Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

JDT - Juara Super League 2015

Aug 26, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Alhamdulillah berkat kesabaran yg tinggi akhirnya tercapai juga hasrat untuk mengekalkan kejuaraan buat kali kedua berturut2 2014 dan 2015...

Syabas diucapkan buat semua yang terlibat pegawai kejurulatihan.. doktor2.. dan sebagainya.. tidak lupa juga kepada marshal2 yg menjaga ketenteraman semasa kita semua berada didalam stadium...

Manisnya kejayaan ini adalah kerana pahit yang kita terima sepanjang liga berlangsung... dari berbagai sudut kepahitan antaranya.... isu pergaduhan di dalam stadium sehingga membawa kepada kerosakkan bas yang membawa pemain... isu pengadil sehingga ke perlawanan akhir pun masih lagi menunjukkan ke'tidakprofesional'nya sebagai org yang sepatutnya kene adil... isu jadual yang sangat padat oleh badan induk bola sepak Malaysia sendiri hanya kerana perlawanan yang disifatkan sebagai 'circus game'... selepas tamat permainan pun ada lagi isu medal yang disediakan oleh FAM yang tidak se'GAH' nama juara 'Malaysia Super League' tahla harap2 FAM akan berubah selepas ini... korg boleh tgk medal yg disediakan seperti medal sukan sekolah2...  search je...

Ucapan terima kasih juga kepada B.O.S boys of straits yang tidak henti2 memberikan sokongan samaada ditempat sendiri atau pun ditempat lawan.... sentiasa ada...

Tetapi semuanya telah pun berakhir dan juaranya juga sudah kita ketahui... anggaplah semua dugaan yang kita tempuh tu sebagai asam garam dalam mengejar kejayaan..

Semua ini tidak akan terjadi tanpa adanya 'Bapa Pembangunan' bolasepak Negeri Johor iaitu TMJ... tunduk hormat....







Kereta kena langgar apa nak buat...

Aug 15, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Ha yang mana sahabat yang tidak mempunyai pengalaman... saya ada cerita untuk dikongsikan... sama ada kene langgar atau pun dilanggar... saya pun sebenarnya baru je mengalaminya.. so ada sikit la pengalaman..

Pengalaman yang tak seberapa ni saya nak share untuk semua biar semua org ada pengetahuan... dalam kes saya.... orang langgar belakang... benda pertama yang korang semua kene buat adalah report polis even eksiden tu kecil kerana ianya akan menyelamatkan anda dan saya ada reason...
Contoh sekiranya korang tidak report polis dan ingin selesaikan dgn org yg melanggar... kereta akan dibawa ke bengkel dan kononnya segala bil akan di charge kepada pelanggar... perjanjian tidak bertulis ini akan jadi isu sekiranya pelanggar tidak membayar kos workshop dan terus melarikan diri even korang da amik dokumen diorang sekalipun... faham kan... dan akan jadi lebih teruk kalau dia plak yg report korang langgar dia... dan korang mesti ingat report perlu dibuat 24 jam selepas kejadian... so inilah PENTING nya report polis di buat...

Sekarang cerita bila nak report...

Pergi balai polis traffik yg terdekat dengan kawasan kemalangan bukan balai polis biasa.. ok ingat tu... buat statement macam biasa jumpa sarjan yg amik kes cerita macam mana berlaku dan jangan lupa dapatkan statement copy... amik gambar semua kerja polis... dan ini jenis kemalangan yg ringan ye... maknanya kenderaan yg terlibat masih boleh lagi bergerak ke balai...
Dalam kes saya polis bgtau siap2 yg kesalahan adalah dr pelanggar so boleh claim terus dgn insuran org yg melanggar... tunggu pelanggar buat report jela untuk tujuan claim... black and white kene refer kepada pegawai yang amik kes... selepas tu hantar kereta ke workshop insuran panel.. dan kalau boleh minta la kereta ganti.. xdela patah kaki.. untuk ke sana sini...

Sekarang kereta kat workshop....

Bila kereta masuk workshop semua barang2 berharga ke xberharga kalau boleh clearkan semua.. jangan ada tertinggal pun... dan bila kereta kat workshop tu tengok2 la... takut tak dapat seperti mana yg dijanjikan oleh adjuster... ops lupa plak nak cerita pasal adjuster.... adjuster ni adalah wakil dr panel insuran yg akan memberitahu nilai kerosakkan apa yg boleh claim dan apa yg xboleh claim...
Follow up la sehingga kereta siap.. selepas tu jangan lupa highlight 'lost of use' claim kepada adjuster dan akan dibayar rm40 sehari dalam kes saya la.. mungkin nilai bergantung kepada insuran.. rm40 dari start kereta masuk workshop sehingga kereta keluar..

Dan inilah sedikit sebanyak pengalaman saya yg dapat dikongsikan di sini semoga ianya bermanfaat..

Kayuhan Hujung Minggu

Aug 1, 2015 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Hujung minggu....

Masa untuk berehat... bangun tido lambat, hari untuk bermalas malasan, hari untuk shopping, dan juga macam2 lagi... tapi penulis punya aktiviti tersendiri dalam memenuhi pagi ahad... tgh hari dan petang kita cerita lain...

Mtb adalah antara aktiviti lain penulis... minat yang boleh dikatakan baru untuk penulis masih hijau la bak kata 'pro rider'....

So, sebelum matahari 'naik' kita keluar awal..

Lokasi kayuhan pagi ni adalah federal highway susur keluar jalan 222 hingga ke tol batu 3 shah alam dan u turn di simpang ke lebuh raya guthrie.. dan masa yang diambil adalah sekitar 55 ke 60 minit... purata kelajuan adalah 20 km/jam.. jarak kayuhan adalah sekitar 25 km sahaja... kayuhan solo sebab beginner hehehe kalau kayuhan dengan otai2 kita plak xdapat ikut... so, kayuh sorang jela... hehehe

Gambar adalah hiasan..

#basikalbukit
#mtb
#kayuh



Dodol Johor - Selamat Hari Raya 2015

Posted by Mohamad Zamri 3 comments

Dodol....

Dengar jer dodol mesti korang fikir penatnya nak kacau betul tak.. hehehe percayalah... terutamanya kepada yang dah pernah mengacau... so advice saya kalau nak makan dodol yang korang sendiri kacau buat lepas raya.. penat woooo!! Kalau kacau bulan puasa... kecuali ada ramai yang nak terlibat untuk mengacau....

Ok cerita dodol kitorang nie, bermula bila mane stok kelapa melebihi permintaan hehehe... dalam kata lain banyak stok kelapa la senang cakap... so, ayah ajak untuk buat dodol... bila setuju jer... apalagi kupas kelapa parut kelapa.. beli bahan antaranya ialah tepung pulut 2 bag, gula melaka 2kg, dan gula pasir tu je kot...

selepas selesai proses awal tu.. persediaan seterusnya dibuat... menyediakan kuali yang sesuai dapur dan stok lpg gas.... pesanan saya, sila pastikan bekalan gas mencukupi untuk tempoh masak selama 6 jam... siap jer semua maka bermula lah proses memasak.... dimana proses ini memerlukan ketahanan mental yang sangat tinggi... hehehe....

Mengacau dodol tidak boleh berhenti setelah bermula itu tips nya... kata ayah sebaik2 nya kacau dalam 6 jam untuk dodol tu tahan lama tidak 'tengik' itu tips dari ayah penulis la... mungkin korang ada tips lain yang juga mungkin boleh dikongsikan dengan saya... segala perkongsian itu amat saya alu alukan...

Berikut adalah gambar semasa proses mengacau dodol...

#dodol
#bukiteaster
#kotatinggi
#johor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...