Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Sahabat Sejati

May 30, 2012 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Hari ini, aku kehilangan seorang rakan rapat ( pindah tempat kerja ) huhu sedih gak.. macam2 kitorang belajar, kaji dan sebagainya..

Banyak terlibat dengan sports activity bersama, daripada futsal badminton bowling.. aktiviti sosial karaoke, memancing bila ada masa sebagai hobi..

Kegilaan kami adalah memancing ada masa kami sanggup untuk pergi kolam mancing seawal jam 6.30 am semata mata untuk mencari siakap kolam di Subang Airport, dan sekarang semuanya sudah menjadi kenangan..

Apa yang Memotivasikan anda?

May 20, 2012 Posted by Mohamad Zamri 0 comments





Apakah yang memotivasikan anda?

Ramai juga yang mendapat picu motivasi dari membaca buku-buku ilmiah. Dengan banyak membaca, ia umpama makanan kepada minda. Bila bertambahnya ilmu dalam sesuatu perkara, maka, motivasi juga turut bertambah.

Kita semua mempunyai cara memotivasikan diri yang berbeza. Tiada satu cara sahaja yang mesti kita ikut. Seperti saya, industri muzik menjadi picu motivasi saya. Ada juga yang jadikan filem sebagai picu motivasi seperti filem-filem yang memberi semangat seperti Rocky, Cinderelaman dan Chariots of Fire. Apabila menonton filem-filem sebegini, terus, motivasi memuncak dan bersemangat untuk lakukan sesuatu.

Picu kejayaan boleh menjadi apa sahaja yang memberi kesan emosi dan menarik minat kita. Juga, tidak semestinya satu sahaja picu, ia mungkin beberapa perkara yang boleh menjadikan kita bermotivasi, satu ketika, mungkin melalui muzik, ketika yang lain, mungkin keluarga, ada masa juga, mungkin ketika berjalan-jalan ditepi pantai di pagi hari menghirup udara segar!

Apabila anda telah mendapat jawapannya, rujuk kepada senarai tersebut dan ulang-ulang perkara yang menjadi picu semangat motivasi anda. Buat koleksi CD lagu, koleksi DVD, koleksi buku, dan keluar bersama orang yang disayangi atau apa sahaja yang menjadi picu motivasi anda untuk menggandakan kesannya berulang-ulang kali.

Setiap kali anda terasa lemah, tidak bersemangat dan hilang motivasi, lakukan perkara di atas! Gunakan picu motivasi yang terbaik untuk diri anda!
 


Hantaran Kahwin 2012

May 19, 2012 Posted by Mohamad Zamri 1 comments
Kumbang


"Kalau dulu, majlis yang pakai khemah yang tinggi-tinggi ni majlis wakil rakyat jer", Pakcik Wahid
memulakan bicara

"Sekarang Paie tengok, majlis bertunang pun orang dah buat majlis besar-besaran. Siap pasang khemah banyak-banyak pulak tu",tambahnya lagi.

Saya mengangguk tanda setuju.
Memang diakui. Kebelakangan ini semakin rancak majlis pertunangan diadakan. Jika dahulu kita dapat dengar orang memperkatakan tentang wang hantaran semakin tinggi disebabkan harga minyak petrol naik, sekarang ramai pula yang memperkatakan tentang kenduri sempena bertunang.

Mengapa majlis bertunang sudah gah ditontonkan kepada masyarakat?
Sedangkan ianya sangat bertentangan dengan apa yang Rasulullah Sholallahu A'laihi Wasalam pesankan kepada kita. RAHSIAKAN PERTUNANGAN, HEBOHKAN PERNIKAHAN.
Kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Mungkinkah masyarakat kita akan buat Majlis Perkenalan sebelum dilangsungkan Majlis Pertunangan! Siapa tahu?


PERIHAL MAJLIS PERTUNANGAN
"Kita jangan ikut artis. Apa yang artis buat semua nak tiru sedangkan tak mampu. Last-last yang susahnya pihak lelaki yang kena sediakan hantaran tinggi sebab pihak perempuan nak buat majlis pertunangan. Nak grand la katakan. Adoi", keluh Pakcik Wahid lagi.
Majlis bertunang sudah dibuat kad jemputan. Majlis bertunang pun sudah ada pelamin.Majlis bertunang sudah dijemputnya pasukan kompang. Majlis bertunang juga sudah ada baju bertunang. Semuanya persis sebuah majlis perkahwinan yang membazir.
Apabila semua ini telah menjadi satu 'keperluan' kepada masyarakat, semakin tinggilah kos sebuah perkahwinan.

Apa yang lebih membimbangkan, ada pasangan yang sanggup berhutang untuk mengadakan majlis bertunang tetapi baru hari ini bertunang esok sudah putus!

Ikatan pertunangan adalah proses berkenal-kenalan sesama pasangan dan keluarga. Jika dalam tempoh bertunang itu dirasakan tidak sesuai, tidak mengapa jika diputuskan pertunangan kerana dikhuatiri akan membawa masalah selepas berkahwin.

Jika bertunang pun diheboh-hebohkan, tidakkah malu bagi pihak perempuan jika pertunangan mereka terpaksa diputuskan? Sedangkan bertunang itu bukanlah satu ikatan sah.

WANG HANTARAN MAHAL?
Masih ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular di Facebook sekarang?

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000

Tak mustahil semua ini akan menjadi fenomena Global! Kebiasaannya sekarang, pihak perempuan akan minta wang hantaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Fikirkan, bagaimana mahu mencari duit yang sebanyak itu? Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).

Mungkinkah seorang lelaki yang baru menamatkan pengajian di Universiti dan baru mula bekerja dapat mengumpul wang sebanyak itu dalam tempoh yang sangat minima?

Tidak semua mendapat gaji yang tinggi sewaktu mula-mula bekerja. Ditambah lagi dengan bebanan pinjaman pendidikan yang perlu dilangsaikan, memang sangat memeritkan kepada pihak lelaki untuk mengumpul wang untuk berkahwin.


CINTA PUNYA PASAL
"Kerana cintaku kepadamu, akanku bayar seluas lautan untukmu" (Cewahhh!!)
Bagi lelaki pula, cinta menyebabkan mereka sanggup untuk mengharungi semua itu. Berapa yang pihak perempuan minta disanggupkan sahaja. Kalau tak dapat nak sediakan wang hantaran yang diminta, ramai lagi anak Dato' yang bersusun untuk meminang si dara. Melepas nanti!
Jika soal cinta diperjuangkan, mengapa pula si dara tidak mahu membantu si teruna untuk meminangnya? Bukankah jika ada cinta semuanya akan mudah belaka? Mengapa pihak perempuan tidak mahu menasihati keluarganya untuk meletakkan kadar hantaran yang MAMPU BAYAR kepada pihak lelaki.
Bukankah itu juga satu bentuk pengorbanan dalam cinta oleh pihak perempuan?

WANG HANTARAN SESUATU YANG WAJIB KE?
Kos berkahwin yang begitu tinggi menyebabkan ramai lelaki menangguhkan perkahwinan mereka. Bukannya soal tiada calon tetapi sebab tak ada ongkosnya!
Tetapi jika kita kembali kepada Islam, perkahwinan sangat dipermudahkan. Ada kisah seorang sahabat Nabi yang mahu berkahwin tetapi tidak mempunyai wang :
Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu".
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
Nabi SAW segera bertanya: "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN".
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"

Nabi SAW bersabda: "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Nabi SAW bersabda lagi:

"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya".
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai".

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku hafaz surah itu dan surah ini".
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Nabi SAW nersabda :

"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".

Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang wajib diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu membebankan. Misalnya di Selangor, harga mas kahwin hanya RM300 sahaja!

Hantaran dan Mas Kahwin sesuatu yang berbeza. Hantaran adalah adat dan mas kahwin adalah syariat. Mudahkan perkahwinan dan jangan bebankan dengan sesuatu yang tidak perlu.

Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar populariti dalam perkahwinan. Apa yang penting bukannya majlisnya yang 'meletup', tetapi pengisian selepas perkahwinan yang harus hebat (bertanggungjawab dalam perkahwinan).

Renungkan apa yang Nabi Muhammad pesan kepada kita tentang soal perkahwinan :
"Daripada Aisyah, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: 'Sesungguhnya nikah yang paling besar keberkatannya ialah yang paling murah (rendah) maharnya.'"
(Hadis riwayat Al-Baihaqi)

Di akhir perbualan saya dengan Pakcik Wahid, "Kalau Paie nak pinjam duit kat pakcik untuk kahwin, lebih baik pakcik yang kahwin!"


Kredit untuk : iLuvislam.com

Sejarah 'Fast Food'

Feb 12, 2012 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca.

sekadar untuk berkongsi dengan semua sahabat,

Bila sebut tentang Makanan Segera,pasti 'Pizza' dan 'Burger' yang terbayang di benak fikiran. Namun dua hidangan dari Eropah ini tidak mendapat tempat di mata dunia sehinggalah Richard dan Maurice McDonald membuka restoran makanan segera yang pertama di dunia di San Bernadino,California pada tahun 1948.

Makanan Segera atau 'Fast Food' adalah suatu istilah yang menunjukkan sesuatu yang disediakan dan dihidangkan dengan pantas.Sajian yang tidak memerlukan masa yang banyak untuk disediakan juga dipanggil Makanan Segera seperti 'TV dinners' ,dan biasanya istilah ini merujuk kepada makanan yang dijual di restoran yg pantas penyediaannya dan dihidangkan kepada pelanggan secara berbungkus ,sama ada untuk makan di situ ataupun dibawa pulang.Istilah ini telah diakui di kamus Merriam-Webster pada tahun 1951.

Burger,sejenis sandwich sebenarnya mula diperkenalkan di Pesta St Louis World pada thn 1904, HotDog juga diperkenalkan di situ,dan restoran Pizza yg pertama di Amerika dibuka di New York pada tahun berikutnya.Pesta ini sebenarnya adalah pencetus kepada perkembangan pembuatan makanan segera,namun ini berlaku hampir setengah abad sebelum McDonald bersaudara memperkenalkan Sistem Servis Spedee,yg mjadi batu asas kepada fenomena makanan segera dan telah berkembang luas dari Amerika Utara, merentasi dunia.

Fenomena makanan segera mula berkembang secara beransur-ansur bermula dari sebuah restoran yang berkonsepkan pandu lalu di selatan California awal tahun 1940. Para pemilik restoran mengambil kesempatan dgn peningkatan populariti kereta agar pelanggan dapat menjamu selera tanpa perlu keluar dari kereta mereka. Kemudian,pada tahun 1948,mereka merancang untuk mencuba sesuatu yang baru iaitu meringkaskan menu makanan dgn tidak mggunakan sebarang kutleri seperti sudu,garpu,pisau, dan mereka juga menggunakan pinggan mangkuk pakai –buang.Ini amat memudahkan pelanggan krn mereka hanya membuat pesanan di kaunter dan mengambil pesanan, tepatlah dgn konsep makanan segera.



McDonald bersaudara telah tampil dengan restoran yang berwajah baru pada thn 1948,dan beberapa rangkaian juga mula dibuka selepas itu. Burger King dan Taco Bell juga mula mengorak langkah pada 1950 an, dan Wendy's turut dibuka pada 1969. Sesetengah rangkaian seperti Carl's Jr. , KFC dan Jack in the Box,wujud sebelum Sistem Servis Speedee,tetapi mengubahsuai teknik penyediaan makanan mereka selepas kemunculan mereka dlm bidang ini. McDonald's yang merupakan perintis,kini merupakan rangkaian terbesar dunia dalam pembuatan makanan segera!

Mereka memanggilnya Sistem Servis Speedee, dan keputusannya sangat memberansangkan sehinggakan ia diikuti oleh pelopor yg seterusnya seperti Keith G. Kramer, beliau terbang ke California,makan di McDonald's,kemudian kembali semula ke Florida di mana di sini beliau mengasaskan Burger King pada 1953 bersama bapa mentuanya,Matthew Burns, dan Dave Thomas mengasaskan Wendy's Old-Fashioned Hamburger Restaurant di Colombus,Ohio pada 1969.

Sumber : iluvislam

Aku yang suka "share",

Lucky Draw hujung tahun 2014

Jan 26, 2012 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat.....

Christmas eve kat Leapple Boutique Hotel - KLCC, sedikit party kecil kecilan diadakan untuk aktiviti makan makan seperti biasa cuma kejutannya adalah... owner Datuk Seri bermurah hati untuk menaja ipad air 2 sebagai hadiah lucky draw... dalam masa yang sama pihak management hotel ada buat exchange gift tetapi dalam budget yang kecil sahaja... so, semua menunggu untuk hadiah lucky draw yang ditaja oleh Datuk Seri la... hehehe 😱

nak dijadikan cerita saya tidak ada ditempat kejadian kerana demam teruk dua hari mc 😷 bermula dari hari isnin sehingga selasa, christmas eve ni hari selasa... cabutan pertama dicabut orang yang bertuah ialah ms Woo dari owner side ( corporate office ). ramai gak yang tidak puas hati dengan cabutan tu sepatutnya dapat ke bebudak hotel... hehehe... ms woo pulangkan hadiah tu dan cabutan dilakukan semula pada keesokkannya... dan orang yang bertuah untuk hadiah tersebut adalah saya sendiri😜... so rezeki untuk orang demam la nampaknya...



itulah kata orang kalau dah rezeki tidak ke mana betul tak? buat la perancangan macam mana sekalipun sekiranya tiada keizinan dari Nya maka apa pun kita tidak akan dapat...

Mode : Happy sesangat!! alhamdulillah syukur rezeki saya...



Rezeki Saya,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...