Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua sahabat,
semalam adalah hari terakhir untuk tahun 2014 so cemane dengan tahun 2014 korang? baik ke tak baik? tercapai tak korang punya azam? hehehehe....
Saya punya 'part' banyak berita gembira dari pada berita sedih, kalau dari segi kerjaya banyak yang positif terutamanya perjumpaan dengan bos lama ( Furama Hotel ) yang membawa saya ke level management yang seterusnya. Bapa dan mak mertua menunaikan ibadah umrah untuk kali yang kedua bersama dengan abang Fir dan juga kak Aida ( Abang Ipar & Kakak Ipar ), tak ketinggalan juga zaim beli PS 4 hehehe...
Kalau dari segi 'sosial live' plak ramai dikalangan sahabat yang mendirikan rumah tangga melangkah ke alam yang seterusnya, bertunang ( Syahril IT ) dan sebagainya. Abu berpindah tempat kerja dari myHabitat ke Silka Hotel ( loke yew ). dan ada juga yang menerima kehadiran orang baru dalam hidup mereka ( cahaya mata ).
"untuk pengetahuan semua christmas eve kat Leapple Boutique Hotel - KLCC untuk hadiah untuk lucky draw saya dapat Ipad air 2.... jujur cakap saya tak pernah dapat hadiah lucky draw more than 1k"
Walaubagaimana pun ada juga terselit cerita sedih seperti saya kehilangan makcik yang berada di Kulai, sahabat saya sendiri Amir ( Silka ) kehilangan abang tersayang, datuk saya yang berada di Parit Yaani, Batu Pahat jatuh sakit sehingga sekarang sudah tidak boleh aktif seperti dahulu. anyway, setiap cerita yang gembira mesti ada kedukaan untuk mengimbanginya setuju tak?
salam perjuangan untuk tahun 2015, tekadkan azam baru untuk kita sentiasa menuju kehadapan dan semoga tahun akan datang sentiasa jadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. satu pesan saya dalam kita menghadapi semua pancaroba dunia jangat kita takut untuk GAGAL dalam melakukan sesuatu ingat pesan dari bijak pandai :
"jangan memandang ke bawah ( untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak ) sebelum memulakan langkah. hanya mereka yang menetapkan pandangan ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan yang sebenar"
suka untuk berkongsi,
Mohamad Zamri Alias
Post a Comment