Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Bercuti ke Pulau Langkawi 2011

Jul 29, 2011 Posted by Mohamad Zamri
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat,

Setelah sekian lama tidak bercuti, saya mengambil kesempatan untuk bercuti dengan keluarga pada 15, July, 2011 hingga 17, July, 2011 di Pulau Langkawi. Mungkin ini adalah percutian sebelum bulan puasa......

Ceritanya bermula...


Amacam nampak tak intronya nie hehehe, coklat bebas cukai langkawi huhu menjadi kegilaan ramai. Kalau korang pergi langkawi tapi tak beli coklat korang nie bukan chocolate addicted la.. nie baru permulaannya sekarang kita bermula pada hari pertama kerjalanan kitorang ke sana..

Hari Pertama :

Sampai pagi jumaat selepas mengharungi perjalanan sejauh 6 ke 7 jam pada sebelah malamnya, letih memang tidak terhingga tapi mood bercuti membuatkan psikologi cool jer hehehe..
kitorang naik feri dari Kuala Perlis so sesampai nya disana terus amik tiket feri ke jeti Kuah, sementara itu kereta di letakkan ditempat parking berbumbung dengan kadar sewa rm10 sehari..




muka letih ketika berada di Jeti Kuala Perlis


Runner parking tawar kereta sewa toyota innova dengan kadar sewa rm 110 sehari tanpa berfikir panjang terus setuju hehehe.. maklumlah otak tengah penat malas nak fikir untuk deal dengan runner di Pekan Kuah plak..

Amik masa untuk berkumpul di jeti Kuala Perlis untuk selesakan diri sebelum membeli tiket feri ke Pulau Langkawi dewasa rm 18, perjalanan mengambil masa 45 ke 1 jam dengan olengan yang agak kuat dan akhirnya kami sampai di jeti Kuah dengan selamatnya.. alhamdulillah.. ucapan syukur menitip dibibir..

selepas urusan mengambil kereta sewa selesai......

Urusan seterusnya bermula, menghubungi pihak homestay yang telah pun ditempah untuk duduk dalam kadar yang segera.. boleh ker biasanya check in jam 2.00 pm hehehe, macam dah kenal lama... tuan tanah pun membenarkan kitorang check in awal tanpa bayaran tambahan.. seronok giler!!! yuhuuu.. boleh rest secukupnya sebelum boleh berjalan di petang hari

by the way, korang nak tahu tak kitorang dok kat home stay mane?? Homestay Tok Jah berdekatan dengan pantai cenang simpang masuk ke homestay betul2 opposite simpang nak ke underwater world.. nak check in sini hubungi saya hahaha..



...untuk entri seterusnya saya akan bercerita mengenai perjalanan ke setiap destinasi yang saya pergi bersama keluarga tercinta hehehe..



Salam Sayang,

0 Response to "Bercuti ke Pulau Langkawi 2011"

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...