Macam biasa bila hujung tahun antara aktiviti wajib tadika adalah lawatan atau lebih senang disebut rombongan oleh bebudak tadika sendiri.. xpercaya tanya diorang hehehehe...
Adam dan Akhil memang excited giler nak pergi rombongan ni walaupun tempatnya takla jauh mana pun... Taman Burung KL dan juga Muzium Coklat di Kota Damansara... tetapi mungkin keseronokkan bersama kengkawan kot buat mereka berdua sedikit teruja..
Berkumpul di perkarangan Masjid Kamaruddin yang baru... bas yang sudah tersedia semasa kami sampai sangat menepati masa.. bas ngam berjalan seperti yang dijadualkan 8.30 pagi menuju ke lokasi pertama Taman Burung... cuaca yang agak baik mungkin malam tu hujan.. so, walkway sedikit licin dan perlu berhati hati semasa berjalan.. macam2 jenis burung dari jenis paling kecil hingga ke paling besar dan dari yang boleh terbang kepada burung yang tidak boleh terbang..
Aktiviti lain adalah memberi burung makan... bergambar bersama burung... dan lain lain... suasana yang seperti di dalam hutan yang berjaring membuatkan suasana di Taman ini berbeza dengan Taman Burung yang lain.. taman satu pusingan lengkap last sekali laluan exit akan melalui kedai souvenir so sesiapa yg ingin membeli buah tangan boleh lah dapatlannya di sini...
Tamat di Taman Burung kita semua pergi ke lokasn yang kedua... Muzium Coklat yang berada di Kota Damansara tapi sebelum tu kita makan tengahari dulu... nasi ayam menjadi hidangan makan tengahari bebudak dan pengiring...
sesampainya di Muzium Coklat kami semua disambut oleh seorang Chef dari Muzium atau pun tukang cakap bagi pihak muzium dan bercerita mengenai coklat kepada bebudak... sejarah coklat, jenis2 coklat, khasiat coklat, akibat sekiranya makan coklat secara berlebihan... penerangan sejarah asal coklat dan last sekali demonstrasi membuat coklat oleh Chef... bahagian yang ditunggu oleh bebudak.. selepas demo semua diberi rasa coklat yang baru dibuat ( handmade chocolate ) dan ini adalah penutup kepada rombongan ini... abis jer.. yang pengiring shopping coklat la... hehehe..
Abis jer shopping terus balik... sampai sebelum pukul 2.30 petang.. percaturan masa yang cukup baik oleh organiser.. tahniah!
Post a Comment