam buat semua sahabatku sekalian semoga korang semua dilindungi rahmat Allah hendaknya.. amin..

Bulan ramadhan hendak melabuhkan tirainya, tinggal beberapa hari sahaja lagi.. ada yang sedih ada yang gembira kerana syawal pula akan menjelma dan pelbagai lagi perasaan.. apa pun ia, kehidupan mesti perlu diteruskan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca!!

Kalau nak bercerita pasal raya rasanya tidak cukup dan tidak lengkap tanpa bersua muka betul tak? senda gurau, tepuk tampar, bersembang sambil makan kuih raya.. so, sekadar untuk meluah pengalaman mungkin blog lah tempatnya..


Raya semasa bebudak ;

Gembira apabila dibelikan baju raya oleh mak dengan ayah, kasut raya siap dengan lampu dan sebagainya kongsi 3 beradik sorang sepasang.. kekadang tidur bersama dengan kasut raya, baju raya, songkok raya.. dan tidak sabar untuk tunggu hari esok untuk bersama pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya..

Selepas solat sunat hari raya balik makan dulu rendang, ketupat dengan kuah lodeh mak.. selepas itu kumpul geng bermula lah aktiviti mengumpul duit raya dirumah jiran berdekatan..
Pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan bila terfikir keadaan ketika semasa itu.. tersenyum sendiri. senyum

ada sahabat yang membawa botol air, beg duit besar bersilang, ada yang siap berpayung.. pergi ke rumah yang sama dengan harapan dapat duit banyak berulang kali hehehe.. macam2 kerenah.. bila cuaca panas raya kedua ketiga dah ada yang demam.. kenangan lama.. bergenanag air mata bila mengingatkannya.. huh!! nangih

Raya Sekarang ;

sudah tidak seperti dahulu sentiasa mengingatkan kenangan lama sahabat lama, berfikir tentang keluarga sahaja sekarang sahabat dah jatuh no 2.. perjalanan cerita raya berubah secara total, melayan tetamu, menyediakan duit raya walau pun masih di rumah mak ayah, melayan kerenah anak.. jalan ke rumah saudara mara terdekat..

itu pun bergilir dengan rumah mertua.. keadaan sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan mungkin ini adalah masa untuk kita lebih kepada keluarga pula.. betul tak?

Pengalaman setiap daripada kita mungkin berbeza.. mungkin ada yang sama.. kalau yang sama itu mungkin tidak disengajakan.. cerita ini adalah daripada pengalaman saya walau pun tidak diceritakan secara detail.. sedikit sebanyak ianya mewakili saya.. hehehe..

Sepuluh jari ku susun untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan secara sedar atau pun tidak, ampun dan maaf untuk semuanya..

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat ku..



Salam Raya,


0 Response to "Selamat Hari Raya 2011"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...