macam biasa aktiviti hujung minggu dipenuhkan dengan berniaga maklumlah baru belajar so kena arr selalu turun kalau tak orang ingat kita takde disiplin meniaga... biar orang tahu dulu kehadiran kita kalau lain kali datang diorang tahu kat mane nak cari betul tak... jangan kita mengharapkan jualan mega sekiranya baru pertama kali berniaga walau pun orang cakap kalau dah rezeki tak ke mana...
macam minggu nie, kitorang diberikan ujian hujan.... so kena terima mungkin bukan rezeki saya harini... tau tau jela bila hujan turun kalau saya kat tempat pembeli pun saya fikir banyak kali untuk jalan... untuk pengetahuan pembaca penulis berniaga car boot sale di tesco extra seksyen 24.... baru start nak belajar selok belok niaga offline sebelum ni niaga online jer xnampak customer so bila niaga offline ni banyak la benda nak kene belajar rupanya, terutama skill memujuk pelanggan... upselling dan sebagainya... banyak sebenarnya lagi ilmu nak kene tuntut...
janganlah sebab kecik kita give up terus kan ke hadapan jangan pandang ke belakang.. pasang surut perniagaan memang perkara biasa tetapi siapa kita untuk menidakkan rezeki.. sentiasa positif dan teruskan melangkah...
orang baru nak berniaga barang pun masih sikit lagi.. tapi jangan terperanjat kalau lepas ni kami ada kedai hehehe... doakan yang terbaik ya...
pandangan dari tempat duduk penjual hehehehe...
December 2, 2016 at 2:29 AM
best meniaga kat sana.. kakak pernah masuk dua kali.. hee~ crowd pun ramai.. tapi masa kakak masuk tu musim hujan.. mengelupur jugak la nak mengemas..
February 12, 2017 at 2:46 AM
yup betul tu kak.. pastu sekarang plak aeon br bukak... so agak mencabar gakla..