Ucapan sepatah berkata kata.. hehehe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca, anyway selamat membaca mengenai kisah hidup aku yang dan juga terselit sedikit entri yang di ambil dari blog/website yang aku fikirkan perlu untuk diletakkan kat sini.. adioosa!!!

jangan lupa komen yek!!! sangat mengalu alukan komen korang.. perkongsian idea baru juga diperlukan :-)

Selamat Hari Raya 2011

Aug 25, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments
Assalam buat semua sahabatku sekalian semoga korang semua dilindungi rahmat Allah hendaknya.. amin..

Bulan ramadhan hendak melabuhkan tirainya, tinggal beberapa hari sahaja lagi.. ada yang sedih ada yang gembira kerana syawal pula akan menjelma dan pelbagai lagi perasaan.. apa pun ia, kehidupan mesti perlu diteruskan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca!!

Kalau nak bercerita pasal raya rasanya tidak cukup dan tidak lengkap tanpa bersua muka betul tak? senda gurau, tepuk tampar, bersembang sambil makan kuih raya.. so, sekadar untuk meluah pengalaman mungkin blog lah tempatnya..


Raya semasa bebudak ;

Gembira apabila dibelikan baju raya oleh mak dengan ayah, kasut raya siap dengan lampu dan sebagainya kongsi 3 beradik sorang sepasang.. kekadang tidur bersama dengan kasut raya, baju raya, songkok raya.. dan tidak sabar untuk tunggu hari esok untuk bersama pergi ke masjid untuk solat sunat hari raya..

Selepas solat sunat hari raya balik makan dulu rendang, ketupat dengan kuah lodeh mak.. selepas itu kumpul geng bermula lah aktiviti mengumpul duit raya dirumah jiran berdekatan..
Pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan bila terfikir keadaan ketika semasa itu.. tersenyum sendiri. senyum

ada sahabat yang membawa botol air, beg duit besar bersilang, ada yang siap berpayung.. pergi ke rumah yang sama dengan harapan dapat duit banyak berulang kali hehehe.. macam2 kerenah.. bila cuaca panas raya kedua ketiga dah ada yang demam.. kenangan lama.. bergenanag air mata bila mengingatkannya.. huh!! nangih

Raya Sekarang ;

sudah tidak seperti dahulu sentiasa mengingatkan kenangan lama sahabat lama, berfikir tentang keluarga sahaja sekarang sahabat dah jatuh no 2.. perjalanan cerita raya berubah secara total, melayan tetamu, menyediakan duit raya walau pun masih di rumah mak ayah, melayan kerenah anak.. jalan ke rumah saudara mara terdekat..

itu pun bergilir dengan rumah mertua.. keadaan sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan mungkin ini adalah masa untuk kita lebih kepada keluarga pula.. betul tak?

Pengalaman setiap daripada kita mungkin berbeza.. mungkin ada yang sama.. kalau yang sama itu mungkin tidak disengajakan.. cerita ini adalah daripada pengalaman saya walau pun tidak diceritakan secara detail.. sedikit sebanyak ianya mewakili saya.. hehehe..

Sepuluh jari ku susun untuk memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan secara sedar atau pun tidak, ampun dan maaf untuk semuanya..

Apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua sahabat ku..



Salam Raya,


Bercuti ke Pulau Langkawi 2011 - Part 2

Aug 24, 2011 Posted by Mohamad Zamri 0 comments

Setelah beberapa lama saya tidak menulis hari nie tetiba nak menulis plak, so korang baca entri seterusnya sambungan dari entri sebelum nie bercuti di Pulau Langkawi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca cerita ni... sengihnampakgigi hehehe
mane tahu ada yang nak ushar2 apa yang ada kat Langkawi dengan tempat wajib lawat ker? boleh la baca2..

So tempat pertama yang kitorang lawat untuk hari pertama ialah Underwater World korang tgk2 dulu gambar yang saya kongsi2kan nie.. layannn....



Sedikit gambar ketika berada di dalam Underwater World, terdapat pelbagai jenis haiwan disana bukan yang berenang jer tapi binatang darat pun ada tau.. hehehe macam penguin ada masa yang tertentu kalau nak melihat feeding dari jurulatih dan sebagainya.. so beter cari masa yang sesuai kalau tak just nampak tengok binatang nie berenang jela..



wajah gembira jelas terpancar hehehehe ayat ok tak? jangan marah! bergambar adalah aktiviti biasa apabila kita bercuti betul tak.. penat ke xpenat ker tetap layan..

nak tengok gambar binatang plak korang layan yang nie plak... yang binatang tue korang kenal la yang manusia tue jangan korang anggap binatang plak.... hehehe gurau jer...





Sebenarnya masih terdapat banyak lagi gambar kalau nak upload memang penuh entri nie dengan gambar jer.. so saya hadkan.. anyway, happy sangat dengan aktiviti bersama keluarga walau pun cuma sekadar berjalan di Underwater World.. senyum


Terima kasih buat korang kerana sudi meluangkan masa untuk melihat dan ushar2 kat sini hehehe..



Salam 1 Malaysia,



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...